Followers

Tuesday, February 28, 2012

Gembiranya saya !

Views
Assalamualaikum

Aduh ! rasa macam dah lama tak update kan ? berhabuk dah blog iza ni kesiannya . haha ! nampak tittle entry macam menarik je kan. haha ! apa yang membuatkan iza gembira sakan ni ? oh ! panjang ceritanya jadi iza kena lah pendek kan supaya korang senang faham . :P
sejak dua menjak bermenjak-menjak ni iza makin aktif dalam twitter jadi makin banyak ragam orang yang iza dapat tengok even bukan secara real life la dan semakin banyak juga lah rahsia diri korang iza ketahui. jeng jeng jeng. takut tak ? takut tak ? hahaha ! iza buak stalker ok dan tak ada masa nak buat tu suma . daripada stalker korang baik iza date dengan mama iza lagi banyak faedah ! *apakah yang cuba aku sampaikan ni*. hahahaha. ngeh !


kebelakangan ni iza adalah kenal mereka2 yang tak pernah iza kenal sebelum ni antaranya ahmad syami, izyan yayan, miera azhar, mohd azrul, mohd zamri, izzudin fikri dan korang semua *malas nak taip lah nama korang * sorry :)
dan kehadiran mereka ni semua telah menggembirakan iza. wohoooo ! hahaha. thanks korang hee :D
iza rasa kalau tak ada twitter mungkin iza tak akan kenal korang semua. oh ! itu hanya "kalau" dan "mungkin" tapi iza dah pun ada twitter. haha !
eh ! tahu tak,? korang dah buat iza jatuh cinta padaaaaaaaaaaa ........jatuh cinta pada.........pada............ pada............. *haha ! gedik seyh*. korang dah buat iza jatuh cinta pada twitter sebenarnya . hahaha. ! oklah plus korang sekali. hee :D suka lah tu kan ?
jap ! napa ayat iza macam gedik sangat ni. oh ! itu mungkin effect dari kegembiraan iza kot. dah lah iza cuma nak sampaikan yang iza cukup gembira plus sakit perut sebab ketawa sangat.


~entry mau tutup


Friday, February 17, 2012

Balik tanpa keluarga

Views
Assalamualaikum

Masa iza tengah menaip ni iza masih berada di Perak tapi bukan di rumah opah iza. huh? iza di mana? dan kenapa tittle entry kali ni macam lain dari yang lain ni ? sabaq sat! sabaq sat ! iza sekarang ni ada kat Bagai Serai. Iza balik Bagan Serai sebab nak tengok moyang iza hari tu dapat khabar dia jatuh bilik air tu yang balik ni. iza bukan balik sendirian *yelah ! iza belum ada lesen lagi.. errr....* jadi iza balik ditemani paksu dan opah serta tak lupa sepupu iza yang bongsu si baby Faiqah.. kenapa tittle entry iza macam tu ? ok! jujur !! sebenarnya iza tak pernah balik Bagan Serai sorang-sorang maksud iza tanpa mama,babah,husna,ayit daannnnn aan ! ni first time balik sorang2 tanpa mereka !


Bila sampai rumah nek Andak iza je salam mereka yang ada kat rumah nek Andak iza dan secara tiba-tiba nek Andak terkam iza dan berkata "laaaaaa... ni anak mimah ni ! " *panjat gugirl* hahahahaa.. untuk tak nak nampakkan keterperanjatan iza ni *ayat tak boleh blah* iza terus senyum dan berkata " yee.. ni anak mimah yang dok johor tu " dalam hati ingat pesan mama budi bahasa budaya kita.. hehehe :D Nek Andak iza sebenarnya ingatkan iza ni mama iza nasib muka kitaorang sepesen jadi senanglah depa nak cam !.. masuk-masuk rumah nek Andak ya Allah ramai bebenorr semua ada maksu Hani, sepupu2 mama iza semua ada.
Tunggu maksu iza balik klinik sampai pukul 8.oo malam baru maksu sampai jadiiii memandangkan masa tu maksu iza tak tahu nak tido mana dia pun dok anggkut iza,ank dia p tido uma kawan dia a.k.a rumah lama dia :D
dan sekarang iza berada dalam bilik maid ! bilik hujungggggggg sekali bersebelahan dapur *kuang ajaq sungguh maksu iza ni*.. hahahahhaa. mentang-mentang iza jaga anak dia bilik maid dia suh iza tidur..


haha. sory lah guys entry iza panjang lebar mesti korang baca separuh dan berkata dalam hati entry ni MEREPEK ! terus blaaaa macam tu je kan. ok lah ! iza stop kat sini je lah

~entry mau tutup


Monday, February 13, 2012

Merinduimu

Views
Assalamualaikum

haii ! korang.. amacam hari ni ? ok atau tak ok atau buat-buat ok ? iza hari ni tak ada masalah berkaitan emosi dan hari ni rasa nak update blog. bukan sebab iza keluar berjalan sakan lagi.. bukan! tapi entry ini hanya untuk meluahkan apa yang iza rasa. *jap cari mood*

Baik lah jom kita mulakan bercerita maksud iza.. iza cerita korang tolong baca. tenkiuuu :D
*ayat bajet * .. Ni ha! iza dah sebulan lebih da tinggal kat Perak jadi akhir bulan ni nak balik lah cadangnya. hari tu tengah chat dengan mama iza tiba-tiba mama bagitahu babah kesayangan iza tu cakap balik bulan 4 atau 5 pun tak apa nanti resault SPM biar dia ambil. ha! bila fikir resault iza tak nak parents iza ambil bukan apa bila dah keluar resault pun nak tak nak parents iza tahu punya kan ? tapi iza nak jadi orang yang pertama yang tahu resault iza sendiri tapi bila fikir sepupu iza jenuh duk pujuk-pujuk iza balik bulan 5 rasa macam grhhhh. Tapi sebenarnya memang iza nak balik ! nak balik JB ! nak balik ! nak balik ! sebab iza rinduuuuuu mama, babah, adik-adik iza semua tak termasuk kucing kiki iza tu. errr *kompem family kt jb tu tgh gelak baca ni* peduli plak kan ! ngeh !



semalam iza chat dengan mama. Mama cakap mama rindu iza . ok ! serius masa tu rasa macam kalau mama ada nak je peluk mama.Setiap hari iza tengok kamera iza tengok gambar time cuti kat Terengganu tu :D suka suka suka..
entah lah harap sangat bila balik JB nanti dapat resault yang kebaboommmmm ! walaupun tak kebabommm mcm bunga api tapi asalkan kebabommmm macam bunga april ok lah kan ? *ok ! iza start cakap merapu*. hahaha
eh ! korang nak share something ni. Tahu tak korang, abah iza baca blog iza ! wohooooo! tak sangka kot. masa kat JB tak adanya dia nak baca blog iza ni ntah2 tak tahu iza ada blog. hahaha !
gila excited kot masa tahu abah baca blog iza. tenkiuuuuu *kiss you* ni mesti kes rindu tira lah ni kan? hahahaha. *tira nama kat rumah*
mungkin adik iza si husna tu yang bagitahu kot link blog iza. haha !


jadi akhir kata memandangkan idea dah lari lintang-pukang jadi iza cuma nak bagitahu iza akan balik JB akhir bulan ni. insyallah :D


~entry mau tutup

Friday, February 10, 2012

Birthday Girl

Views

Assalamualaikum

how's your day today? harap hari sabtu ni adalah hari yang menggembirakan korang semualah ye . hee :D
entry ni sebenarnya iza dah lama buat tapi disebabkan masalah teknikal yang tak dapat dielakkan jadi sebab tu lah iza post entry ni hari ni. soryy korang! wait! korang nampakkan tajuk atas tu? ha! birthday sapalah kan bulan Februari tu kan?apa yang penting hari jadi iza lamaaaa lagi bulan MEI ok! ulang balik bulan MEI so please remain and remember that day sebab bulan tu bulan saya. ewah-ewah! ngeh!. hadiah jangan lupa itu yang penting hee :D


back to the topic. sebenarnya hari jadi "girl" tu 7hb Feb tapi kitaorang semua lupa. hahahaha. kesian sangat. bayangkan lah birthday si "girl" tu kita orang ingat pukul 10mlm 2 hari selepas birthday dia. tak macam kecewa tragis gila kot. hahaha :D jadi semalam nak tebuslah sebab kesian tengok dia.



LOL. my picture tak habis loading lagi kot .







fikir punya fikir *mklong iza lah fikir * hahahha. kitaorang decided celebrate kat KFC je. *itu yang mampu* :P



ini si driver a.k.a paklong saya. ok! tau dia handsome tak boleh nak kata apa lah kan
haha. :P yang kelakarnya sampai-sampai KFC je iza dengan sepupu iza terus melulu pergi tandas. ok! itu normal bagi kami .

ini dia birthday girl.. dah genaplah umur beliau 6tahun.
untuk pengetahuan korang perangai Siti Nur Aqilah Amani ni sebiji dan sejibik macam kakak dia.hahaha
yeah! iza suka gambar niiiiiiiiiiiiiii. comel sangat walaupun yang ado! hahaha. abaikan terowong di tengah-tengah itu . hee :D
ini adik sedara iza yang sangat macam gangster tak pernah peduli orang lain. hahahaha





si adik dan si abang yang sangat lah penyayang dan sangatlah caring kat adik dia. axcually meja dan kerusi kat KFC tu hanya muat untuk 6 orang tapi memandangkan maklong iza bawa iza jadi muatan untuk kerusi tu tampung tak cukup lah jadi sebab tu si abang dan si adik tu membawa diri makan kat meja sebelah meja kita orang *eh! jap apa ayat aku ni. metabola sangat ke?* haha. ngeh!


dan ini! iza bersama haikal si comel :D.. grrhhh annoying lah muka iza. terasa macam menyampahnye tengok nak tampar je muka. :P
sebenarnya gambar ni diambil sebelum makanan sampai jadi sebab tu lah over-excited je kan.



dan ini maklong saya yang sangat suka shopping dan berjalan bawa iza dan family maklong berjalan. Maklong juga lah selalu bagi idea yang bernas untuk bercuti kira pandailah selok-belok perutian ni tapi hakikatnya my lovely father jugalah yang sering google sana sini. hahahaha. enough! tak ada kena-mengena.!
yang penting semalam enjoy sangat walaupun di KFC

~entry mau tutup

Tuesday, February 7, 2012

Button My Button

Views
Assalamualaikum

Anda tahu butik yang menjual baju dengan design yang cantik -cantik . yee ini juga adalah salah satu butik yang iza suka usha2 tapi tak pernah sekali pun iza beli baju dari butik tu al-maklumlah belum mampu lagi. ha apakah butik yang iza maksudkan tu? ini dia butik BUTTON MY BUTTON. Siapa je yang tak tahu butik ni kan? ada ke yang tak tahu? oh! baju2 kat sini awesome ok.

ini gambar pandangan dari depan
ini salah satu design baju kurung model dari butik BUTTON MY BUTTON yang iza suka dan sekarang iza tengah cari penjahit baju yang pandai buat baju macam ni sama 100%.. Tapi masih belum jumpa lagi :'(




ini pandangan dari belakang
cantikkan? iza tak pernah tengok baju kurung yang siap ada reben kat belakang. dari belakang tak nampak macam baju kurung kan sebabnya baju kurung dari butik Button My Button ni boleh buat as baju kurung dan juga boleh buat macam ni



sangat awesome . cantik , lawa.. iza nak baju kurung macam ni bila lah iza akan dapat ye. Selain baju kurung butik ni pun ada sediakan baju kasual yang lain antaranya

tapi rasanya baju ni sesuai untyuk mereka yang tak bertung lah dan bagi yang masih belum usha blog Button My Button korang boleh klik links ni ------> http://www.buttonmybuttons.com/
mesti korang akan jatuh hati tengok baju, beg kat butik ni

~entry mau tutup

Sunday, February 5, 2012

Azura new version

Views
Assalamualaikum

Iza kembali dgn bebelan iza. semalam iza pergi Jaya Jusco dengan sepupu kesayanganku tu *muntahboleh?* haha. dan sebelum pergi JJ dengan dia tu ada lah sedikit konflik yang berlaku antara iza, family sepupu dan mksu iza tapi iza tak boleh nak cerita sebab itu hanyalah konflik yang tak begitu tragis. *tengok ayat aku* ok! countinue masa dah sampai JJ ipoh nak cari parking tu punyalahhhhh payah bebeno penuh ya amat tak tahu nak cilok mana agak-agak dalam setengah jam jugalah cari parking baru dapat tempat parking.. iza dan sepupu sekeluarga terus bergegas pergi Popular sebab misi pertama kami sebenanya nak tengok
wayang cite Jouney 2 The mysterious island tapi memandangkan masa tu dah pukul 3 so that y lah kami pergi Popular. Sepupu iza cari buku untuk ulangkaji iza cari novel lah sebab iza bukan budak sekolah lagi kan *ayat ni sangat bajet*. ngeh! . ha! mengikut pengalaman dan pengetahuan maklong iza JJ di Ipoh memang penuh dengan orang bila weekand day so bila pergi Popular tu agak susahlah iza nak masuk terpaksa bertolak-tolak dan bersempit-sempit *can uolls imagine that?*. Dah siap beli sepupu iza terus ajak iza pergi tengok jadual kat panggung wayang dan bila tengok filem Journey 2 sold out!! ok iza ulang sold out! even pukul 7.30 pun sold out! last=last kita orang decided tengok filem Azura lakonan Neelofa si cantik dan heronya Shah Jaszle si handsome *oh! muntahboleh part shah tu* ngeh!. tak baikkan iza ni. haha






serius! cite tu tak menarik perhatian iza langsung pun mungkin iza tak bawa gula2 hati iza kot. ceh! ayat... tapikan sepupu iza yang menangis feeling2 sedih pulak diakan. hee :D
iza cuma cakap lakonan Neelofa best dan boleh tahan lahh..boleh diperbaiki.
muka menunggu waktu tayangan Azura. sangat annoying kot muka aku ni. grhhh! dan abaikan orang yang snap gambar aku tuuu *muncungkan mulut*. Tengok punya tengok dah pukul 6.30 sementara tunggu mklong amek kitaorang pergi Mc'd hanya untuk menghabiskan duit *macam kaya plak kn*.

dia lagi? haha! dia lah sepupu iza yang ajak iza pergi JJ time ni iza snap dalam MC'D menunggu turn kitaorang.Singgah MANGGO, senang cakap semua kedai kat situ iza singgah. hee:D then lepas terasa lenguh kaki maklong amek kitaorang. duduk kat kereta sampai lenguh bontot around pukul 10 sampai rumah mklong. hahaha asal iza rasa ayat iza macam budak-budak ni!!! annoying! ok nak balik rumah! *merepek weyh*


~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu