Followers

Tuesday, December 27, 2011

Apa kena dengan facebook ni

Views
Assalamualaikum

iza tersangat sangat sangat geram ni tahap gajah mengamuk! kenapa? sebab cik muka buku iza lah..tak hanta notis tak bagi tahu tak hantar amaran tiba-tiba sakit.meroyan agaknya ngeh! iza nak update status,nak chat,nak upload gambar suma tak boleh hanya menulis begini

For security reasons, your account has limited access to the site for a few days. If you have any questions, please contact our Help centre.

aww!aww! sakit tahu hati ni ko nak sakit bagitahulah 3hari sebelum ke? mesej iza ke? atau paling tak pun call iza.ngeh! ni tak sakit ikut sukasuki hai je.kenapa?kenapa? iza nak update status! nak komen2 dengan kawan iza tolongggglah sembuh..adohoii hoii! *kalau hati dah sakit membengkak semua benda tak kenaa (ala2 m.daud kilau ) ngeh!
nasib baiklah iza ni berhati limpa ginjal perut kalau tak lama dah iza hempas lappy iza tau...

nak online macam biasa nak online macam biasa nak online macam biasa jugak! kan dah merengek macam budak-budak ribena yang tak sekolah:(
iza rasa iza nak tulis surat kat fb macam ni

kepada fb yang disayangi,

facebookkk saya sayang sangat dekat awak,banyak kenangan kita bersama awak jangan lah merajuk sayang..saya janji saya tak akan sakitkan hati awak tapi awak tolonglah baik macam biasa.tolongggggggggg ok sayang.
awak ingat tak dulu2 kita selalu bergurau sama-sama,saya auch awk! awk auch saya!.. kan kana kan sayang kan :D
tolong kembali seperti asal ok. LUV YOU SO MUCH MUCH MUCH ohok ohk (nak munah boleh)! haha

harap esok fb iza berfungsi balik.ish! menyusahkan betullah aduyai

~entry mau tutup

Monday, December 19, 2011

Semoga berjaya calon PMR 2011

Views
Assalamualaikum

Resault nak keluar..resault nak keluar..resault nak keluar ok! tolong jangan jadi seperti orang terkena histeria!..ini adalah kenyataan bukan hayalan korang tak bermimpi..agak lama korang menunggu dan menanti resault PMR dan menunggu usaha korang selama ni sama ada menghasilkan buah yang ranggup atau buah yang busuk!..ngeh! sangat hiperbola ayat iza
bukan izanak takut-takut kan adik-adik sekalian tidak ada niat langsung ok! jangan salah anggap.

sekarang tahun 2011 dan dunia teknologi dah makin meningkat maju semua benda mesti ada kaitan dengan dunia teknologi.oh! apa yang cuba iza sampaikan ni? yee. keputusan pmr pun dah boleh amek secara online! sesiapa yang rasa-rasa gementar nak amek nak tengok muka cikgu-cikgu korang boleh tengok resault secara online..tapi better korang pergi lah sekolah baru rasa perasaan gemuruh tu!.

secara sms pun boleh yelah teknologikan makin moden dan korang semua ada handphone yang macam-macam bentuk macam-macam fungsi yang iza sendiri pun tak tahu yang penting handphone korang tu ada tempat menghantar dan menulis serta menerima mesej.oh! zaman iza tak ada ni semua(ceh! terasa tua) ngeh!...harap semua calon bukan sekadar lulus tapi cemerlang dengan GEMILANG nya..oh! bulan 3 tahun depan iza pulak amek resault so iza pun kena tempias ketakutan korang..tak apa mama iza cakap kalau dah berusaha insyallah boleh.

yang pasti sepasti pastinya keputusan korang adalah usaha korang selama ni.dannnn iza harap sangat calon-calon PMR 2011 di johor akan mengharumkan serta menyegarkan nama johor..ngeh! sama seperti calon SPM.oh! iza ni membebel je kan sampai lupa nak bagitahu bila keputusan keluar tapi rasa korang un tahu kan bila tak pe iza bagitahu jugak resault korang keluar pada 22hb NOVEMBER tahun 2011. korang pergi amek tau jangan buat-buat lupa pula ngeh!



p/s : HARAP KORANG BERJAYA -AMINNNNNN~

~entry mau tutup

Kemaafan dari hati yang tulus

Views
Assalamualaikum..

ok! nak update blog..wait! wait!(menggosok mata yang kabur) sememangnya sekarang pukl 1.24 pagi dan iza masih bersekang mata untuk meng-update entry baru khas untuk anda si pengunjung blog iza..wah1 dulu time belajar taknak pulak bersekang mata segala mengada-ngada tahap babun hilang anak betul!..ngeh!

ok! pleaseeeee back to the topic. ehem-ehem ehemmmmmm ohok ohok ohok.sorry! iza sebenarnya tulis entry ni sebab nak minta maaf kat anda sekalian sebab iza tak sempat nak follow anda balik cuma apa yang iza sempat buat hanya tinggalkan jejak iza di ruang cahtbox anda..sebab apa iza tak sempat? oh! ini kerana terlalu lalu lalu dan lalu ramai untuk iza follow mereka mereka serta anda yang dah follow blog iza.kalau iza follow sorang rasa not fair lah kan mesti kena berlaku adil! so iza decited iza akan cari masa untuk follow anda dan jangan pula anda yang singgah blog iza untuk follow bearsa takut..oh! jangan begitu (muka kesian pleaseee!)ngeh!..iza tetap berusaha DEMI anda wahai my lovely followers mushuk masyam .

kalau iza follow anda iza akan bagitahu (TAK tipu tau) dan kalau iza tak bagitau apa-apa anda boeh cari iza di FACEBOOK yang beralamat https://www.facebook.com/profile.php?id=100001644286728 (so panjangggg!) dan kalau tak jumpa gak boleh cari iza kat TWITTER
dialamat https://twitter.com/#!/Fathirahaiza ..tulun tulun tulun iza ok korang dan iza akan balas jasa korang ..oh! terasa seperti dikejar ALONG bukit beruntung lah pulak..ngeh!
iza kesian tengok korang sampaikan iza tak sempat nak balsa komen korang kat entry iza..oh! walaupun tak banyak ok.

korang korang iza ngantoklah so tak boleh nak teruskan berleter dan membebel kat korang so iza berhenti kat sini jelah yee..tolong tau jangan give up dan korang yang nak follow sila sila iza alu-alukan sambil senyum sampai ketelinga walaupun tak sampai sebenarnya(iza tipu..) terima kasih korang sebab faham iza..syggggggg korang sgt tanpa korang siapa lah iza(cis! boleh muntah sekarang?) ngeh!

~entry mau tutup

Sunday, December 18, 2011

cheese strawberi cake

Views
Assalamualaikum

sebelum buka blog iza comfem korang baca tajuk entry iza dlu kan? ok! how? terilur tak? sememangnya cheese stawbery cake mmmg favourite iza sebab apa? sebab sedaplah..cheese + stawberi oh! meliurkan ok..iza kalau teringin sesuatu memang iza akan pastikan dapat tapi selalunya lambat lah untuk iza tunaikan permintaan iza sendiri sebab bila iza teringin sesuatu secara automatik bukan secar paksaan.

sebenarnya secara tiba-tiba bangun dari tidur pgi tadi perut iza berbunyi macam ni "krokkorokkrok"..menandakan iza lapar (sejak duduk rumah mmg berlaku) iza selalu lapar tak tahu kenapa then iza update status kat FB lebih kurang macam ni



iza: sejak dua menjak ni bangun tidur selalu lapar..cheese stawberi cake pleaseee!..




korang nampak perkataan "CHEESE STRAWBERI CAKE?". secara jujurnya memang tak semena-mena iza tulis perkataan tu tanpa ada niat kat hati..oh! dan secara tiba-tiba mama iza yang tengah kerja komen status iza




mama: ok dear, nanti balik kerja mama pergi lavenda belikan yee




oh! biar betul tiba-tiba terasa macam princess lah pula kan minta je dapat tak kusangka tak kuduga..
iza rasa last iza makan cheese stawberi masa celebrate birthday makcik iza kat secret recepi..sungguh iza sangat suka kek tu.oh! no baru teringat last iza makan cheese stawberi kek 3minggu lepas kot mama yang buat tapi stawberi tak de lah hanya kek cheese.
so i'm waiting my cheese strawbery cake.. menunggu dengan penuh kesabaran (fuhh! berpeluh aku).ngeh!..


p/s: mama can you back now with my cheese stawberi cake :(

~entry mau tutup

Saturday, December 17, 2011

diam!

Views
Assalamualaikum..

bangun dari tidur terus mencapai lappy untuk online..oh! semalam tidur lambat pulak tu membaca novel yang baru di beli not badlah cerita dia..ok! terus terang je lah! boleh tak iza nak suruh awak DIAM!..oh! no no not you but someone yang asyik nak mempersalahkan iza dan buat iza rasa serba salah..apa kena dengan awak? kalau rasa tak nak iza naik angin tak payah contact dah boleh tak? oh! sangat serius..

iza bukan suka suki nak marah orang tapi dengan sikap yang begitu HIPOKRIT yang ada pada awak tu membuatkan tahap kesabaran iza dah memuncak dan bertukar menjadi orang yang tak pandai bersabar..ni semua awk punya pasal!.. agak-agak nak kawan lama dengan iza tolong jangan nak belagak bagus boleh? jangan sampai iza buat perbandingan yang besar atas diri awak dan diri iza yee sebab iza masih boleh bersabar around 30%( agak banyaklah jugak tuu)..
kalau iza dah buat perbandingan habis awak..tak faham kenapa awak bersikap seperti tak ada apa-apa yang berlaku? oh! adakah awak berperasaan atau sekadar mempunyai perasaan senang,suka,gembira dan seumpama dengannya?..dan jangan bagi iza berbahasa yang agak kurang sopan dekat awak.

i'm totally serius! tiada gurauan lagi ok..ingat dalam masa 24 jam macam-maccam boleh terjadi (oh i love dis word )dan iza pun boleh berubah menjadi HULK if you want it..ngeh! 2 years ago,2month ago and 7days ago iza really love you and love my friendship..please don't make me hate dis friendship ok KAWAN!..

~entry mau tutup

Friday, December 16, 2011

macam tak percayalah!!..

Views
Asssalamuaalikum..

hello blogger sekalian!..buat apa tu? still blogging or sedang meng-twett orang or menonline FB? oh! tak kisah lah apa yang korang tengah buat kan anyway thanks sudi singgah walaupun sebentar di blog iza ok..iza nak tulis apa hari ni?oh! ada yang nak tahu ke?tak sangka ada yang nak tahu(nada TERKEJUT!).ngeh!
iza ada story nak story mory dengan korang story ni pasal apa yang terjadi ok! iza rasa macammmmm tak percaya lah iza boleh cakap macam tu kat someone ni..oh! memang tak sangka ok..apa yang telah iza bagitau sangat tu?

ha!..can i say "SECRET".. can lah kan kan kan..iza cerita sikittt je ok! semalam kawan sekolah sekelas dan sebaya iza telefon( guy!) hanya sekadar tanya khabar almaklumlah dah 3minggu tak sekolah(betul ke 3 minggu-garu kepala!) ngeh!..masa tengah cakap dengan dia tetiba dia boleh pulak tanya soalan mengenai abang long iza tu!..oh! memang menyayat hati ..
iza dengan abang long?apa dah jadi? hahaha..kita orang dah lost contact sebenarnya(simple thing rite?) iza tak berapa nak kisah sebenarnya tapi tak tahulah kenapa dia boleh buat iza tiba-tiba rasa serba tak berapa nak bersalah..(hamek kau ayat aku!)..ngeh!

apa yang iza rasa ialah ALHAMDULILLAH at last iza dapat tahu perkara perangai dan sikap sebenar dia..oh! tak berapa nak sedih sebenarnya cuma rasa tertipu je(boleh macam tu tak?..)
malas nak fikir perkara yang tak bawa dan tak mendatangkan faedah tuuuuuuuuuu sebenarnya..ok! enk buat PENGUMUMAN iza sekarang single dan sampai bila-bila single ..(jangan percaya 100% ayat tuu ok!)..tak nak dah cinta cinton ni..semuanyaaaa monyet nyet nyet punya kerja buat iza terjebak cinta monyet!..oh! hate puppy love u know..sebelum iza merapu lebar lebar dan menjela-jela iza out dulu lah ye..

p/s: agak-agak korang pening tak baca entry ni (garu kepala yang tak gatal!)

~entry mau tutup

Hari-hari meng-update

Views
Assalamualaikum..

Iza update hanya nak berkongsi dengan korang suma rutin harian iza hari ni..(wahh! ada ke yang nak tau?..ngeh!) ok! tadi petang tiba-tiba terlintas kat hati nak buat twitter sebab kt facebook dah ramai dok meng-update FB guna twitter lagipun twitter dah ramai yang ada cuma iza je yang agak tertinggal dan ketinggalan..(ada aku kesah?) dann twitter iza dah pun siap but not 100% hanya 30% sahaja biasalah budak baru nak belajar meng-twitt ni kan so akan lambat dan lembab lah jawabnya..ok! korang faham2 jelah ye lagipun blog iza ni tak tahu kenapa dan apa masalahnya sampaikan iza nak letak lagu untuk korang layan time usha,jenguk dan jengah blog iza tapi tak boleh masuk..jenuh beb iza buat tak boleh-boleh jugak nak kata iza tersilap buat tak pulak nak kata iza tak copy url lagu tu tak pulak..hmm ntah la

so that y iza decide nak buat twitter sementara iza menjadi penganggur TER hormat kat rumahku syurgaku ni kan..hahaha ngeh!..tadi pulak dalam pukul 8.00 malam iza satu family keuar pergi tesco sebenarnya niat hati mama iza hanya ingin beli barang dapur yang dah abis tapi memandangkan iza adik-beradik nak ikut so abah iza tukar plan(yelah kot.memandai je aku ni..ngeh!) kita orang pergi makan kat foodcourt..apa yang za makan? oh! hanya sepinggan HOTPLATE NOODLES WITHOUT EGGS dan air masak sahaja (jimat duit-konon!) lepas dah abis makan hotplate noodles iza habis kan NASI PATAYA (adik iza punya)..oh! gila makan.

so round-round and round kat tesco tu barang-barang pun dah beli apa lagi balik lah..dalam perjalanan balik TIBA-TIBA (seram tak? seram tak? ngeh!) abah iza tanya nak makan MCD? oh! apa ditunggu lagi rezeki jangan di tolak..ngeh! adik iza sebagai wakilnya mengiakan (padahal dalam hati cakap NAKKKKKK!).. berhenti di MCD order menu (macam banyak pulak!) then iza terkesan seseorang yang iza rasa seperti pernah kulihat ini orang begitu lah situasinya lebih kurang..ha! siapa yang iza jumpa? mereka ialah kawan-kawan sekolah iza..
"oh! kerja sini rupanya diaorang" ..(sambil ketawa)..ok! xcully iza terlupa nama kawan iza yang sorang ni dan sekarang dah ingat dah nama beliau ISMA dan ATIKAH..haha kawan sendiri lupa pulakkan?

baru berapa minggu tak sekolah dah lupa nama kawan kan? nak kena ni !..ngeh!
harap tak lupa lagilah lepas ni..hehe :)

~entry mau tutup

Monday, December 12, 2011

The great friends

Views
Assalamualaikum..

iza tak tahu nak mula macam mana.. wait!..tarik nafassssssss then leeeepassss pelan-pelan
iza rasa macam baru semalam buat video dengan kawan-kawan iza then minta maaf kat diaorang..sekarang iza dah habis spm dan dah hampir seminggu tak jumpa kawan-kawan yang selalu buat hidup iza ceria.

3 hari lepas iza mimpi Faiz, Nasharudin,Afiq dengan Badrul..serius iza tak tahu kenapa iza hoeh mimpi diaorang..ok! bila iza terjaga dari tidur iza cakap ka diri iza tak pe normal lah tidur then mimpi lagipun mimpi mainan tidur dalam masa yang sama iza fikirkan balik mimpi yang iza mimpi malam hari tu..

2hari lepas iza mimpi Farah,Amalina khairil Anuar dengan Aliya..bila bangun tidur iza cakap benda yang sama kat diri iza tapi tiba-tiba iza nangis but serius i don't know why must i cry..
tengah hari iza buka video kat bilik bahasa tepoh hari (syahdu gilerr citer iza..ngeh!) terus iza nangis tengok video tu..


dann baru malam tadi iza mimpi Zahrisma dengan sahira..bila bangun dari tidur iza baru tahu kenapa iza mimpi kawan-kawan iza..sebabnya ialah iza RINDU sangat sangat sangat kat diaorang...iza tak tahu bila nak jumpa diaorang lagi almaklumlah iza ni bukan macam remaja (ceh! remaja seyh..ngeh!) kat luar sana yang keluar hangout dengan kawan..tengok wayang, makan, pergi shopping sama-sama tapi iza buakn macam tu sebab iza memang dah diajar duduk rumah jaga adik-adik iza.. bukan tak boleh keluar langsung tapi bila dah plan cantikkkk..baikk punya paln tapi tak jadi so iza decited iza akan duduk rumah tak hangout dengan kawan iza..

ok! apa yang iza nak cakap kat entry kali ni ialah iza RINDU korang..serius rndu giler kat korang..dah lama tak tengok korang senyum,ketawa, marah aku..hurmmm :(

ini wajah-wajah orang yang iza rindu



tiba-tiba terlintas kat hati iza "handsome jugak faiz ni"..ehem2

ngeh!.





~entry mau tutup

Just want ti say "AWESOME"...

Views
Assalamualaikum..

Dari pada 1st Disember hari tu memang iza nakkkkk sangat tengok cerita yang memang dinanti-nantikan oleh semua orang yang kaki wayang terutama IZA!.


sebuah filem yang diadaptasikan daripada novel kat atas tuuu.. ok! iza belum berkesempatan nak baca novel OMBAK RINDU tapi akan iza baca sebab sepupu kesayangan iza ada novel ni..
memang iza ada buat plan habis spm iza akan tengok filem Ombak Rindu dan minggu lepas iza dah pun tengok fiem ni..apa yang boleh iza cakapkan filem ni sangat sangat sangat sangattttt terrrrbaik!.. lakonan dari maya karin, aaron dengan lisa sangat awesome!
sepanjang iza tengok wayang cerita ni betul2 buat iza tak berhenti menangis kat wayang..
bayangkan keluar2 je dari wayang iza tengok mama..mama tengok iza then sama2 senyum sebab dah tak boleh cakap apa dah mata masing2 merah.

menyesal iza tak bawa tisu masuk wayang.. ok! filem ni sangat sangat sangattt mendatangkan effect kat iza.. sampaikan hari ni iza masih terasa kesengsaraan izah.. sebab apa iza terasa sangat sebab dia guna nama iza? ngeh!.. nonsense! iza terasa sebab bila iza tengok sesuatu filem or cerita drama or what iza akan letakkan diri iza kat watak utama so iza akan dapat effect dari cerita tu(bergantung pada cerita)!..


so..pada sesiapa yang dah tengok pasti ada macam2 perasaan dari korang rite? and mesti ada yang ulang-ulang tengok filem ni..iza pun teringin nak tengok lagi..ngeh!




last sebelum iza tutup entry ni iza letak gambar dari pelakon yang telah menjayakan filem ni..SYABAS!


~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu