Followers

Thursday, May 31, 2012

Tawaran ke politeknik 2

Views
Assalamualaikum


Hai iza kembali lagi. Eh jap semalam kan iza update satu entry pasal polteknik kan? kan? kan? *korang baca ke?*  :P HAHA. ada kawan iza tu dia tanya lah kenapa "iza" ? Ok sebenarnya iza tu nama panggilan masa kat sekolah menengah masa tingkatan 4 dengan 5 . Kawan-kawan iza yang dah lama kenal iza tahu lah kan kenapa orang panggil iza ni "iza" . Ok biar iza terangkan lagi nama sebenar iza  FATHIRA HAIZA masa iza tingkatan 4 ustazah susah nak panggil fathira jadi dia panggil iza "haiza". Hari-hari lah "haiza" "haiza" sebab tu lah ada kawan iza panggil iza "iza" dan iza rasa selesa bahasakan diri sebagai iza. Tapi yang panggil fathira tu pun iza still layan. *jangan lepas ni korang yang panggil iza "fathira" tukar panggilan sudah*

Ok ok kembali pada tajuk.. Semalam iza ada bagitahu yang iza tak tahu lagi dapat politeknik kat mana kan? Tadi iza pergi lagi kat laman web POLITEKNIK *klik kalau nak semak keputusan korang* Klik sana. Klik sini. Masuk kad nombor kad pengenalan. Hasilnya iza dapat dekat Politeknik Merlimau Melaka. Respon pertama iza? "Melaka?"  "Alahai kat melaka je pun"  lebih kurang macam tu lah. HAHA.
Semalam berangan dengan mama  mana lah tahu dapat kat Perak dekat sikit dekat rumah opah.Hari minggu  boleh balik rumah opah. Sekali dapat Merlimau. Telefon mama. Respon mama? "Alhamdulillah.. tapi kalau dapat kat perak ka bagus" .*Along tahu mama nak along belajar kat perak tapi nak buat macam mana*. Full Stop.

Tapi lama lagi nak tunggu hari pendaftaran. Disember. Ye daftar akhir bulan. Ya Allah lamanya nak tunggu so iza buat keputusan iza nak teruskan tingkatan 6 sampai bulan 7. Peperiksaan semester pertama iza tak amik lah karang kalau amik rugi lah pula. Tapi tak tahu lah lepas ni kalau iza ubah fikiran. Iza ni pun bukan tetap pendirian pun. HAHA *kan dah bagitahu kelemahan diri* :P

P/S: Hari ni balik perak. balik malam nanti. :D

Tawaran ke Politeknik

Views
Asalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. :) nak tahu kenapa? Tuuuuuuu tengok lah tajuk entry tu. nampak kan??
Ok jujur lah selama ni tak pernah pun terfikir nak sambung study dekat mana-mana politeknik hanya fikir nak sambung study masuk Universiti tu je.Full Stop. Masa daftar UPU pun iza banyak mohon dekat U. Politeknik tu ada lah tapi pilihan keberapa pun tak pasti. Semalam dalam pukul 2petang mama telefon tanya pasal politeknik dah la iza tak tahu apa-apa jadi semalam serupa orang sengal lah. "Huh poli?" "huh apa?"  lebih kurang gitu lah.


Lepas berbual dengan mama kat telefon tu terus Google laman web rasmi politeknik tapi perasaan tu tak ada lah teruja macam masa nak tahu keputusan UPU sebelum ni. biasa sahaja.
Dengan sopan-santun iza masuk kan nombor kad pengenalan.Klik sana.Klik sini dannnnnn keputusannya....... "Tahniah bla bla bla...."
lebih kurang gitulah  ayatnya tapi bla bla bla tak ada lah. HAHA :)
Ok apa respon iza masa tu? Huh respon? respon iza? haha.. "Serius ke ni aku dapat" "Tak salah ke ni?" "Eh nama aku lah.. Eh aku dapat lah"  Lebih kurang macam tulah. HAHA.. *gila jakun aku*
Terus telefon mama bagitahu yang anak dara dia yang sorang ni dapat pegi politeknik Ok yang ni iza nak tekankan.. Iza seronok sebab
  1. Ini adalah harapan parents iza *sebenarnya*
  2. Iza dapat keluar dari Tingkatan 6/ Pra-Universiti
2 sebab lah kenapa iza seronok yang tak terhingga bila dapat tahu nama iza tersenarai kat politeknik. Ohh ye lupa nak bagitahu jurusan apa yang iza dapat. HAHA :) *rancak sangat menaip*
iza dapat jurusan Diploma Akauntasi. Tempat? tak tahu lagi.. Nanti adalah tu surat tawarannya..
Lepas dah telefon mama semua iza tweet lah dannnn seperti biasa ada wish "Tahniah Fathira" dan ada yang bagi respon.. "Kau pindah?" "alaa... :(((("  . Serius lepas tengok tweet diaorang tu terutama yang ber-alaaaaa... dengan reaksi " :((( " iza terus rasa sedih. *Serius.Tak tipu*
Sebenarnya iza makin selesa dengan sekolah denga tingkatan 6 dengan budak-budak kat situ yang ramah-tamah tak kira lah upper ke lower ke semua lahhhh.. Iza dah makin selesa. Tapi niat masa daftar tingkatan 6 hanya sementara dan niat iza dah pun termakbul jadi nak tak nak iza kena lah pergi politeknik.


Apa pun. Dekat mana pun iza belajar.Dengan siapa pun iza berkawan korang jangan risau.. Kenapa?  sebab iza tak pernah lupa kawan-kawan iza even dari tadika sekalipun *Serius.Tak tipu* :D
Dan iza harap korang sudi lah doakan kawan korang ni berjaya :)
Untuk budak-budak dari sekolah SMKTD tu JANGAN risau naik cuti ni FATHIRA HAIZA MOHD FADZLI ni ada lagi dan fathira akan usha korang semua tanpa mengira tua atau muda. hahaha :)

Thursday, May 10, 2012

Pra-Universiti

Views
Assalamualaikum



Hai saya Fathira Haiza binti Mohd Fadzli. Saya  sedang melanjutkan pelajaran di pra-universiti dalam bidang kemanusiaan. saya..... *Oh please stop it*
ayat kalah budak pra sekolah. hahahha *apa yang kelakar? apa yang kelakar?*  bOOoooo pada diri sendiri.
Ok ok serius *ehem..muka tegang* :P
bermula pada 8Mei hari tu iza dah daftar ke tingkatan 6 dan alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pada awalnya agak kelam-kabut sikit. Pukul 8.30 pagi Aliya kawan terlampau baik iza dah tercegat depan pintu tunggu Iza yang ala-ala mak datin yang sedang bersiap. Kesian Aliya terpaksa tunggu dan untung juga  buat iza sebab dapat kawan yang penyabar la sangattttt. Lepas Iza siap kita orang pergi rumah kawan  Syahirah namanya *betul ke aku eja nama kau ni?* hahaha then pergi sekolah sama-sama dengan hati yang terpaksa sama-sama.



Serius time tu hanya diri iza je yang pergi jasad tinggal kat rumah dan fikiran melayang ke Universiti. Oh sangat tragis :'(
Sampai-sampai sekolah pengawas dah tunggu depan pagar. Kaki baru nak melangkah masuk ke sekolah tiba-tiba kita orang ditahan dan dengan selamba badak pengawas hulurkan kertas.

"Ha apa?? RM120? "

Reaksi pertama Iza dan kawan-kawan yang lain buat muka ala-ala baru seminit putus cinta.

"Wei korang bawa duit? " 
"Tak. langsung tak tahu menahu pun"
"hampehhhh" *tepuk dahi*

Seorang kawan iza berjalan jumpa pengawas dan bertanya

"Ni kena bayar penuh ke?"
"Ye. tak ada duit tak boleh masuk. Pergi balik amik duit dah ada datang balik"

Ok nasib Iza hari tu ala-ala gadis melayu yang baru menang award kalau tak lama dah kasut aku masuk kat mulut pengawas tu. Dah la tak inform apa-apa pastu selamba je suruh balik. Terlalu bingung masa tu lalu iza telefon mama ngadu semuanya lepas tu telefon abah dan tak sampai 30minit abah datang bawa duit. Kesian abah time tu dah la pejabat jauh sanggup datang sekolah Iza semata-mata RM120. Masuk sekolah terus daftar. Ingat lepas daftar nak balik sebab hati pun dah panas dah la Iza tak rela masuk tingkatan 6 yang sekarang semua budak sekolah tu panggil Pra-U. Dengan kaki yang lemah-longlai dengan muka ala-ala nak kena penyepak laju-laju Iza dan kawan merangkap GENG iza menuju ke dewan sekolah baru kita orang. Dengar lah  ceramah mengenai tingkatan 6. ceramah serba sedikit tentang Pra-Universiti dan serba sedikit mengenai sistem pembelajaran yang baru.Habis semua kena psiko dengan cikgu. Daripada yang nak keluar sangat sekolah nak sangat tunggu intake kedua upu terus jadi dilema sama ada nak pergi Upu atau pra-U.



Dan hari ni adalah hari ke 3 iza di sekolah sebagai pelajar pra-u dan juga masih didalam minggu Orientasi.Oh ye iza juga dah mula jatuh cinta dekat pra-u ni. ALAMAK masih didalam dilema. hahaha. Ahhh dekat mana pun iza belajar harapan iza tetap sama iaitu nak berjaya dan nak jadi pendidik satu hari nanti. Insyallah :)

Sunday, May 6, 2012

Tetap kawan

Views
Assalamualaikum

Dah dua hari kawan sekolah merangkap kawan yang suka bertikam lidah dengan iza mesej iza tapi bezanya sekarang dia tak ada di sini. Dia dah pun sambung belajar di salah sebuah pusat pengajiaan swasta. Mula-mula tahu dia dah sambung belajar iza terkejut sebab dia adalah kawan iza yang pertama melanjutkan pelajaran dan dalam masa yang sama iza rasa geram nak marah dia cukup- cukup sebab dia pilih IPTS tanpa tunggu UPU sedangkan dia ada mohon UPU. *iza propa*


Semalam dia mesej iza dengan nombor yang tak iza kenali dengan mesej yang sangat ringkas
Keputusan UPU bila keluar ?  mesej darinya.
Iza diamkan diri dan dalam masa 5minit iza rasa kesian sebab tak jawab mesej "orang" yang iza tak ketahui tu. Dengan lajunya iza balas mesej tu serta bertanya siapa gerangan yang menghantar mesej tu.
Dengan selamba dia membalas Kekasih kau. hahaha. kau apa khabar?Masa tu Allah je lah yang tahu apa yang iza rasa. Ya Allah kawan aku. rindunya aku dekat dia. tersenyum iza ketika itu.


Ya Allah.. badItu je yang mampu iza balas. Terasa nak menitis air mata saat tu. Aku rindu sangat dekat kau.rindu sangat nak gaduh dengan kau sampai aku sakit hati.Rindu sekolah :"(
Iza tahu kawan iza yang sorang ni tak akan mesej  kalau tak ada hal yang penting.Dia sangat rajin sebenarnya.Dulu masa iza nak menduduki SPM dia adalah salah seorang kawan yang rajin ulangkaji dalam kelas walaupun tak ada yang perasan.


Hari ni dia mesej iza lagi dengan nombor lain juga.Firasat iza mungkin dia juga rindu akan iza.*perasan tahap gaban*.Assalamualikum. tengah buat apa? mesej darinya. Seperti selalu iza tak layan nombor yang iza tak kenal tapi dia tetap tak putus asa. Sayang sombonglah.   Iza mula tak senang dengan mesej dari entah siapa iza pun tak pasti. Siapa ye ni? soal iza. Kekasih kau . Tersenyum. bukan tanda iza suka mesej se
begitu cuma iza tahu siapa gerangan empunya mesej. Tapi hari ni iza ada bagitahu dia yang iza akan pindah ke tempat lain . Saat itu jugalah dia seperti tak keruan. Kau dah nak pindah rumah ? Kenapa kau nak pindah? Tak sayang aku ke? hahaha. Soalnya.
Dengan tenang iza beritahu dia Sebab aku nak cari ketenangan . tersenyum lagi. Apa selama ni kau tak tenang ke? duganya. Hahaha dia tak pernah berubah.Dengan spontan iza menjawab  Aku rindu sekolah. rindu nak gaduh dengan kau sebab tu aku nak pindah biar aku lupa sekolah. Lama juga iza tunggu balasan dari dia dan jawapannya Aku rindu kau juga kawan.


Selama mana iza kawan dengan dia tak pernah sekali dia bersikap seperti ini. Dia mula lain. Oh mungkin perasaan iza je tapi betul ke dia lain ? Ahh tak kisah lah dia dah berubah ke tak janji dia kawan iza.
Iza nak beritahu iza TAK pernah dan TAK akan pernah lupa kawan-kawan iza.Jadi korang jangan risau termasuk kau badrul nizam. Aku akan ingat kawan aku selalu sebab aku sayang kawan-kawan aku sampai mati.



bad selama mana aku kawan dengan kau aku tak pernah buat entry untuk kau.Ini adalah entry pertama yang aku buat untuk kau KAWAN :D

Walaupun aku lama tak jumpa kau tapi aku tetap ingat kau. Walaupun kau kat singapore atau KL kau tetap aku ingat. Eh? ayat aku sama lah. hahaha. Ahhh peduli pula aku. Terima kasih sebab kau tak pernah lupa aku kawan :D Semoga kau berjaya kejar cita-cita kau kawan. :)


Aku tetap kawan kau.insyallah :)

Saturday, May 5, 2012

Doakan saya

Views

Assalamualaikum

Iza sedang dalam ketakutan dan kerisauan. Kenapa? Sebab keputusan UPU hampir keluar dan insyallah keputusan keluar pada 7 Mei ini. Tak tahu nak gambar kan perasaan iza bila fikir pasal nak sambung belajar ni yelah baru pertama kali kan.Macam-macam benda bermain di fikiran iza.Keputusan matrikulasi dengan tingkatan 6 dah pun keluar minggu lepas tapi iza tak dapat tempat di matrik dan alhamdulillah rezeki iza di tingkatan 6. Masalah sekarang ialah iza nak tunggu keputusan dari upu dulu dan kalau lah tak ada rezeki nak pergi sambung belajar di Universiti terpaksalah iza daftar ke tingkatan 6  atau pergi ke IPTS.


Harapan keluarga semestinya nak iza pergi IPTA dan iza pun harap perkara yang sama. Sebelum keluar keputusan dari upu ni biasalah IPTS sedang giat penawarkan tempat belajar mereka. Kadang-kadang ada yang telefon bagi info-info menarik tentang tempat mereka sampaikan tak sampai hati nak tolak tawaran dia orang. Tak ada niat pun nak cakap tempat dia orang tu tak bagus tapi memang semua orang nak masuk IPTA berbanding IPTS kan?. Salah sebab tawaran mereka di tolak ialah kos pembelajaran di sana terlalu mahal dan Iza rasa Iza tak layak masuk sana.


Antara tawaran dari IPTS untuk iza.



Walaupun ada tempat yang abah iza bagi pergi macam Kolej Universiti Islam Melaka tapi keputusan UPU perlu iza utamakan. Korang yang sedang tunggu keputusan upu macam iza. Iza doakan semoga korang juga akan dapat tempat di IPTA. Korang doakan lah kejayaan iza ye. terima kasih :D
Antara sebab lain juga kenapa iza nak pilih IPTA adalah kerana memang impian iza nak sambung di sana.
harap sangat isnin ni adalah hari iza. hari yang  boleh buat mama dengan abah iza tersenyum lagi. Oh ye iza ni ada satu masalah yang memang dari dulu iza tak boleh nak elak. Iza ni suka fikir negatif berbanding positif  :'(
macam sekarang ni iza fikir

Ramai sangat orang yang pandai sekarang tahun lepas je ramai dapat straight A tapi aku? dapat ke aku masuk IPTA ni



korang tolong doakan iza ye. doakan keputusan upu menyebelahi iza. doakan iza dapat pergi IPTA . doakan iza berjaya. doakan iza. doakan iza ye korang. iza terlalu risau :"(

Wednesday, May 2, 2012

Kerdilnya aku

Views
Assalamualaikum

Ya Allah sungguh banyak halangan untuk aku dekat dengan-Mu. Ya Allah aku mahu sentiasa disisi-Mu sentiasa mengingati-Mu walaupun sedetik sesaat mahupun seminit. Terasa diri ni sungguh kerdil bila aku menghadapmu Ya Allah. Aku bukan seorang yang hipokrit ini adalah perasaan yang aku rasakan sekarang. Semakin hampir semakin banyak anasir-anasir jahat yang mengganggu fikiranku. Aku cuba belajar dari kesilapan.Aku cuba lupakan apa yang dah aku buat dulu kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Layakkah aku ditempatkan di Syurga-Mu ?



Kadang-kala aku berfikir adakah aku hamba-Mu yang sentiasa taat dengan perintah-Mu dan jawapan yang pasti aku telah langgar/ingkari janji aku terhadap-Mu Ya Allah walhal sebelum jasad ditiupkan ditubuhku aku dah berjanji bahawa aku akan turuti segala perintah-Mu dan tinggalkan segala larangan-Mu.Selama ini terlalu banyak dosa yang dah aku buat. Sekarang adakah Kau akan terima segala amalanku? Ya aku tahu Allah Maha Pemaaf. Dia(Allah) Maha segalanya. Aku impikan syuga-Mu aku mahu melihat Syurga Firdaus-Mu tempat dimana semua orang impikan selama ini.



Aku tahu aku hanya seorang perantau di atas muka bumi ini dimana tempat yang sementara untukku dan aku tahu aku akan kembali pada tempat yang kekal abadi disana suatu hari nanti.Ya Allah apa yang aku mahukan ialah ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini dan tetapkanlah pendirian serta imanku ini Ya Allah.
Aku rindukan-Mu terlalu rindu..


tiada kaitan dengan tajuk hanya sebagai hiasan

~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu