Followers

Sunday, January 29, 2012

Percutian bersama keluarga

Views
Assalamualaikum

Maaf iza lambat update pasal percutian iza sebabnya sepupu iza dok berebut-rebut tenet dengan iza. ha! sekarang kita focus pada yang satu iaitu meng-update blog ok!
Cuti raya cina yang lepas iza ada pergi bercuti lah dengan family iza dan hal ni iza dah bagitahu banyk kali dah . boring kan korang ? iza tahu! percutian ni dah dirancang awal tahun lagi jadi sebab tu lah iza TERlalu excited sangat walaupun bertolak lewat malam

sebelum bertolak tu iza bersiap-siaplah dulu tapi iza pakai simple sangat.dan sempatlah snap2 beberapa keping gambar dengan adik2 iza.

sampai-sampai je kat TERENGGANU pukul 7.30 dan abah iza singgah kat masjid terapung tuk solat subuh walaupun agak lambat sebenarnya dan lepas tu kita orang pergi sarapan kat warung je. makan nasi lemak, nasi kerabu segala bagai kira kira kira dan kira semua sekali RM25.00 hanya sarapan sahaja!. haha . mana tak banyak kena bayar iza makan nasi lemak 2 bungkus minum nescafe pas tu nak balik tapau nasi kerabu 2 bungkus lagi. dan lepas sarapan terus pergi cari Chalet Qukata. Sampai sana je adik2 iza jakun gila kot! *sama lah aku* hahaha. iza apa lagi terus amek kamera snap2 lah kat sekitar Qurata
My HERO dok berendam hampir sejam setengah dalam kolam tu.punya sukalah dia sampai abah iza tanya dia macam ni "Aaan seronok tak? kau seronok ke jakun?" hahaha. ngeh!
ni lagi sorang tyak padan dengan umur.haha! punyalha suka temankan Aan mandi sambil tu adik iza sorang ni sempat belajar berenang and now dah impprove dah.alhamdulillah! padahal eksyen je lebih
gambar page iza

lepas snap2 dengan adik2 iza .mama pun keluar bilik dengan berbaju t-shirt dan skinny dia tuuu *muncungkan mulut* . hamboiii! bukan main lagi kan dua beranak ni.haha. mama, mama cantik mama saya cantik.! *tetiba*
kitaorang kat Terengganu sehari je sebab tu seharian berjalan dan ini kali kedua iza ke Terengganu dan kali kedua jugalah iza tidur kat Chalet yang sama.


Hari kedua iza sekeluarga ke Kelantan!. serius! iza tak pernah terfikir nak jejak kan kaki kat Kelantan ni. tak tahu kenapa. sampai-sampai je kat Kelantan terus cari HOTEL TEMENGGONG sebab masa tu dah pukul 1.30. pusing punya pusing cari punya cari tak jumpa-jumpa dan iza ada perasan sesuatu kat negeri ni. apa yang iza perasan? iza perasan SEMUA kedai kat Kelantan ni semua tulisan jawi walaupun kedai cina. Peniaga kat Kelantan dan Terengganu kebanyakkannya melayu sampaikan iklan YUNA yang "setiap gambar ada lagu" tu pun tulisan jawi. Lagi satu yang iza perasan negeri Kelantan ni tak banyak signboard tapi banyak lampu isyarat. ya Allah! hotel iza kat tengah2 bandar dan kat tengah2 bandar tu punyalah banyak lampu isyarat. macam mana nk gambarkan ea? ha! macam ni cer korang bayangkan korang driver setiap 1KM mesti ada lampu isyarat. penat tahuuu!


berbalik pada cerita cari hotel tadi. dari pukul 1.30 cari hotel sampai pukul 3 baru jumpa HOTEL TEMENGGONG tu. peh! punya lama kan? padahal kalau nak ikutkan 3 kali abah dok pusing2 kat jalan yang sama. Papan tanda hotel tu kat bawah rupanya sebab selalu hotel letak papan tanda kat atas kan? hahaha. kelakar kalau diingatkan balik.Last2 abah ajak pegi makan tengah hari sebab dah TERLALU lapar.kitaorang makan kat Restoran Nasi Ulam @ Restoran Cikgu. ok! ni iza nak bagitahu. rugi kalau korang pegi Kelantan tapi tak try makan kat restoran ni sebab korang boleh makan dan tambah sebanyak mana yang korang suka harga below RM70 . itu betul!

habis makan .letak beg kat hotel dan kitaorang pergi Pasar Siti Khadijah. *atas tu my beloved sista*
Kelantan kaya dengan batik kan? cantik2 baju batik kat sini . mama dan abah iza beli satu dan iza tak beli pun :"(
sebab dah shopping kat Terengganu. haha! ngeh!di Kelantan pun iza sehari je lepas tu esoknya baru balik Perak. ha! kalau korang nk tengok gambar selebihnya korang tengok kt page iza ok.


~entry mau tutup


Thursday, January 19, 2012

simple

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nk update sikit je xmo bnyk2 ..


Berpakaian simple

hanya menyarungkan seluar jeans straight cut, blouse pendek dan kardigan panjang

serta mengenakan tudung bawal yg semakn dilupai ramai.. oh! ye hanya mengenakan makeup

yang agak simple tidak terlalu over. siapakah dia?


tunggu entry seterusnya...

Wednesday, January 18, 2012

Nisa Kay

Views
Assalamualaikum

Hello blogger2 yang cantik ayu lagi kacak. eh! pe iza cakap ni. haha! nevermind lupakan ayat itu.Hari ni iza nak cerita mengenai seorang gadis yang kecil molek lagi bergaya dan cantik sentiasa. siapakah dia? oh! nama sebenar tidak dapat dikesan tapi nama samaran tu iza tahulah.Nama samaran yang sering dipanggil2 ialah Nisa kay. ok? ok tak? ok kan. ngeh! Macam mana iza kenal dgn Nisa kay sedangkan dia tak pernah kenal iza langsung ha! ni nak bagitau lah ni. iza kenal dia dr blog juga lah first tengok muka Nisa macam familiar je, macam pernah dilihat sebelum2 ni tapi tak tahu kat mana so iza decided iza nak kenal dia walaupun dia tak nak kenal dengan iza. aduh! sedih lagi tragis. hahaha . ngeh!

alalala.. comelkan gambar kat atas tuu *muncungkan mulut* . iza ingat Nisa ni sebaya dengan iza tapi rupa2nya bila diselidik dengan lebih mendalam *tipu* rupanya dia lagi tua dari iza. umur Nisa sekitar 20 tahun macam tulah. betul ke? macam hembus je ni. haha! jadi nak panggil apa ni? kakak? errr..Iza selalu jugak lah terjah blog Nisa ni sebab Nisa suka update butik2 dan tempat2 untuk bershopping.ha! sesuailah untuk mereka yang gila bershopping kan. Dan yang penting bila dah tahu tu senang lah kerja nak bershopping lepas ni *mengambil kesempatan dalam kegembiraan*. Antara butik yang sering disebut oleh Nisa ialah Calaqisya, Mini Shopaholic dan banyak lagi lah malas pulak nak senaraikan *tengok sendiri kat blog Nisa Kay* ok..




Nisa ni kira up to date la juga dalam arena fesyen ni kan dan yang paling penting beliau suka teramat suka bershopping secara online. best best best. Dah malas nak taip lagi kalau ada yang tak puas hati dengan entry iza kali ni maaf ye korang boleh usha blog Nisa sendiri. *promote ni* :D
iza tutup entry kali ni dengan gambar si cantik manis lagi ayu si Nisa Kay.




cantik kot! jeles youu


~entry mau tutup

Monday, January 16, 2012

Vanilla Coklat

Views



Assalamualaikum






Siapa tengok Lestary setiapa hari selasa sila angkat tangannnnn.. fuyoooo! ramai-ramai. Secara jujurnya iza jarang tengok Lestary tapi cerita Vanilla Coklat buatkan iza nak tengok Lestary macam best lah pulak kan sebab ada the gojes actres siapa lagi kalau bukan Aishah Izara. Sejak dia jadi covergirl majalah REMAJA iza mula tertarik dengan lakonan dia. dan sejak dia berjaya membuatkan orang benci bagai nak mati dengan dia dekat drama Sofiyya. Tahniah! Izara.serius! Izara cantik sangat suka tengok muka dia.

cara Izara berlakon memang selamba je rasanya Izara ni tak pernah berlakon mana-mana drama atau filem sebelum dapat tempat kedua dalam rancangan Remaja tapi lakonan dia superb! dalam dram Vanilla Coklat Izara pegang watak izara yang masih belajar dan masih 19tahun.




Selain Izara peserta Mentor iaitu Aiman pun dah mula berlakon.. Lakonan dia pun boleh tahan lah masih boleh diperbaiki.ok! biar iza ceritakan serba sedikit mengenai drama Vanilla coklat. Izara dan Aiman ni sedang belajar di salah sebuah kolej.mereka mengenali satu dengan yang lain sejak kecil lagi.Izarah seorang yang agak tegas dan manja dengan keluarganya.Izara suka akan vanilla latte manakala Aiman adalah anak orang berada dan suka memberi setiap gadis di kolejnya coklat. Sikap Aiman yang agak poyo dah bajet bagus tu membuatkan Izara memyampah. Dalam diam keluarga Aiman dan Izara telah merancang untuk mengahwini anak mereka tetapi rancangan mereka di tolak oleh Izara. Disebabkan mereka sayang dengan keluarga mereka terpaksa berkahwin tetapi Izara telah menetapkan syarat untuk Aiman. Bagaimana rumah tangga mereka?Bertahan atau pun tidak? Jangan lupa saksikan Vanillah coklat setiap hari Selasa pada 9.oo malam hanya di tv3 *ececeh dah rasa macam pengacara ah pulakkan. hehe :)

iza tutup entry ni dengan gambar dari pelakon Vanilla Coklat



~entry mau tutup








Thanks Allah

Views
Assalamualaikum

Now i feel better. *tarik nafas hembus* Alhamdulillah.. iza rasa iza dikelilingi orang yang iza sayang dan orang yang iza sayang dekat dengan iza.. love it! love u aolls.. Bila difikirkan dengan apa yang pernah berlaku dalam kehidupan iza..iza rasa iza sudah kembali dengan dunia sebenar iza bukan lah nak kata sebelum ni iza hanya di alam hayalan dan berimaginasi tapi its to hard to me wade.. Syukur sangat-sangat! iza semakin dekat dengan keluarga yang iza cintai dan semakin ramai dengan kawan2 iza yang iza selalu ingati sampai bila-bila.. Macam-macam dah iza harungi daripada iza pegang gelaran student sampai iza umur 18 tahun.. dunia remaja memang banyak dugaan..Tangisan tak pernah lekang dari hidup iza dan tak lupa juga gurauan dan senyuman kawan-kawan, keluarga membuatkan iza makin bersemangat untuk teruskn perjuangan..



Hidup iza tak macam korang.. hidup iza 24hours hanya untuk keluarga dan hanya di rumah.. Tak pernah iza lepak dengan kawan-kawan dekat shopping mall *jarang sekali* atau tak pernah iza bercuti dengan kawan-kawan iza walaupun ada yang ajak..Iza masih tinggal di ruamh keluarga iza dan family is most important. Mama iza pernah cakap bila kita dalam kesusahan orang pertama yang kita cari ialah keluarga bukan kawan sebab tu ukhuwah antara keluarga sangat2 penting..

iza sayangkan keluarga iza lbh dari diri iza sendiri pernah satu hari iza tak fikir langsung pasal perasaan iza yang iza fikirkan perasaan keluarga.Iza selalu berusaha untuk perbaiki diri dan
menggembirakan keluaraga sebab iza rasa seumur hidup iza iza tak pernah gembirakan diaorang.Bila fikir2 balik harap sangat resault yang akaniza tunggu ni akan membuahkan hasil yang boleh menggembirakan hati keluarga iza. Iza tak nak diaorang kecewa lagiii.. syukur sangat sebab iza masih ada keluarag,kawan yang sentiasa support iza.

~entry mau tutup

Saturday, January 14, 2012

lebihkan twitter dari facebook

Views
Assalamualaikum

Sebelum iza mulakan apa2 iza nak minta maaf sebab entry iza sebelum ni macam tergantung je kan..korang baca2 dan baca tiba2 iza tulis ok nak tido..sebenarnya time iza tgh update entry tiba2 hujan turun dan petir menyambar..ok! mengaku iza takut hujan bukan takut apa iza kalau tengah bersindirian dan tiba2 hujan turun besertakan dengan petir bersama kilat iza rasa takut dan mula menggelabah sebab tu bila iza tgh update entry iza terus akhiri entry dan tutup laptop terus lari naik atas katil tarik selimut,peluk bantal pooh dan tidur.haha! ok back to the topic seperti yang korang tahu iza sekarang aktif dekat twitter dan jarang buka facebook * eh! tau ke korang? tak pe ni iza nak bagi tahulah ni. sorry facebook! haha! dasar kacang lupak kulit kan dulu seronok je kat facebook update status sana update status sini sekarang hampeh!.ngeh! bukan apa bila iza buka fb line berukband iza secara automatiknya terus nazak tercungap2 *beruk betul..benci! tapi bila iza rasa nk tweet guna laptop tak pulak nak tercungap2 maybe berukband iza anti dgn fb kottt.. sorry syg!

facebook iza pun still aktif tapi tak seaktif dulu lah. Lagipun sekarang fb dah banyak sangat lah virus2 yang kadang2 buat iza rasa menyampah pula..Ni suma kerja penyebar virus lah! dah tak de kerja lain agaknya..iza akan update status kat fb tapi tak macam dulu.. kenapa? macam iza cakap tadi lah iza dah mula hyper-aktif dekat twitter sbb lagi satu iza rasa kat twitter iza makin dekat dengan orang kalau kat fb iza jarang chat sebab tak ada yang nak chat dengan iza.hahahaha! yelah siapalah iza di mata anda kan. ececeh! ayat tak boleh poyo lagi k?haha.ngeh!
So uolls still can follow me in fb also in twitter and i'll approve ur adding.don worry lah ye.
korang yang nak cari twitter iza can klik link ni https://twitter.com/#!/Fathirahaiza



p/s: thanks to a Allah because lately ni rezeki melimpah ruah..Alhamduillah rezeki dari Allah :)

~entry mau tutup

Thursday, January 12, 2012

Berborak dgn pasangan Ally iskandar

Views
Assalamualaikum

Yes! iza hanya nak bagitahu hari tu iza ada postkn entry mengenai abang Ally Iskandar dan pasangannya kak Farah Lee. sememangnya Farah Lee sangat cantik ok! lama tinggal Korean muka pun dah macam orang sana putih melepak muka dia.wait! nampakkn tajuk entry tu ok! macam tak percaya je kan Fathira Haiza a.k.a iza ni dapat berual2 dgn kak Farah Lee walaupun hanya dalam laman maya.ceh! gatalnye anak dara ni.ngeh! saja je kan mencari publisiti murahan.haha! hello ini bukan publisiti murahan ye ni malah punya tahuuu..kau ada? tak ada kn? Kak farah baik sangat tahu even 1st time iza chat dengan dia tapi iza tahu tengok muka je dah tahu anak solehah! alhamdulillah..

apa yang kita orang borakkan maaf! tak perlulah bagitahu kn.hanya perbualan remeh-temeh je :) tapi hati iza dah berbunga-bunga.yes! couple abg Ally reply tweet aq seyh!.tak sangka beb.haha.. kau ada? langsung tak kn.ok2 iza pleaseeeee kawal diri anda.ngeh! thanks kak reply tweet iza :D hahahaha


cantiknya.masyallah! ok iza dah tgk da gambar adik-beradik kak Farah ni semuanya cantik2 macam dia..see! iza memang kepoh :P ngeh! kepoh sikit2 je lah xbanyak pun. Untuk kak Farah kalau bukak salon bagitahu saya one of the regular customer akak. ok! BERANGAN je niiii.



~entry mau tutup

Wednesday, January 11, 2012

Zaman bujang Ally Iskandar berakhir

Views
Assalamualaikum

Sebelum iza start membebel sebenarnya entry ni iza siapkan semalam tapi memandangkan line broadband yang tidak mengizinkan iza membuat entry ni jadi iza tangguhkan ke hari ni.ok! back to the topic.Iza rasa korang dah nampak dan dah baca kn tajuk entry iza yes! itulah yang ingin iza lakukan hari ni. Pada hari selasa iaitu bertarikh 10 JANUARI 2012 iza terbaca satu artikal mengenai pengacara popular Malaysia Hari Ini (MHI) dan Mentor iaitu siapa lagi kalau bukan si tuan badan Ally Iskandar atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi yang berusia 36 tahun. Apa yang dimaklumkan oleh semua pembaca surat khabar mengenai

Ally akan bernikah.Tahniah! baru tahun lepas Ally dilanda kesedihan kerana putus tali pertunangan tetapi iza rasa tahun ni adalah tahun yang bermakna buat Ally iskandar.

dan pada hari Rabu iaitu 11 JANUARI kisah Ally disambung lagi


Dikatakan bahawa gadis yang menjadi pilihan ialah gadis yang berasal dari Terengganu itu sebenarnya adalah pilhan keluarga Ally sendiri. Ally berkata "Sebenarnya semua in diaturkan keluarga.Mereka yang mengesyorkan supaya saya berkenalan dengan dia.Saya tiada masalah dengan pilihan keluarga memandangkan usia bukan lagi muda.Saya tiada masa untuk berkawan-kawan seperti orang lain kerana sasaran saya hanya untuk berkahwin"..Gadis yang bertuah itu bernama Farah Lee yang berusia 23 tahun dan sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Korea dalam jurusan Kejuteraan Mekanikal peringkat ijazah.
Mereka juga akan melangsungkan pernikahan tanpa mengikat tali pertunangan.Ally dan Farah bukan seperti pasangan lain yang sedang hangat bercinta kerana mereka jarang berjumpa malah jarang menghubungi antara satu dengan yang lain.






"Kami tidak terlalu mesra seperti pasangan lain.Kami tidak suka keluar atau berbual panjang di telefon.Seingat saya,sepanjang dia berada di Korea hanya beberapa kali sahaja kami berbual di telefon dan saya akui,kami tidak begitu mengenali hati budi masing-masing.Tetapi kami berpegang pada keredaan Allah.Kami akan berkenalan selepas kahwin tetapi perhubungan kami sedikit mencabar kerana kira-kira dua bulan selepas bernikah dia akan kembali semula ke Korea untuk meneruskan pengajian."


Ally juga berkata bahawa mereka tidak membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi hanya mengadakan majlis secara kecil dan tertutup.Iza harapkan Ally dan pasangan berbahagia dan hubungan mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat.Insyallah


SUMBER:BERITA HARIAN


~entry mau tutup

Saturday, January 7, 2012

Untuk budak exam 2012

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak masuk alam persekolahan.ceh! dah nak abis sekolah baru nak balik2 sekolah menyampah betul.haha ngeh! iza tahu bagi mereka yang nak amek exam tahun ni mesti rasa "alaa takutnya" atau "tak ready lagi" .ok! what ever is it korang kena prepare starting now act no more excuss or reasons.Bila fikir balik time iza pmr dulu iza tak prepare apa2 pun dan resault yang iza dapat adalah kerja iza selama ni GOOD JOB ! haha..banyak lah good job kauu bad job tahuu..dan time spm last year iza rasa tahun yg betul2 buat iza tak tidur malam walaupun mama iza suruh iza tak payah tidur oh! im not a robot so i must sleep macam korang gak dan tahun yang banyak kerja kursus *hated
macam cikgu iza pesan no need study hard but study smart dan itulah yang iza buat masa spm.betul! tak tipu.
Iza nak kongsi apa yang iza rasa dan iza tahu apa yang korang rasa hebat tak? ngeh! iza tahu korang BENCI sejarah, korang TAK suka math dan yang sama maksud dengannya..Sebenarnya sejarah senang *kata mama iza dan bff saya.. math adalah mata pelajaran yang sangat enjoy bila membuatnya..tahu tak korang bila iza boring apa yang akan iza buat? ok iza tahu korang TAK tahu dan tak akan tahu sebab iza tak bagitahu. *enough banyaknya tahu dia kan..iza suka cari maths bila iza boring itu betul tak tipu. Bila korang hari2 buat maths dan hari2 baca sejarah or subjek killer yang boleh buat korang mati tercekik korang akan rasa best sebenarnya subjek tu..alaaaa senang ckp macam korang tgh couple hari2 jumpa hari2 telefon hari2 mesej kan? orang yang korang tak suka ,benci bagai nak gila pun korang boleh jatuh cinta kan? ha itulah yang iza nak sampaikan sebenarnya dan tips yang selalu cikgu iza pesan dulu rapatlah dengan cikgu sebab cikgu ni banyak tips dan manalah tahu cikgu yang korang rapat tu adalah penanda kertas peperiksaan untunggggg korang..bila kat sekolah hormat lah cikgu tu macam korang hormat parents korang.hormat bukan bermakna takut sebab ramai yang dah keliru dengan perkataan takut dan hormat tu sebenarnya kalau korang takut dengan cikgu maknanya no laughing no gurau senda maknanya BORINGGG! Yang utama USAHA + BERDOA + TAWAKAL = RESAULT CEMERLANG :D

p/s :menjadi guru peribadi untuk 2 org adik iza yg nak amek exam dan akan datang untuk sepupu .insyallah

~entry mau tutup

Friday, January 6, 2012

makian atau kesopanan

Views
Assalamualaikum

Amboii hoiii.... tajuk entry kali ni panas nampak? haha! awatnya?ngeh! *menulis sambil memendam rasa. Iza nak pecahkan satu rahsia yg iza simpan selama ni dan yg mengenali iza kenal la iza macam mana..ayoo! tak tahu dah pecah rahsa dia.ayoo! ENOUGH! ngeh!
iza jenis yang suka puji orang dan tak sukaa sakit kan hati orang tapi iza pun ada perasaan macam korang gak.ada perasaan marah,benci,sayang,suka dannnn menyampah! ngeh!..
iza paling TAK suka bila org buat iza benci dia.tak suka! tak suka! tak suka tahuu.
entah la iza pun sendiri tak tahu apa yg boleh buat iza benci,marah org tu.apa ye yg blh buat iza marah? hurmm *see? tak tahu pun #jujur tahuuu.

Sebenarnya dari iza darjah 6 (akhir tahun) iza dah mula menyerlahkan panas baran iza sampai satu tahap iza mmg asyik marah marah marah dan marah sampai mama tegur iza pun iza marah.huh! so iza mula fikir iza nk kurangkan panas baran iza and went i fom 3 dah kurang sikit *Alhamdulillah.then bila iza mula di TIPU oleh kawan2 iza yg tak serupa kawan iza mula baran balik *bukan kawan baik sy act.sampai ke hari ni iza mula tunjukkan baran iza semula tapi dgn org tertentu je.*aik? boleh mcm tu plak kan.AKU PEDULI APA! .untuk memendekkan cerita iza baru2 ni ada "kawan" iza dah buat iza marah .oh! ye iza kalau marah iza suka ckp memerli dan buat org sakit HATI.jahat kan iza? hurmm..at least iza jujur kn! dan lepas tuu iza mula marah2 walaupun dia ckp sopan je dgn iza bila iza start MENYAMPAH plus MELUAT tak ada lagi kata2 sopan dari iza..maaf! iza tahu anda yg terkena sakit hati tapi tahu tak betapa sakitnya hati iza bila anda buat iza mcm patung.suka hati mak bapak tiri laki nenek atok kau je kannnnn..
huh! ye itulah iza yang sebenra tapi jangan pulak unfollow iza lepas ni.haha! ngeh! iza suka berkawan tapi jgn buat iza sakit hati dah cukup ok syg :)

~entry mau tutup

Tuesday, January 3, 2012

Untuk bondaku

Views
Assalamualaikum

Cuba teka entry apa yang iza nak buat ni..yeah! sepatutnya entry ni iza tulis esok sebab esok waktu yang sesuai sebenarnya tapi memandangkan takut iza sibuk esok jadi iza tulis entry hari ni..entry ni special untuk mama iza yang tersayang.ok! tak payah nak berteka-teki lagi lah ye ..tak suka, geliiiii..ngeh!
esok 5 JAN 2012 adalah hari jadi mama! KEJUTAN..haha walaupun kejutan ni tak seberapa tapi iza tetap nak tulis entry ni..oh! ye lupa nak bagitahu mama iza dah berusia 30++ .ngeh! muda lagi okkkkk..masih boleh jadi model catwalk tahuu.ngeh! haha


ni lah mama iza..cantikkan tengoklah anak dia siapa! puihh!muntah boleh ?haha .bila tiba hari jadi mama iza..iza selalu berangan nak bagi hadiah kat mama.oh! hadiah apa? rahsialahkan..tapi satu hari nanti iza akan pastikan yang barang tu akan iza beli dan jadikan hadiah buat mama!..
alamak!sebenarnya iza tak tahu nak cakap apa lagi kelu lidah dan idea lariiii..jadi sampai sini jelah entry iza.

HAPPY BIRTHDAY MAMA..TIRA ALWAYS LOVE YOU EVEN TIRA SUKA BUAT MAMA MARAH..ngeh! :P

p/s: tira tu nama panggilan di rumah jangan keliru ok.

~entry mau tutup

Kegembiraan di hari pertama sekolah

Views
Assalamualaikum

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ADIK-ADIKKU..yeah!
itulah ucapan yang perlu iza ucapkan kepada semua yang kembali ke sekolah. Hari ni adik-adik iza semua sekolah seperti mana anda semua yang bersekolah pada hari ini dan iza macam mana pula? oh! iza dah tak sekolah jangan nak buat-buat lupa pula yee..ngeh! yang kesekolah menengah pergi ke sekolah menengah, yang ke sekolah kebangsaan pergi ke sekolah kebangsaan dan yang prasekolah selamat menempuhi alam persekolah buat kali pertama

suka sangat tengok gambar yang mama iza tangkap..tersenyum sendiri tengok gambar ni oh! my hero dah besar..hahaha! tengok tu comelkan mereka.yeah! love dis photo.Sebelum ni adik bongsu iza tak nak pegi sekolah mati-mati tak nak pergi menangis-nangis tapi biasalah parents iza pujuk dia then hari ni tak henti-henti cakap pasal sekolah dia..balik je sekolah terus lari masuk rumah terkam iza dan mula leteran dia
"along,besttt pergi sekolah," "along,aan dah faham (pandai) naik bas," "along,aan ada kasut sekolah,baju sekolah..kau ada!tak adaaaaa"..hahaha..macam-macam adik iza ni tak habis dengan tu adik iza pergi kat mama abah iza pulak cakap pasal sekoalh dia satu rumah gelak tengok dia.
alahaiiii..rindu pula nak pergi sekolah jumpa cikgu2 yang iza sayang,jumpa kawan-kawan gaduh,sedih,gembira iza.. :(
*fikir sekoalh tiba2

~entry mau tutup

Meluangakn masa bersama insan yang tersayang

Views
Assalamualaikum

Ha! nampak tajuk entry iza tu? dan nampak gambar diatas ni.Ini orang yang iza sayang dan dia telah mengambil cuti sebab nak jumpa iza ..oh! goshh jangan nak perasaan boleh tak?.sebenarnya dia cuti sebab sakit.Yeah!sakit pun masih menggagahkan diri pergi rumah iza. thanks Aliya .. sayanggggggggggggg kau!
iza nampak kelibat dia terus iza macam orang meroyannnn menjerit panggil "Aliyaaaa!"..serius sangat rindu kat kau tapi nasib baik lah iza x menggila kalau tak lama dah iza peluk kau.

tiba2 rindu plak kt kau time2 sekolah dulu kan..mana kau pergi iza mesti ada,mana iza pergi kau mesti ada. ceh! menipu semata2 ..rehat sama-sama,makan sama-sama,belajar sam-sama,lepak sama-sama..oh! rindunya sangta itu! ceh! macam dah tak sekolah 10 tahun..haha.ngeh!sampaikan iza pergi kluang,batu pahat dengan family pun kau ikut sekali..
macam mana lah bila kau dah sambung study Aliya..jauh dari iza :( dah la kau susah nak angakt handphone kau tu bukan setakat angkat panggilan iza jawab mesej iza pun payah..

oh! ye..lupa plak secara tak sengajanya Aliya nak pindah berdekatan dengan rumah baru iza..ceh! ini bukan dirancang ok..ini JODOH namanya yee ..ngeeh!
iza harap sangat hubungan perkawanan iza dengan Aliya tak putus sebab sambung study ke? sebab pindah ke? or what else..Janji tau Aliya

PESANAN BUAT ALIYA DARI IZA: Kalau satu hari nanti kau jumpa pengganti aku, aku tak agak2 nak BUNUH kau! sebab aku sayang kau sangat tahuuu

~entry mau tutup

Monday, January 2, 2012

Takziah dari kami

Views
Assalamualaikum

Iza sebenarnya tak tahu nak mula dari mana ni sebab secara jujurnya iza sangat terkejut dan hampir tak percaya..ok2 let's me explain relax relax *tarik nafas
yeah! semalam iza bangun dari tidur dan hati iza tergerak untuk check telefon bimbit iza yang kiut miut tu dannnn ada satu mesej yang buat iza terkesima *iza tengah emosi jangan tanya kenapa..mesej dari kawan iza macam ni

"Sesiapa yang mengenali cikgu Fauziah dari SKTD3 ,beliau baru kehilangan 2 permata hati semalam(sabtu) "

serius! masa tu iza terus ingat muka cikgu Fauziah even beliau tak pernah ajar iza tapi iza kenal dia.. of choss la kenal kan dah kata cikgu sekolah iza. dan tadi pagi mama beli surat khabar METRO tertera berita mengenai cikgu Fauziah maknanya kawan iza tak tipu lah..mama iza secara spontannya cakap " kalau lah mama kehilangan anak mama 2 orang sekali hurmmmm (mengeluh) tak tau apa jadi kat mama". Kita semua tahu bahawa setiap yang hidup pasti akan pergi sama ada esok,lusa,tulat,seminggu lagi,sebulan atau sejam lagi itu semua kerja menulis skrip yang Maha Esa kita tak tahu bila kita akan pergi..iza bukan nak bagi sesiapa terasa tujuan iza menulis entry ni HANYA untuk ucapkan salam takziah buat cikgu sekeluarga semoga cikgu cekal menghadapi ujian ini dan salam takziah ini dari iza serta bekas pelajar di SKTD3.

~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu