Followers

Sunday, January 29, 2012

Percutian bersama keluarga

Views
Assalamualaikum

Maaf iza lambat update pasal percutian iza sebabnya sepupu iza dok berebut-rebut tenet dengan iza. ha! sekarang kita focus pada yang satu iaitu meng-update blog ok!
Cuti raya cina yang lepas iza ada pergi bercuti lah dengan family iza dan hal ni iza dah bagitahu banyk kali dah . boring kan korang ? iza tahu! percutian ni dah dirancang awal tahun lagi jadi sebab tu lah iza TERlalu excited sangat walaupun bertolak lewat malam

sebelum bertolak tu iza bersiap-siaplah dulu tapi iza pakai simple sangat.dan sempatlah snap2 beberapa keping gambar dengan adik2 iza.

sampai-sampai je kat TERENGGANU pukul 7.30 dan abah iza singgah kat masjid terapung tuk solat subuh walaupun agak lambat sebenarnya dan lepas tu kita orang pergi sarapan kat warung je. makan nasi lemak, nasi kerabu segala bagai kira kira kira dan kira semua sekali RM25.00 hanya sarapan sahaja!. haha . mana tak banyak kena bayar iza makan nasi lemak 2 bungkus minum nescafe pas tu nak balik tapau nasi kerabu 2 bungkus lagi. dan lepas sarapan terus pergi cari Chalet Qukata. Sampai sana je adik2 iza jakun gila kot! *sama lah aku* hahaha. iza apa lagi terus amek kamera snap2 lah kat sekitar Qurata
My HERO dok berendam hampir sejam setengah dalam kolam tu.punya sukalah dia sampai abah iza tanya dia macam ni "Aaan seronok tak? kau seronok ke jakun?" hahaha. ngeh!
ni lagi sorang tyak padan dengan umur.haha! punyalha suka temankan Aan mandi sambil tu adik iza sorang ni sempat belajar berenang and now dah impprove dah.alhamdulillah! padahal eksyen je lebih
gambar page iza

lepas snap2 dengan adik2 iza .mama pun keluar bilik dengan berbaju t-shirt dan skinny dia tuuu *muncungkan mulut* . hamboiii! bukan main lagi kan dua beranak ni.haha. mama, mama cantik mama saya cantik.! *tetiba*
kitaorang kat Terengganu sehari je sebab tu seharian berjalan dan ini kali kedua iza ke Terengganu dan kali kedua jugalah iza tidur kat Chalet yang sama.


Hari kedua iza sekeluarga ke Kelantan!. serius! iza tak pernah terfikir nak jejak kan kaki kat Kelantan ni. tak tahu kenapa. sampai-sampai je kat Kelantan terus cari HOTEL TEMENGGONG sebab masa tu dah pukul 1.30. pusing punya pusing cari punya cari tak jumpa-jumpa dan iza ada perasan sesuatu kat negeri ni. apa yang iza perasan? iza perasan SEMUA kedai kat Kelantan ni semua tulisan jawi walaupun kedai cina. Peniaga kat Kelantan dan Terengganu kebanyakkannya melayu sampaikan iklan YUNA yang "setiap gambar ada lagu" tu pun tulisan jawi. Lagi satu yang iza perasan negeri Kelantan ni tak banyak signboard tapi banyak lampu isyarat. ya Allah! hotel iza kat tengah2 bandar dan kat tengah2 bandar tu punyalah banyak lampu isyarat. macam mana nk gambarkan ea? ha! macam ni cer korang bayangkan korang driver setiap 1KM mesti ada lampu isyarat. penat tahuuu!


berbalik pada cerita cari hotel tadi. dari pukul 1.30 cari hotel sampai pukul 3 baru jumpa HOTEL TEMENGGONG tu. peh! punya lama kan? padahal kalau nak ikutkan 3 kali abah dok pusing2 kat jalan yang sama. Papan tanda hotel tu kat bawah rupanya sebab selalu hotel letak papan tanda kat atas kan? hahaha. kelakar kalau diingatkan balik.Last2 abah ajak pegi makan tengah hari sebab dah TERLALU lapar.kitaorang makan kat Restoran Nasi Ulam @ Restoran Cikgu. ok! ni iza nak bagitahu. rugi kalau korang pegi Kelantan tapi tak try makan kat restoran ni sebab korang boleh makan dan tambah sebanyak mana yang korang suka harga below RM70 . itu betul!

habis makan .letak beg kat hotel dan kitaorang pergi Pasar Siti Khadijah. *atas tu my beloved sista*
Kelantan kaya dengan batik kan? cantik2 baju batik kat sini . mama dan abah iza beli satu dan iza tak beli pun :"(
sebab dah shopping kat Terengganu. haha! ngeh!di Kelantan pun iza sehari je lepas tu esoknya baru balik Perak. ha! kalau korang nk tengok gambar selebihnya korang tengok kt page iza ok.


~entry mau tutup


No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu