Followers

Wednesday, January 11, 2012

Zaman bujang Ally Iskandar berakhir

Views
Assalamualaikum

Sebelum iza start membebel sebenarnya entry ni iza siapkan semalam tapi memandangkan line broadband yang tidak mengizinkan iza membuat entry ni jadi iza tangguhkan ke hari ni.ok! back to the topic.Iza rasa korang dah nampak dan dah baca kn tajuk entry iza yes! itulah yang ingin iza lakukan hari ni. Pada hari selasa iaitu bertarikh 10 JANUARI 2012 iza terbaca satu artikal mengenai pengacara popular Malaysia Hari Ini (MHI) dan Mentor iaitu siapa lagi kalau bukan si tuan badan Ally Iskandar atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi yang berusia 36 tahun. Apa yang dimaklumkan oleh semua pembaca surat khabar mengenai

Ally akan bernikah.Tahniah! baru tahun lepas Ally dilanda kesedihan kerana putus tali pertunangan tetapi iza rasa tahun ni adalah tahun yang bermakna buat Ally iskandar.

dan pada hari Rabu iaitu 11 JANUARI kisah Ally disambung lagi


Dikatakan bahawa gadis yang menjadi pilihan ialah gadis yang berasal dari Terengganu itu sebenarnya adalah pilhan keluarga Ally sendiri. Ally berkata "Sebenarnya semua in diaturkan keluarga.Mereka yang mengesyorkan supaya saya berkenalan dengan dia.Saya tiada masalah dengan pilihan keluarga memandangkan usia bukan lagi muda.Saya tiada masa untuk berkawan-kawan seperti orang lain kerana sasaran saya hanya untuk berkahwin"..Gadis yang bertuah itu bernama Farah Lee yang berusia 23 tahun dan sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Korea dalam jurusan Kejuteraan Mekanikal peringkat ijazah.
Mereka juga akan melangsungkan pernikahan tanpa mengikat tali pertunangan.Ally dan Farah bukan seperti pasangan lain yang sedang hangat bercinta kerana mereka jarang berjumpa malah jarang menghubungi antara satu dengan yang lain.






"Kami tidak terlalu mesra seperti pasangan lain.Kami tidak suka keluar atau berbual panjang di telefon.Seingat saya,sepanjang dia berada di Korea hanya beberapa kali sahaja kami berbual di telefon dan saya akui,kami tidak begitu mengenali hati budi masing-masing.Tetapi kami berpegang pada keredaan Allah.Kami akan berkenalan selepas kahwin tetapi perhubungan kami sedikit mencabar kerana kira-kira dua bulan selepas bernikah dia akan kembali semula ke Korea untuk meneruskan pengajian."


Ally juga berkata bahawa mereka tidak membuat majlis perkahwinan secara besar-besaran tetapi hanya mengadakan majlis secara kecil dan tertutup.Iza harapkan Ally dan pasangan berbahagia dan hubungan mereka akan berkekalan sehingga akhir hayat.Insyallah


SUMBER:BERITA HARIAN


~entry mau tutup

2 comments:

  1. Farah Lee ni cntik orgnya..pandai pulak tu..hehee..tgok kt blog dia..

    ReplyDelete

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu