Followers

Friday, March 16, 2012

Setiap umat ada ujian

Views
Assalamualaikum

Ligat hari ni iza menulis satu entry ke satu entry. Alhamdulillah ! idea mencurah-curah ada je yang iza nak sampaikan walaupun iza tahu yang datang membaca bukan lah beratus-ratus mahupun beribu-ribu. tak apa :)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).


Allah pasti ada rancangan untuk hambanya kalau tidak kita sebagai makhluk Allah tak akan ada kerja yang akan kita buat. Setiap hari pasti ada sahaja ujian datang dari Allah untuk kita tidak kira ujian itu berat mahupun ringan.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Yang pasti ujian dari Allah itu bersebab, Antara sebabnya Allah nak hambanya bersabar dalam menjalani ujian dari-Nya. Selain tu, Allah juga nak bagi hambanya yang hadapi ujian dari-Nya itu beroleh pahala. Masyallah ! Allah itu Maha penyayangkan.


Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.



Betul lah kata orang dahulu bahawa hidup ni umpama roda yang sedang ligat berputar kadang kita diatas kadang kita dibawah. Ujian ni bukannya untuk mereka yang hidup mewah tetapi ada juga ujian untuk mereka yang hidup agak susah. Ujian dari Allah untuk mereka yang senang yang hidup mewah adalah kerana Allah inginkan mereka ini sentiasa ingat pada-Nya. Macam iza juga lah. tipulah kalau ada yang cakap selama mana dia hidup tak pernah ditimpa masalah. Allah itu Maha bijak. Sedar tak kita bahawa setiap hari Allah telah mengaturkan keindahan hidup untuk kita.Kerja sebagai seorang hamba Allah senang je tak lah terlalu rumit. kenapa ? sebab korang hanya perlu berfikir kehadapan pasang matlamat dan matlamat kerana Allah S.W.T jika korang ada matlamat jangan pula berkhayal,bermimpi mahupun berangan bahawa matlamat korang tu akan datang dengan sendirinya. Kalau lah ada matlamat yang hadir dengan sendirinya iza yakin mesti kita semua tak akan berusaha bersungguh-sungguh. Setelah berusaha barulah kita serahkan usaha kita itu pada Yang Esa kerana Dia je yang boleh luluskan matlamat kita

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Thalaaq; ayat 3)

Walau besar mana pun ujian yang akan,bakal,sedang kita hadapi jangan kita salahkan takdir Allah.Ujian dari Allah adalah kerana Qada' dan Qadar Allah.Dekatkan diri dengan Allah mohon ampun kepada-Nya. mungkin ujian itu satu pembalasan atas kelekaaan kita sebagai hamba-Nya.Semoga ujian itu boleh mematangkan kita dan boleh menjadikan kita sebagai hamba Allah yang soleh dan solehah. insyallah :D

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim; ayat 7)


~entry mau tutup

Thursday, March 15, 2012

Selamat pengantin baru

Views
Assalamualaikum

Memandangkan sekarang masih dalam mood cuti sekolah jadi mesti ramai yang akan mendirikan rumah tangga kan. oh ! semestinya entry ini untuk mereka yang ingin berkahwin tapi yang penting bukan iza lah ye sebab iza muda lagi result spm pun tak dapat lagi. haha ! Islam menggalakkan perkahwinan tu untuk mengelakkan diri daripada berlakunya zina dan sumbang mahram . Perkahwinan itu pun bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main sebab ia adalah satu tanggungjawab yang besar sebenarnya tak kira lah yang bakal bergelar suami mahupun isteri

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Allah itu Maha adil kan ? Allah lagi bijak dari kita kalau tak kenapa dia cipta setiap manusia mahupun mahkluknya itu ada pasangan masing-masing.Allah juga telah tetapkan bahawa dalam islam juga ada ciri-ciri seorang pasangan yang boleh memabawa kebahagian.
  1. Agama
  2. pangkat/darjat
  3. kemewahan
  4. kecantikan
Seelok-eloknya pilihlah yang mempunyai agama justeru anda akan memiliki keempat-empat ciri itu. insyallah ! siapa yang tak nak isteri dia cantik betul tak ? ok ! cantik itu subjektif . samalah juga macam perempuan siapa tak nak suami yang kacak, bergaya. Pangkat dan kemewahan juga adalah suatu benda yang memang semua orang nak tapi itu semua tak boleh bawa ke liang lahad. kalau bagi iza suami yang kaya, kacak pun iza nak . hahaha ! tapi yang penting agamanya lah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-3


Normal lah dikalangan kita yang bila cakap pasal kahwin mesti nak buat yang mewah,yang lain dari pasangan lain. ok ! itu boleh dan persandingan itu perlu diadakan supaya pasangan yang sudah menikah itu telah diketahui oleh orang lain bahawa pasangan itu sudah pun berkahwin dan tidak ada timbul fitnah yang tidak berasas.Tapi kita juga perlu ingat membazir itu amalan syaitan jadi bagi mereka yang nak buat majlis perkahwinan yang mewah2 fikirlah semula bahawa apa yang anda inginkan itu tidakkah akan mendatangkan pembaziran kelak ? Bila kita dah mendirikan rumah tangga mungkin duit itu akan jadi benda yang penting untuk meyara kehidupan pasangan tu sebab itulah pembaziran itu tidak digalakkan dalam islam.

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)

Jadi bagi yang ingin mendirikan rumah tangga iza ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan Semoga pasangan yang anda pilih itu adalah pasangan yang boleh membawa anda ke pintu Jannah. insyallah :D
Maaf jika entry iza ini ada kekurangan. Iza belajar dan niat hanya untuk berkongsi ilmu sahaja

~entry mau tutup

Wednesday, March 14, 2012

dekat diri dengan Allah

Views
Assalamualaikum

Apa khabar warga blogger yang singgah kat blog iza yang tak berapa nak cantik ni ? sihat ?Hamboii intro panjang bebeno iza ni kan. hee :D
Iza yakin seyakin yakinnya sebelum korang buka blog iza ni mesti korang baca tajuk entry ni dulu kan. ok ! pernah tak korang terfikir berapa dekat aku dengan Allah ? pernah tak ? kalau pernah tu Alhamdulillah.. Tahu tak korang perbuatan apa yang boleh terjerumus dengan dosa ? mingkin ada yang tahu mungkin ada yang tak pasti atau mungkin ada yang kurang tahu
Antara perbuatan yang boleh terjerumus dengan dosa ialah
  1. Melakukan zina
  2. mengingkari janji
  3. mencela Nabi Muhammad S.A.W
  4. putus asa dari Rahmat Allah
  5. menyalahkan takdir
  6. mengungkit
  7. berbohong
  8. bunuh diri
  9. tidak membayar zakat
Ada banyak lagi dosa-dosa yang selalu dikalangan kita lakukan dan ianya sudah menjadi satu adat di Malaysia terutamanya. Tahu tak korang siapa yang menanggu dosa kaum adam dan kaum hawa ?

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Sebenarnya untuk mendapat pahala sangat mudah tetapi untuk melakukannya itu yang susah. eh ! kenapa ? itu iza kurang pasti mungkin dikalangan kita ni terlalu malas untuk melakukan Solat contohnya atau pun terlalu terikut-ikut dengan budaya yang sesat sehingga leka Sepupu iza pernah tanya macam mana nak suruh semua orang ikut ajaran yang betul iaitu ISLAM. oh ! itu sungguh rumit sedangkan Nabi Muhammad nak menyebarkan islam pun memakan masa apa lagi kita yang tak ada ertinya

Sebab itulah pentingnya berkongsi ilmu. *ilmu yang baik*. B
ila dibaca tanda-tanda kiamat dah banyak terjadi. Mungkin ada yang takut tapi mungkin rasa takut itu sekejap. kenapa ? Ha ! itulah sebab kita masih belum dekat dengan Allah. Mungkin juga ada yang pernah berfikir kenapa aku selalu ditimpa kesusahan ? Allah itu tidak akan uji hambanya kalau hambanya tak mampu nak hadapi ujian-Nya dan Allah juga Maha Pemurah. kenapa ? Allah uji hambanya kerana Allah ingin memberi hambanya pahala jadi kalau anda ditimpa masalah bersabar lah dan jangan lupa pada usaha .

Tahu tak kalau korang baca buku-buku islamik mungki
n korang akan jatuh cinta dengan islam. betul ! tak tipu. Orang islam adalah lagi ramai dari orang bukan islam . oh ! bangga tak ? ofcause bangga kan . tapi betul ke mereka semua islam ? itu iza kurang pasti . mungkin islam pada nama sahaja tapi tak amalkan ajaran islam dengan betul . ok ! iza bukan ustazah atau anak ustazah atau seorang yang cerdik pandai tapi iza hanya kongsi ilmu dengan korang . maaf kalau entry kali ni buat korang tak suka atau menyampah. Tak apa ! iza tak marah :D
harap kita semua akan dekat dengan Allah setiap hari. insyallah
Saya sayang dia sebab dia baik :D

~entry mau tutup

Tuesday, March 13, 2012

Keputusan SPM

Views
Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni iza semakin hari semakin seram sebab dalam fikiran ni dah set pasal result ! result ! . ya Allah ! Allah je tahu macam mana iza rasa sekarang. Sangat takut ! mungkin ini satu permulaan untuk iza dan korang yang akan ambil keputusan tu untuk melangkah ke alam Universiti, Matrikulasi, tingkatan 6, politeknik atau kolej . mungkin . insyallah .Tapi ini juga adalah pengakhiran sebab lepas ni dah tak ada exam kat sekolah dah ! melainkan ada yang nak mengulang. tapi ada ke yang nak ulang ? sanggup ke nak ulang ? Nauzubillah.



Sebelum ni pun dah heboh pasal result keluar pada 22/3/2012 dan semua pun dah maklum dengan tarikh tu tapi cuba korang tengok yang kat atas tuuuu *mulut muncung* tarikh Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada 21/3/2012 means hari rabu lah. Makin bertambah takut lah iza dibuatnya walaupun awal sehari. Siap sedia mental fizikal semua untuk hadapi ini. Iza risau sebab subjek yang iza tak pernah past mean masa sekolah tak pernah dapat A pun. apa subjek tu ? oh ! semestinya Akaun. Mungkin ada yang rasa akaun senang . Ye! memang senang sebenarnya tapi disebabkan banyak sangat fomula nak kena hafal that why iza cuak bila cakap pasal Akaun dannnnnn Addmath. harap sangat Addmath kalau dapat B+ pun jadi lah.


Disebabkan iza cuak punya pasal hari tu pergi Popular dengan cousin iza . Niat kat hati nak cari buku PMR lah . eh ! choii !! bukan untuk iza OfCause untuk sepupu iza tu then sementara tunggu maklong iza masuk Tesco nak beli barang dapur iza pergi tengok buku past year question tengok jawapan Akaun dalam hati oh ! macam ni . selak lagi oh ! macam ni tapi x tau lah betul ke tak jawapan yang iza buat harap betul la . ha ! lagi satu yang buat iza lagi lagi dannnnnn lagi cuak bila makcik sedara iza penanda kertas Akaun tahun lepas dia cakap setakat yang dia tanda tu paling tinggi markahnya 90. Ha ! kau... terkedu iza.
Apa-apa pun nanti tengok lah time ambil result nanti ye. kalau result iza ok iza update entry kalau tak ok iza menyepikan diri. hahaha !! tapi korang tolong lah doakan untuk iza ye dan iza pun akan doa kn untuk korang yang akan ambil keputusan dan bakal hadapi peperiksaan Good luck !! hee :D

~entry mau tutup

Wednesday, March 7, 2012

Setiap gambar ada lagu.

Views
Assalamualaikum
hari tu iza ada update entry pasal tengok wayang kan ? so lepas update entry tu sepupu kesayangan iza demand lah sebab tak ada gambar dia jadi entry kali ni korang tengok jelah gambar2 iza dan sepupu iza.

geram aku dia demand2 ni. haha


minah demand :P


i love my smile. that y i always smileeeee :D










~entry mau tutup

Monday, March 5, 2012

Cinta Kura-Kura

Views

Assalamualaikum

Wahhh ! apa yang Cinta? Apa yang kura-kura ni ? haa. seperti yang korang semua tahu KRU dah buat satu lagi filem terbaru yang berjudul Cinta Kura-Kura dan semestinyalah yang berlakon cerita tu kura-kura kan.. siapa yang belum tengok tu better korang pergilah tengok ye sebab filem ni sangat lah kelakar dan iza jamin korang akan ketawa sampai senak pundi kentut korang. Filem KRU yang terbaru ni juga tak terlalu susah untuk faham sebab sangat santai filem ni.

ni nak cerita lah macam mana iza boleh terjebak dan tertarik untuk tengok filem ni. Firstly ofcoz lah sebab iza tengok trailer filem ni masa iza tengok filem Azura serta tengok iklan kat tv lah dan second sebab sepupu iza lah yang ajak kan lau tak mananye iza nak p tengok. Hari sabtu lepas iza pergi balik kampung sepupu iza dekat sitiawan dalam perjalanan tu maklong iza boleh selamba dekk je dia cakap " ayong (sepupu) malam ni lau nak tengok wayang tengok lah ajak along(iza)" dan iza serta sepupu terus menjeling-menjeling berpandangan. ha ! kau dah orang offer tu tak kan nak lepaskan jadi bincang punya bincang kata putus nak tengok filem ni sebab tu lah iza tengok filem ni.hahahahhaa !! *ok tak kelakar pun. pleaseee shut up! *


bagi korang yang dah pasang niat nak tengok filem terbaru dari KRU ni atau yang memang tak berkenan nak tengok tak pe iza dah sediakan sinopsis untuk korang baca.

klik untuk besarkan

Dan ini barisan pelakon yang comel,kiut-miut,kacak dan segala bagai

Tiz sangat comel sebab dia manja dalam filem ni.


Zizan buat saya ketawa sampai sakit perut








Dan yang palinh penting ada Usop.

Jadi macam mana ? moh la pergi tengok ..

~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu