Followers

Friday, June 29, 2012

Hari itu datang jua-Saya bekas pelajar pra-u

Views
Assalamualaikum

"Mungkin disini kitakan terpisah kenangan bersama tiada ku lupa" lagu dari  shila amzah yang mungkin bermakna sangat buat  fathira. Ye mungkin kita akan terpisah buat seketika atau selamanya. Tapi percayalah perpisahan ini adalah perpisahan yang amat terkesan untuk fathira. Fathira terasa sangat walaupun tak sampai setahun fathira dengan korang tapi serius berat sangat hati ni nak tinggalkan korang wahai pelajar Pra- U SMKTD . Jujur ! masa mula-mula daftar memang berat sangat hati nak datang sekolah balik walaupun daftar tingkatan 6 kat sekolah yang terbaik . Fathira daftar atas dasar keluarga. Atas dasar keputusan abah. Sehari kat SMKTD langsung tak rasa apa-apa, dalam hati " biasa je sekolah ni " . Dua hari kat sekolah tu perasaan yang sama.  Betul lah orang kata "tak kenal maka tak cinta" sehinggalah seminggu kat sekolah tu dah mula beramah mesra dengan kawan-kawan dari sekolah rendah. Dah mula kenal dua tiga orang senior fathira. Dah kenal cikgu-cikgu Pra- U dan mula jatuh cinta pada SMKTD.

Perkara pertama yang bermain di fikiran "mungkin budak-budak ni tak kenal aku kot" tapi fathira silap korang masih ingat siapa Fathira. Ohh ye bekas pustakawan SKTD3  :) . Terima kasih kerana masih ingat lagi Fathira Haiza Bt. Mohd Fadzli ni. hee :D
Fathira bukan tak kenal pelajar-pelajar tingkatan 6 atas . Kenal. Mungkin sebab kebanyakkannya bekas pelajar SMKTD3 jadi tak lah rasa janggal sangat.Seingat fathira budak upper 6 yang tegur fathira dulu Syafiq dahalan. HAHA.
Serius, perkara tu berlaku sekelip mata je. Mungkin dia tegur kawan-kawan fathira sebab asyik lalu-lalang depan dia je kot. Mungkin. tapi masa tu fathira yang bagi respon *mood tengah baik der* jadi dari situ lah berbual sikit dan lepas tu melarat ke facebook sehingga ke twitter.*tapi kan "kawan" syafiq cantik sgt* Eh? HAHA.  ok lupakan itu tak ada kena-mengena pun.

Haaa ! masa nilah si lesung pipit di pipi tu tegur kami  :P


Ain si manis dan najiha kawan gaduh dan ketawa saya  :)


 KAMI gegurls. ANDA? 

 Nama kami hampir sama. Saya fathira dan dia Athirah. 
Ye athirah lagi cantik dari saya *peduli plak aku* :P




Yang baju biru tu nama dia Faten. Ada tak macam najwa latif? HAHA
yang si manis dibelakang tu syahirah isma 

 Lepas aku tak dapat dengar suara Ras dengan diana terjerit-jerit lagi

Aliya !! dia jantung hati saya. Sampai bila-bila pun dia tetap akan jadi jantung saya.
insyallah :D *mesti kau muntah kan baca ayat aku- peduli plak aku*



Fathira akan rindu pada si pekerja WESCOURT, Khairin.
Rindu pada banana dia. rindu pada "gila" dia. Eh zaty comel lah dan lagi comel Mar . :P


Bakal-bakal abang besar di SMKTD. 
*aku teringat jari SOT gerak-gerak tu* Lol


Mereka kacak. Kacakkah? hurmm


Dia kawan aku sampai bebila. Insyallah :D


Entah kenapa Fathira faham maksud kata-kata ni. takpelah mungkin sekejap je kot 
perasaan ni.

Kat mana pun fathira belajar. Jauh ke dekat ke kenangan dengan korang tak akan fathira lupakan dan jangan takut fathira tak akan sombong dengan kawan-kawan fathira. Jadi apa guna facebook. Apa guna twitter kalau tak tegur fathira. Eh? HAHA. Nur Najiha Hamidi, ini HARUS ! aku nak bertekak dengan kau lagi. Rindu tu. Rindu suara kau. Rindu Senyuman kau. Rindu gelak tawa kau. Zahrisma, Nur Amalina, Syafiq dahalan, Faizul, Athirah, Aliya jangan pernah lupa aku ok. SAYANG KORANG . Sama juga dengan yang lain yang kenal siapa fathira atau evol jangan lupa akau kalau lupa aku siku ! :P



Monday, June 25, 2012

Maruah itu perlu dijaga

Views
Assalamualaikum

Fathira kembali lagi dengan entry yang baru. Ada yang rindu ke nak  baca entry fathira? ohh tak ada? ok peduli plak aku ! HAHA. Sebelum fathira menaip dengan lebih aktif lagi fathira nak mohon maaf lah kalau entry fathira kali ni panjang sangat-sangat sampai korang malas nak menghadap entry ni. *peduli plak aku* :P

Apa yang korang faham mengenai maruah? Ok jangan fikir takat negatif je. Tolonglah. Fikir ke arah positif. Maruah tu kira macam harga diri lah. Selalunya maruah ni dikaitkan dengan wanita. Kenapa? ohh itu lumrah  dan selalunya wanita jugalah yang tak pandai jaga maruah diri. Tolong  bangkit wanita-wanita, gadis-gadis sekalian. Allah kurniakan akal untuk berfikir positif dan negatif. Untuk fikir yang elok dan yang tak elok. Itu beza manusia dengan haiwan. Haiwan tak ada akal jadi sebab tu haiwan tak boleh berfikir dengan waras. Fathira menaip ini berdasarkan apa yang fathira lihat dan tak ada niat langsung nak banding-bandingkan perempuan dengan lelaki atau bandingkan korang-korang semua. Tipu lah kalau ada yang cakap "saya tak ada kawan lelaki" atau  " saya tak pernah niat nak kawan dengan lelaki" tipu ok tipu. Fathira pun mengaku yang fathira ada kawan lelaki dan memang lumrah lah lelaki kawan dengan perempuan. Tak ada sumber yang menidakkan lelaki berkawan dengan perempuan dan jangan lupa batas-batas itu.

Apa yang boleh menjadi bualan orang ialah bila korang sebagai perempuan dan korang sebagai lelaki keluar sama-sama dengan naik motosikal korang yang kira hebat sangat tu sambil yang si perempuan tu dok peluk pinggang si lelaki. Hebat? ohh hebat ke macam tu? Bangga ke ? Sejujurnya itu sangat memalukan. Memang mulut orang tak boleh tutup tapi kalau kita tak buat sesuatu yang boleh buat mulut orang terbuka untuk bercakap ianya tak akan jadi. Oleh sebab tu sebelum buat fikir orang lain jangan duk fikir seronok je.

Next. Sebenarnya fathira malu nak teruskan tapi sebagai perempuan fathira kena teruskan. Ok ! wahai gadis-gadis di luar sana apa hebatnya awak awak dan awak berpakaian yang tak cukup kain? Pelik lah korang ni. Sangat pelik. Kenapa? sebab orang miskin tu punyalah nak pakai baju yang cantik-cantik tapi korang yang dah mampu beli baju tu sebaliknya. Pakai pakaian tak cukup kain persis orang yang tak cukup duit nak beli kain. Maaf kalau ini agak kasar.
Lagi buat fathira pelik bila korang yang islam khususnya dah tahu hukum-hakam. Dah tahu adab berpakaian tapi masih buat-buat tak tahu. Dah tahu yang aurat wanita seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka  tapi masih nak buka sana buka sini. Tak malu ke? Itu ke cara korang jaga maruah diri?
Ada yang sanggup pertahankan cara mereka berpakaian. Ada yang cakap " saya tahu apa yang saya pakai dan saya rasa tak salah apa yang saya pakai ni selagi ianya tak langgar hukum  " . Look! korang tahu kan hukum. Tapi kenapa masih nak bagi mata-mata liar kat luar sana tengok aurat korang. Aurat tu kan kira maruah juga.

Terakhir. Fathira harap sangat janganlah sebab lelaki korang si gadis jadi BUTA. Janganlah sebab kasih sebab sayang sanggup bagi lelaki rosakkan maruah anda. Maaf sekali lagi. Tolonglah wujudkan sifat malu tu. Malulah bila ada yang dating kat taman walaupun tempat tu awam tapi malu lah dengan orang lain yang akan bercakap mengenai anda. Tolonglah gadis ! Jaga maruah diri anda . Jangan rosakkan maruah anda sebab perkara yang remeh macam ni. Tolong...






Tuesday, June 19, 2012

Menghitung Hari

Views
Assalamualaikum

Mood hari ni sedih. Sila sediakan tisu sebelum membaca entry ini dengan lebih lanjut. *propa..propa..propa lagi* . Nampak tak tajuk yang kat atas tu? Kalau tak nampak maknanyaaaaa.... *sambunglah sendiri ayat tu*. Apa yang menghitung hari? Mengapa menghitung hari? Bila mula menghitung? Siapa yang mengnghitung hari? ohh ni semua impak dari membelajaran 5W 1H. Pernah belajar? pernah kan? tipu kalau siapa yang tak pernah belajar benda ni melainkan orang tu memang kaki ponteng. Ayooo! baik ngaku pernah belajar 5W 1H. Pejam celik pejam celik dah bulan JUN. dah 19 JUN . esok dah 20 Jun. esok-esok dah bulan JULAI. Boleh tak kalau fathira tak nak bulan Julai datang lagi? boleh tak? boleh tak? tolong lah cakap boleh? tak ready lagi ni nak hadapi bulan julai. *fathira menaip dengan penuh penghayatan* PUIHHH..


Sebenarnya bulan ni adalah bulan terakhir Fathira menjadi pelajar di sekolah. Lepas ni dah tak ada dah. Dah tak pakai baju sekolah. Dah tak bawa beg sekolah .Dah tak pakai kasut sekolah. Dah tak ucapkan " Assalamualaikum dan selamat sejahtera Puan..." kat cikgu. Dah tak ada dah tu semua. Jadi bulan ni adalah bulan dimana Fathira menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang pelajar sekolah Menengah dalam tingkatan 6 bawah. Lepas ni mesti fathira rindu kat korang yang tak pernah sombong, tak pernah dengki, tak pernah buat fathira marah dan tak pernah henti buat fathira tersenyum serta ketawa bagai nak gila. Saat macam ni lah selalunya baru Fathira rasa sesuatu yang istimewa kat sekolah. Serius. tak tipu. Walaupun tak sampai setahun kenal korang tapi fathira rasa seronok . Tetiba rasa sayang nak tinggalkan sekolah yang dari dulu fathira nak masuk. dari dulu nak belajar. Sekarang ni musim buat pembentangan kertas kerja lagi lah buat fathira seronok belajar kat sekolah ni.  Yelah sisa-sisa terakhir lah katakan .

Entah lah. Fathira baru rasa yang semua orang kat sekolah tu ikhlas. Ikhlas dalam perhubungan sebagai seorang kawan. Sikap korang yang ramah, baik, dan sentiasa hormat orang tu buatkan fathira sayang pada sekolah baru ni. *baru lah bagi aku*.. Tak kisah lah belajar dimana. Dengan siapa. Atau siapa pun yang mengajar kita janji niat untuk terus berjuang sehingga matlamat kita tercapai itu dah dikira cemerlang. Janji Fathira pada korang Fathira tak akan pernah lupakan korang sebab Hari pertama korang jadi kawan Fathira insyallah Fathira akan pastikan yang sampai tua kita tetap kawan. Insyallah.

Sunday, June 17, 2012

Bercinta VS Berkawan

Views
Assalamualaikum


Attention please ! 

Mulai hari ni Iza tak akan guna nama IZA lagi bila update new entry tapi iza akan bahasakan diri iza kepada FATHIRA. Memandangkan ramai yang panggil fathira jadi iza nak bahasakan diri dari iza kepada fathira. Ok. :)

Mulakan cerita.. *ehem ehem*

Apa matlamat korang bila mulakan pencintaan korang tu? nak kecapi kebahagiaan? nak bercinta sampai nafas yang  terakhir? nak setia dengan si DIA sampai hujung nyawa? ohh... apa pun matlamat korang fathira tak kisah sebab bukan fathira yang bercinta. korang yang bercinta tak ada kena-mengena langsung dengan fathira. HAHA. *ok tak kelakar pun. erghh*. Korang  bagi tak makwe,pakwe, boyfriend, girlfriend, teman mesra, gula-gula hati, sweetheart korang kawan dengan perempuan/lelaki lain? *terutama perempuanlah ye*... hurmmmm.... fikir-fikir *berehat bersama kit-kat* ok dah fikir dah? APA? tak boleh? haa ini ada kena-mengena dengan fathira.. HAHA

*tarik nafas turun nafas* ok.. Relax. ha ! bukankah sebelum korang bercinta dengan pakwe/makwe  korang tuuuu korang berkawan dengan dia dulu? betul kan kan kan? jadi kenapa lepas bercinta terus nak ubah seseorang tu. terus nak buat syarat TAK BOLEH! berkawan dengan perempuan atau lelaki lain. Fathira nak minta maaf lah kalau entry ni buat korang terasa. fathira tak sokong mana-mana baik lelaki mahupun perempuan semua sama. Lepas tu korang buat ni semua korang tak rasa yang korang mengokong pasangan korang tu ke? tak rasa yang korang ubah hidup dia? Fathira tak kisah lah kalau korang dah janji nak kahwin atau korang dah janji esok nak tunang. Sekurang-kurangnya yang tu dah ada matlamat. Dah ada tahu hala tuju. Yang fathira kisah sekarang ni pada mereka yang baru seminggu, sebulan, sehari bercinta terus ada perasaan cemburu. Terus mengintip pasangan korang. Terus pasang spy segala bagai. Tak salah kalau perasaan tu wujud cuma yang tak sedap mata memandang, telinga mendengar ni bila korang baru je nak kenal hati budi dia pastu terus memandai nak buat syarat.

Siapa yang nak hubungan percintaan tu putus di tengah, tepi, kiri, kanan jalan kan? Tapi korang tak rasa ke korang punya hubungan hanya sekadar "pasangan yang bercinta". Ulang semula "pasangan bercinta" . *konon highlight pink sweet lah.. puihh!* faham tak maksud tu? bercinta tu kira mengenali hati budi kan? bercinta tu kira kawan kan? dan bercinta tu pun boleh putus bila-bila masa je kan? maknanya korang masih belum ada hak yang kukuh untuk menghalang, mencegah, menidakkan pasangan korang tu berkawan dengan perempuan atau lelaki lain kan?. Fathira pun pernah rasa suka pada seseorang tapi fathira tak pernah nak halang apa yang dia nak buat. Contoh ! kalau dia nak keluar dia sendiri akan bagi tahu atau kalau dia nak kan pendapat baru fathira akan bagi pendapat fathira. Selain dari tu terserah pada dia. Percayalah ! kalau korang jujur, setia pada pasangan korang mesti dia pun akan setia, jujur juga dengan korang. Kalau korang hormat DIA sebagai pasangan korang secara automatiknya pasangan korang tu pun akan hormat korang juga.Tak perlu lah letak syarat sampai 100 kat dia. kesian pasangan korang tu kena ikut perintah korang. Biarkan je dia. Lainlah kalau korang bercinta dengan budak yang darjah 6yang tak tahu mana patut mana tak patut.

Fathira faham ada pasangan yang takut sangat pasangan dia tipu dia kan? Ok macam fathira cakap. sebelum korang bercinta korang kawan kan dengan pasangan korang tu? Jadi kalau dari awal lagi korang dah tahu perangai buruk dia kenapa masih nak terima dia sebagai pasangan korang? Tapi jangan pula esok pegi tanya kawan kepada pasangan korang tu apa perangai buruk dia. Siku karang !. HAHA
Jadi korang fikirlah. Fathira harap keputusan yang korang nak buat tu adalah keputusan yang tepat :)
Semoga bahagia kawan-kawan ku :D

P/S: baik jadi macam aku. Tak ada pakwe pun, bebas kawan dengan sesiapa. :P

Tuesday, June 12, 2012

Aurat lelaki. Penting ke?

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak sentuh sikit mengenai AURAT. Entry ni hanya pendapat dari iza sahaja terpulang bagi korang untuk terima atau pun nak membangkang. Tapi iza nak sentuh mengenai aurat lelaki yang iza rasa hal ni tak diambil secara serius oleh kaum lelaki. Kenapa bila perempuan tak pakai tudung ada yang mempertikaikan? Kenapa bila nak cari calon isteri mesti nak cari yang baik-baik yang bertudung yang menutup aurat? Kenapa bila lelaki pakai seluar pendek *atas lutut* tak ada yang nak mempertikaikan?

Ok . Meh sini iza terangkan satu-satu.
Pertama ! Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Korang faham tak aurat bagi lelaki ni dari mana ke mana yang HARUS dan  PERLU ditutup. Ini bermakna kalau lah ada lelaki bukan muhrim khususnya hanya mengenakan seluar pendek sahaja itu bermakna dia tak menutup aurat. Sebab pusat pun aurat juga kan?


“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)


Ramai yang ambil ringan pasal ni. Mungkin mereka fikir lelaki senang boleh pakai apa yang dia suka tak macam perempuan keluar rumah kena pakai tudung, baju tak boleh ketat, seluar tak boleh cutting sampai nampak bentuk kaki. Sebenarnya Allah itu adil. Semua perkara ada buruk ada baiknya.

Kedua! pandangan wanita terhadap lelaki .

1) Jika mahramnya; harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat (yakni kawasan selain antara pusat dan lutut). Dan harus ia bersalaman dan menyentuh mahramnya (di luar dari kawasan aurat) dengan syarat tanpa syahwat.

2) Jika bukan mahramnya (yakni lelaki ajnabi); harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat dengan syarat tidak menimbulkan fitnah dan tidak melihat dengan syahwat.[7] Namun diharamkan bersalaman dengannya dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat.

Sumber: Laman fiqh anda
 

Jadi korang tahu kan betapa pentingnya aurat kaum lelaki? Iza tahu ada lelaki yang tak peduli dengan hal ni dan ada lelaki yang memang pakai menutup aurat tapi adil lah kan. Korang nak perempuan yang baik korang perlu lah jadi baik juga. Adil kan?. Korang nak isteri pakai tudung korang kena lah tutup aurat juga. Adil kan? . Nak tutup aurat bagi lelaki ni tak lah susah sangat-sangat. Senang. Lagi senang dari perempuan. Korang hanya perlu tahu. Faham dan praktikan . Barulah tak ada yang nak pertikaikan "lelaki boleh pakai ni kenapa perempuan tak boleh?" . 

P/S : maaf kalau ada yang salah dalam entry ni  :D

Monday, June 11, 2012

Urusan politeknik( gembira jumpa cikgu)

Views
Assalamualaikum

Penat. Penat. Kenapa? Sebab dari semalam iza siapkan hal politeknik . Baca semula surat tawaran tu. siap kan apa yang perlu dibawa walaupun daftar bulan 12 . Mungkin ada yang cakap lama lagi tapi borang tu kena hantar hari rabu iaitu esok lah. Jadi sebab tu lah iza kena siap kan. Dan hari ni bangun pagi pukul 8.30pagi siap-siap untuk pergi sekolah.













emangat pergi sekolah dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Sampai je kat pejabat cakap-cakap dengan kerani sekolah nak jumpa pengetua dan responnya "pengetua tak ada. Dia pergi kursus, minggu depan baru balik " dan apa pula respon iza? " ohh yeke? tak pe lah. terima kasih "  *dengan muka kecewa sambil tundukkan kepala terus keluar pejabat*. Ambil handphone mengadu dekat mama. HAHA.


Mama tutup handphone. simpan handphone. Dan iza pergi bilik kaunseling jumpa cikgu kaunseling *sebenarnya memang nak lepak dengan cikgu pun* Berbual kejap dengan cikgu pastu pergi pejabat balik minta tolong kat kerani tu sebab esok (rabu) dah tarikh luput. Akhirnya iza kena tunggu PK HEM untuk cop dan sahkan segala surat dan sijil yang iza dah bawa tu.

Tunggu punya tunggu iza cakap dengan kerani nak jumpa Cikgu Azni a.k.a Penolong Kanan Ko-kurikulum. Masuk bilik dia dannnnn dia ada. Yeah !! Alhamdulillah :) . Salam dia. Cium peluk dia. OK ! terus tunjuk apa yang perlu dia buat. Respon pertama ialah "Dapat Poli Merlimau? tahniah!". Eh? eh? iza jumpa kawan iza juga kat situ. hee :D
Masa kat sekolah tadi pun kan lepas dah sahkan surat tu semua iza keluar dari pejabat dan terserempak lah dengn junior-junior iza . Tapi... dia orang tak  perasan iza . Nak tahu apa yang dia orang buat? dia orang beri salam kat iza tapi belakang tu ada tambahan. macam ni "Assalamualaikum cikgu" . Dalam hati iza bermonolog "Aku ni macam cikgu ke?" . Tersenyum. Yang tak boleh blah pakcik guard pun ingat iza cikgu praktikal. Omg. Alhamdulillah. memang cita-cita nak jadi pendidik pun satu hari nanti.

Iza anggap apa yang iza dengar tadi tu doa buat iza. Lepas dah settele tu semua iza tak balik terus. Iza pergi jumpa bekas cikgu-cikgu iza. *dah jadi bekas dah cikgu-cikgu aku *  Pertama sekali iza terjah bilik cikgu ekonomi iza. Masuk-masuk. Beri salam. Cikgu menjerit panggil nama iza sambil tersenyum. Serius masa tu Allah je tahu betapa rindunya iza dekat cikgu iza siap rehat sesama lagi uollsss..
Lepas tu iza terjah bilik guru. Lagi gamat. Semua ucapkan "Tahniah". Alhadulillah rezeki iza :D
Tapi cikgu BM iza suruh iza teruskan tingkatan 6. Sebab! dulu dia pun dari tingkatan 6.
Apa pun iza gembira sangat dapat jejakan kaki kat sekolah iza tu walaupun sekolah tu tak segah mana tapi cikgu-cikgu dia semua AWESOME ok.!





Sunday, June 10, 2012

Kegembiraan bagi lelaki

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak bongkar rahsia kegembiraan bagi lelaki. *habislah kau* . HAHA. Sebenarnya ini secara spontan jugalah tengah duk termenung tetiba dapat ilham nak tulis entry ni. Jadi entry kali ni khas untuk kaum adam semua . Hee :D *manis tak senyuman saya? manis kan* :P
Entry ni pun sedikit sebanyak ada juga lah kaitan mengenai bola yang sedang hangat diperkatakn oleh korang, korang, korang dan korang semua.
Iza tahu ada yang siap sedia nak lepak kat kedai mamak atau ada yang dah berada kat kedai mamak tu dari petang lagi atau mungkin ada yang baru sampai. Apa pun yang korang tengah lakukan meh lah baca kejap entry iza yang mungkin agak panjang jugalah.*ehem.. amik mood*


Sorakan di sebuah kedai mamak menggergarkan suasana malam. Maklumlah musim bola dah bermula jadi aktiviti merempit dan yang seumpama dengannya tu dihentikan buat sementara waktu. Semua berpusu-pusu pergi ke kedai mamak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.Seememangnya mereka tidak sabar-sabar untuk bergembira. Maklumlah lellaki memahami cita rasa tersendiri.Begitulah suasana kebanyakan restoran mahupun kedai mamak yang menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung di TV prermis mereka apatah lagi di skrin besar yang diletakkan di satu tempat yang stategik khas bagi pengunjung kedai mereka.
Sungguh rata-rata mereka bukanlah menikmati makan besar pada malam tersebut tetapi sekurang-kurangnya tiga gelas besar teh tarik atau teh ais atau kopi.
Sorakan "goal" yang bergema itu disebabkan jaringan gol daripada pasuka bola sepak yang disokong. Misalnya Demark. Gembirakah mereka? TENTU SEKALI. Sebab rata-rata yang ada di kedai mamak itu mungkin penyokong Demark. Bagaimana pula dengan peminat pasukan lawan, Netherland misalnya? Tidakkah mereka berasa tertekan?


Itu ada lah salah satu situasi yang iza nak gambarkan. Berbalik kepada tajuk asal. Kegembiraan bagi lelaki. Apa yang membuatkan seseorang lelaki itu gembira? Itu soalan yang berlegar-legar di fikiran iza dan mungkin juga anda kaun hawa. Ada 3 punca yang menyebabkan lelaki gembira.
  1. Perkara yang diminati atau kemenangan seperti sukan tadi
  2. Perkara yang memuaskan
  3. Perkara yang membanggakan seperti lulus cemerlang dalam exam
Iza akan terangkan satu-satu * ada lelaki yang dah bosan ke baca entry iza ni?* . HAHA
Kita pergi pada yang pertama mengenai kemenangan. Setiap perjuangan mesti dari titik peluh sendiri kan? kerana usaha yang gigih akhirnya akan lahir perasaa gembira yang mungkin ada yang memanggil "gembira jantan." Kedua mengenai kepuasan. Kepuasan memerlukan kesabaran . Sifat sabar ini perlu ada pada setiap lelaki kerana sifat sabar dapat membentuk jiwa lelaki menghadapi kerenah wanita.Dan sebenarnya kesabaran itu adalah kepuasan dan kepuasan itu adalah kegembiraan bagi lelaki. Yang ketiga adalah mengenai kebanggaan. Setiap kebanggaan memerlukan kebijaksanaan. Lelaki mempunyai kelebihan kerana mereka cepat berfikir berbanding perempuan *cemburu ni. cemburu. * Lelaki juga dapat menghadapi segala ujian dengan tenang. Maka apabila sudah berjaya maka kegembiraan itu akan timbul.Tetapi harus diingatkan bahawa kegembiraan itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T.
Sambutlah kegembiraan itu dengan rasa syukur :D


Saturday, June 9, 2012

Demam Bola Kembali

Views
Assalamualaikum.

Eh jangan terkejut kenapa buka-buka entry hari ni ada poster Euro. HAHA. Memang hari ni iza nak cerita pasal Euro pun. *suka lah tu suka lah tu* . Secara jujur iza tak tengok langsung Euro ni sebab? sebab? alaaaa biasalah perempuan. Bukan nak cakap semua perempuan tak minat bola. TAK. tapi iza memang tak tengok bola kalau tak ada kawan dannnn bolanya pun start lambat.Pukul 12 baru start ada yang pukul 2 pagi baru start. Aduh. Letih tunggu. Baik bangun pepagi buta tu buat solat sunat tak pun buat revision sikit dapat juga ilmu pepagi ni kan. Ni tak. korang tengok bola sama je hari-hari tendang bola. pastu gol. pastu ada penalti. Kadang-kadang ada yang jatuh. Main tipu segala bagai. HAHA. *memang aku kena marah lah kan dengan dak-dak lelaki*

Relax lah. iza bukan nak hentam Euro mahupun mereka yang sibuk 24 jam kecoh pasal perlawanan ini mementang ini. Kumpulan tu menentang kumpulan tu. Tapi iza cuma nak luahkan apa yang terbuu di hati. Mungkin ada yang sama pendapat dengan iza. KehKehKeh :P
Masalah lain bila Euro tiba adalah kaum hawa akan diketepikan kaum adam *itu normal ok*.
Kenapa wahai kaum adam? kenapa buat  kaum hawa begini? HAHA. Tapi ok jugalah kan korang yang sedang dilamun cinta tu boleh la save duit sikit. Kalau tak hari-hari nak topup. Hari-hari tweet kata kredit tak ada *Eh?? haha* 

Tetiba terfikir ada ke kau adam yang tak layan bola? Jangan. Jangan buat malu kaum adam. HAHA. Atleast kalau kau kaki bangku sekali pun atau kau memang anti gila dengan orang yang main bola tu kau teman lah kawan kau tengok bola walaupun hanya di kedai mamak setiap hari. Kalau bosan pun boleh tenung muka mamak tu. Tak pun order air dari hasil air tangan mamak tu. HAHA * awat mulut hang kwajaqq sangat hari ni *. Iza suka fikir boleh kaya mamak tu hari-hari kau pegi kedai dia. Order air yang sama. Kopi, Teh, Nescafe. HAHA. Kenapa kedai mamak? Kedai mamak je ke ada siaran bola sepak? Kenapa tak kedai melayu? Kenapa tak kedai orang iban? atau kedai orang sarawak? *merepek dah ni iza oii*. HAHA.
Kalau korang tanya iza mana yang iza sokong sebab Neelofa pun sokong gak beb Euro ni . Tak sangka aku *tangan di bahu mata di atas* . Iza akan sokong siapa yang menang. Jadi tunggu jelah Euro tu sampai habis dan kumpulan yang menang itu lah kumpulan yang iza sokong. Aci tak? Aci tak? *peduli apa aku* :P

Harapan iza. *Ceh ada harapan lagi tu* HAHA. Harapan iza lepas Euro ni habis jangan lah mereka yang bercinta TERUTAMA kaum adam baru nak terhegeh-hegeh cari makwenye. Dan kepada mereka yang sedang menonton/ menunggu perlawana hari ni pasti kan bila tiba waktu kerja. bila tiba waktu sekolah pasti kan korang CERGAS!! :D


Friday, June 8, 2012

Saya budak baru belajar

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak cerita mengenai account baru yang iza dah buat. huh? account baru? account apa? sabar-sabar. semalam iza baru buat skype. *gelak kan dia* . HAHA. baru nak buat ye kak? haha.
Selama ni ada lah terniat nak buat tapi asyik tangguh je nasib semalam ingat nak buat benda alah tu jadi iza pun buat dengan ilmu yang kosong kosong kosong *nyanyi lagu najwa latif* . Buat dengan sopan santun. ikut step bye step sekali taraaaaaa jadi dah skype iza. Tapi kan iza tak reti nak gunakan benda alah tu macam mana. *HAHA. ketawakan  dia lagi* 
Iza bukan tak pernah guna skype ni. Pernah. tapi sepupu iza punya tu pun dia yang bukakan. dia yang ccall orang. dia yang ajar nak buat. cara nak buat ok! bukan cara nak guna skype ni. Jadi korang yang ada skype tu jom lah add iza sebagai kawan anda di skype *promote tu*. haha. Nanti boleh lah kita HAI HAI BYE BYE kat skype sesama :) korang yang nak add  iza cari nama ni nama skype iza FathiraFadzli :D

Thursday, June 7, 2012

Itu yang mampu

Views
Assalamualaikum.

Mood hari jumaat ni lain sikit. seronok lain macam. kenapa? entah lah iza pun tak pasti kenapa iza seronok sangat hari ni walaupun tak tahu nak buat apa selain tweet tweet dan tweet.. Oh ye dengar mp3 juga. haha. Lama seyh tak dengar mp3. Kesian pula mp3 aku di anak tirikan jadi nak mengembalikan mood haruslah dengan lagu. *eh? macam tu pula?* HAHA. entah apa-apa lagu je yag berputar iza hanya mampu mendengar sambil menyanyi perlahan-perlahan tak ada siapa yang dengar melainkan iza sendiri. *serius. tak tipu*. Dan tiba-tiba iza dengar lagu yang dah lama tak dengar *tiba-tiba tu tak boleh blah*. HAHA. lagu apa yang iza dengar? ni ha lagunya ---> Colbie Caillat- I Never Told You *klik lah kalau korang nak dengar juga*  serius lagu ni sangat best. Melodi. Lirik. Suara dia. semuanya best. Lepas dengar lagu ni terus ulang-ulang kali dengar. HAHA.

Yelah dari pagi tweet je. Tweet dengan warga twitter yang awesome. Ada yang tak tahu ke iza ada twitter? nak follow? boleh je. *promote.* Harus lah memainkan peranankan. HAHA. tetiba. kalau korang nak follow twitter iza just klik kat sini FathiraFadzli . Cepat klik. Dah?. Klik butang follow. dah? ok terima kasih. HAHA. tunggu respon dari iza ok. Jangan pula dah follow esok unfollow iza. itu memang nak kena siku!.
Ohh ye tetiba fikir homework. Serius iza dah siapkan 2 homework. DUA? Huh? Dua? *Fathira tolong jangan nak menipu* hmm :( 
 honestly iza baru siapkan karangan bahasa melayu dengan muet tapi muet tu 1 karangan je siap. HAHA. Entah lah tak tahu kenapa iza bersungguh-sungguh nak buat karangan bahasa melayu. mungkin sebab cikgu BM kat depan rumah. mungkin cikgu jiran iza. mungkin juga iza rindu nak buat BM. Semuanya MUNGKIN. Tak sabar nak naik sekolah. tak sabar nak jumpa kawan. tak sabar nak jumpa cikgu yang belum sepenuhnya iza kenali. tak sabar nak ketawa-ketawa. gosip-gosip. usha budak-budak kat sekolah. HAHA. LOL :P

Dah lah. sampai sini jelah iza merepek. Nak sambung buat Muet *propa* HAHA. Thanks for reading :D



Seminggu di kampung halaman-aktivitiku

Views
Assalamualaikum



Lama rasanya tak update blog iza ni. *padahal baru seminggu* ehhh lama lah tu kan. Seminggu iza tak update blog sebab iza ada dekat kampung dan kampung iza pedalaman jadi faham-faham je lah. Line brodband mak datukkkk susah sangat nak cari. Bukan setakat tak boleh nak update blog nak online pun payah. Kali ni balik kampung tanpa abah iza jadi tak ada lah nak berjalan je kan. HAHA iza propa :P
Berjalan tu HARUS! lah kan . dah kata balik kampung. jumpa pula maklong iza yang kaki jalan memang petik jari je lah semua tempat dia boleh bawa. Hari  pertama iza kat Perak tak pegi mana. duduk rumah opah. borak-borak dengan sepupu sepapat. ketawa-ketawa.

Hari kedua baru maklong bawa iza, adik-adik iza, mama iza dgn anak-anak dia pergi jalan. Jalan mana? lahai Ipoh je pun. HAHA. Nak pergi jauh-jauh duit pula tak ada jadi maklong iza decided pergi Ipoh je. *Ipoh mali Ipoh Ipoh mali* . HAHA. Ok benda pertama yang iza fikir ialah "pergi ipoh nak buat apa?" "buat apa?" "buat apa?" ..  *tarik nafas turun nafas*. Memula kita orang pergi UO maklong iza nak beli baju anak-anak dia terus pergi servis kereta dia lepas tu kita orang pergi Jusco konon-konon nak tengok wayang lah. Dalam fikiran hari selasa tak ada orang sangat kat Jusco. Sampai sana. Cari parking. "Pehhh penuh" macam tu lah reaksi iza dengan sepupu iza. Lepas dah parking tu terus berlari pergi kat tempat wayang tu dannnn kita orang tak jadi tengok wayang. Sebab? mama iza nak pergi taman nak bawa adik-adik main kat sana. Dengan perasaan sedikit hampa iza dengan sepupu terus pergi Food Court cari makanan untuk mengembalikan mood yang telah hilang *pehh ayat aku*.

Makan donut. Makan nasi ayam. Makan claypot. Minum milo. Minum air masak. Kenyang. Tengok jam dah pukul 4 petang. Keluar dari Jusco terus pergi Taman Polo :)
Dalam fikiran. Nak sanp snap sepuas-puasnya walaupun iza bukanlah seorang model. *peduli apa aku*
Nak tengok hasilnya? Jom


Saya :D


Sepupu kesayangan :D




Sepupu saya juga :)








Adik bujang ku kepenatan selepas main bola


Ohh ye. Apa yang kita orang buat selain adik-adik aku main kat taman polo tu? Kita orang yang 16tahun ke atas termasuk mama dengan maklong iza makan laksa. Mencekik lagi? haha. Normal lah bagi kami. Keluar sampai nak maghrib baru ingat nak balik. Dalam pukul 6.30 kami balik ke rumah opah. 


P/S: tak puas berjalan. Mungkin sebab tak dapat tengok wayang agaknya. :P

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu