Followers

Tuesday, June 19, 2012

Menghitung Hari

Views
Assalamualaikum

Mood hari ni sedih. Sila sediakan tisu sebelum membaca entry ini dengan lebih lanjut. *propa..propa..propa lagi* . Nampak tak tajuk yang kat atas tu? Kalau tak nampak maknanyaaaaa.... *sambunglah sendiri ayat tu*. Apa yang menghitung hari? Mengapa menghitung hari? Bila mula menghitung? Siapa yang mengnghitung hari? ohh ni semua impak dari membelajaran 5W 1H. Pernah belajar? pernah kan? tipu kalau siapa yang tak pernah belajar benda ni melainkan orang tu memang kaki ponteng. Ayooo! baik ngaku pernah belajar 5W 1H. Pejam celik pejam celik dah bulan JUN. dah 19 JUN . esok dah 20 Jun. esok-esok dah bulan JULAI. Boleh tak kalau fathira tak nak bulan Julai datang lagi? boleh tak? boleh tak? tolong lah cakap boleh? tak ready lagi ni nak hadapi bulan julai. *fathira menaip dengan penuh penghayatan* PUIHHH..


Sebenarnya bulan ni adalah bulan terakhir Fathira menjadi pelajar di sekolah. Lepas ni dah tak ada dah. Dah tak pakai baju sekolah. Dah tak bawa beg sekolah .Dah tak pakai kasut sekolah. Dah tak ucapkan " Assalamualaikum dan selamat sejahtera Puan..." kat cikgu. Dah tak ada dah tu semua. Jadi bulan ni adalah bulan dimana Fathira menghabiskan sisa-sisa sebagai seorang pelajar sekolah Menengah dalam tingkatan 6 bawah. Lepas ni mesti fathira rindu kat korang yang tak pernah sombong, tak pernah dengki, tak pernah buat fathira marah dan tak pernah henti buat fathira tersenyum serta ketawa bagai nak gila. Saat macam ni lah selalunya baru Fathira rasa sesuatu yang istimewa kat sekolah. Serius. tak tipu. Walaupun tak sampai setahun kenal korang tapi fathira rasa seronok . Tetiba rasa sayang nak tinggalkan sekolah yang dari dulu fathira nak masuk. dari dulu nak belajar. Sekarang ni musim buat pembentangan kertas kerja lagi lah buat fathira seronok belajar kat sekolah ni.  Yelah sisa-sisa terakhir lah katakan .

Entah lah. Fathira baru rasa yang semua orang kat sekolah tu ikhlas. Ikhlas dalam perhubungan sebagai seorang kawan. Sikap korang yang ramah, baik, dan sentiasa hormat orang tu buatkan fathira sayang pada sekolah baru ni. *baru lah bagi aku*.. Tak kisah lah belajar dimana. Dengan siapa. Atau siapa pun yang mengajar kita janji niat untuk terus berjuang sehingga matlamat kita tercapai itu dah dikira cemerlang. Janji Fathira pada korang Fathira tak akan pernah lupakan korang sebab Hari pertama korang jadi kawan Fathira insyallah Fathira akan pastikan yang sampai tua kita tetap kawan. Insyallah.

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu