Followers

Monday, June 11, 2012

Urusan politeknik( gembira jumpa cikgu)

Views
Assalamualaikum

Penat. Penat. Kenapa? Sebab dari semalam iza siapkan hal politeknik . Baca semula surat tawaran tu. siap kan apa yang perlu dibawa walaupun daftar bulan 12 . Mungkin ada yang cakap lama lagi tapi borang tu kena hantar hari rabu iaitu esok lah. Jadi sebab tu lah iza kena siap kan. Dan hari ni bangun pagi pukul 8.30pagi siap-siap untuk pergi sekolah.













emangat pergi sekolah dengan berbaju kurung dan bertudung bawal. Sampai je kat pejabat cakap-cakap dengan kerani sekolah nak jumpa pengetua dan responnya "pengetua tak ada. Dia pergi kursus, minggu depan baru balik " dan apa pula respon iza? " ohh yeke? tak pe lah. terima kasih "  *dengan muka kecewa sambil tundukkan kepala terus keluar pejabat*. Ambil handphone mengadu dekat mama. HAHA.


Mama tutup handphone. simpan handphone. Dan iza pergi bilik kaunseling jumpa cikgu kaunseling *sebenarnya memang nak lepak dengan cikgu pun* Berbual kejap dengan cikgu pastu pergi pejabat balik minta tolong kat kerani tu sebab esok (rabu) dah tarikh luput. Akhirnya iza kena tunggu PK HEM untuk cop dan sahkan segala surat dan sijil yang iza dah bawa tu.

Tunggu punya tunggu iza cakap dengan kerani nak jumpa Cikgu Azni a.k.a Penolong Kanan Ko-kurikulum. Masuk bilik dia dannnnn dia ada. Yeah !! Alhamdulillah :) . Salam dia. Cium peluk dia. OK ! terus tunjuk apa yang perlu dia buat. Respon pertama ialah "Dapat Poli Merlimau? tahniah!". Eh? eh? iza jumpa kawan iza juga kat situ. hee :D
Masa kat sekolah tadi pun kan lepas dah sahkan surat tu semua iza keluar dari pejabat dan terserempak lah dengn junior-junior iza . Tapi... dia orang tak  perasan iza . Nak tahu apa yang dia orang buat? dia orang beri salam kat iza tapi belakang tu ada tambahan. macam ni "Assalamualaikum cikgu" . Dalam hati iza bermonolog "Aku ni macam cikgu ke?" . Tersenyum. Yang tak boleh blah pakcik guard pun ingat iza cikgu praktikal. Omg. Alhamdulillah. memang cita-cita nak jadi pendidik pun satu hari nanti.

Iza anggap apa yang iza dengar tadi tu doa buat iza. Lepas dah settele tu semua iza tak balik terus. Iza pergi jumpa bekas cikgu-cikgu iza. *dah jadi bekas dah cikgu-cikgu aku *  Pertama sekali iza terjah bilik cikgu ekonomi iza. Masuk-masuk. Beri salam. Cikgu menjerit panggil nama iza sambil tersenyum. Serius masa tu Allah je tahu betapa rindunya iza dekat cikgu iza siap rehat sesama lagi uollsss..
Lepas tu iza terjah bilik guru. Lagi gamat. Semua ucapkan "Tahniah". Alhadulillah rezeki iza :D
Tapi cikgu BM iza suruh iza teruskan tingkatan 6. Sebab! dulu dia pun dari tingkatan 6.
Apa pun iza gembira sangat dapat jejakan kaki kat sekolah iza tu walaupun sekolah tu tak segah mana tapi cikgu-cikgu dia semua AWESOME ok.!





No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu