Followers

Wednesday, April 25, 2012

masuk tingkatan 6

Views
assalamualaikum
Pagi-pagi iza bangun tidur terus buka akaun facebook iza dan tengok kawan iza dah post something. oh apa itu? *jengjengjeng* kawan iza post keputusan matrikulasi dan bila dah post mestilah dia dapatkan dengan perasaan yang berkobar-kobar pluss bersemangat iza google laman web Kementerian Pelajaran Malaysia sambil dalam hati berdoa mana tahu rezeki iza ke kan. Dengan sopan-santunnya iza klik pada keputusan matrik dan taip nombor kad pengenalan... GLUP !!!  berdebarnya rasa ya Allah. dannnn tiba2 keluar satu ayat yang sangat ringkas
"Harap Maaf anda tidak berjaya "
dan masa tu iza rasa "aduhhh aku tak dapat." haaa lebih kurang macam tu lah rasa frust tu ada sikit lah lepas tu iza tak puas hati pergi lagi kat laman web Kementerian Pelajaran konon-konon nak tengok lagi lah keputusan matrikulasi tu tapi ternampak keputusan tingkatan 6 bawah dah keluar juga dan dengan tanpa ada rasa apa-apa perasaan masa tu iza terus klik keputusan tingkatan 6 ye lah matrikulasi dah tak dapat jadi moody lah sikit bila dah masuk kan number ic terus tutup mata konon-konon nak suprise lah. hahaha dannnnnn keputusannya ..alamak malu lah nak tunjuk *ok aku gedik* :P
nahhhh tengok...

 
 


T A H N I A H !

Anda Ditawarkan Untuk Mengikuti Pengajian Ke Tingkatan 6 Bawah
Berikut Adalah Maklumat Tawaran

No. Kad Pengenalan
::
940529086298
Angka Giliran
::
JK117A088
Nama
::
FATHIRA HAIZA BINTI MOHD FADZLI
Sekolah Asal
::
JEA1082 - SMK TMN DAYA 3
Jurusan
::
KEMANUSIAAN
Sekolah Ditawarkan
::
JEA1053 SMK TAMAN DAYA
Tarikh Mendaftar
::
8 Mei 2012

Adakah anda bersetuju dengan penawaran ini?




 
Bagi sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Sekolah Harian,
Kementerian Pelajaran Malaysia di talian 03-8884 9357 atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing.
 
K e m b a l i




alhamdulillah... tapi tak tahu la nak amik ke tak. tengah fikir-fikir. Rasa tunggu keputusan upu

~entry mau tutup

Friday, April 20, 2012

Sayang awak

Views
Assalamualaikum

iza post entry lagi. :) entry kali ni iza nak luahkan perasaan sayang dan cinta iza dekat seseorang yang memang iza sayang dia sangat-sangat... *sambil peluk pooh iza* iza rasa kalau lah iza kenal dia dari iza sekolah rendah lagi kan bagus yelaaaa sebab rasa macam "alaaa ruginya aku tak kenal dia dari awal lagi" haaa macam tulah iza rasa. Eh sekejap korang jangan salah faham pula entry ni bukan pasal iza sayang dekat seeorang yang bergelar "lelaki" tapi untuk seseorang yang bergelar seorang gadis dannnnn jangan pula korang salah faham sampai nak berfikiran NEGATIF dekat iza sebab iza bukanlah dari golongan lesbian. nauzubillah

Korang tahu tak kenapa iza sayangggg sangat "orang" tu sebabnya dia baik sangat dengan iza sampaikan apa-apa je yang dia buat mesti dia akan bagitahu dekat iza. chop chop lupa nak bagitahu siapa nama dia. hehe teruja sangat ni nak tulis tentang dia dan saya sampai lupa nak bagitahu nama dia. Dia ialah *jeng jeng jeng*

Nur Aliya Ali  Zainal Abidin :)


Kita orang dah macam adik-beradik yang sangat rapat. suka sangat kenal denga dia even rapat sejak tingkatan satu tapi sampai sekarang kita orang together gether . semua rahsia iza dia tahu dan semua rahsia dia iza tahu *tak semua pun sebenarnya saja propa* :P

Kenangan tingkatan 2.

masa kita orang tingkatan dua kan kita orang satu kelas tau dan ada lah kawan-kawan yang lain yang iza baik juga lah. masa iza tingkatan dua iza baik dengan Sahira (kawan sekelas) dengan Aliya pun baik juga tapi jarang lah bercakap dan ada satu hari tu Aliya nak tukar tempat dengan iza dia nak duduk dengan Sahira. ok iza bagi lah then tengok Sahira layan Aliya je masa tu iza rasa

"Asal ni nak layan Aliya sangat ni. ishhh "

tapi iza diam je lah bila time rehat iza jumpa Aliya tanya dia apa ntah lupa lah tapi yang penting iza suruh dia terus terang dannnn bila dia terus terang iza rasa

"ishhh apa dia ni. menyampahnyaaaa lahai "

 iza still diam lagi sampaikan yang palinggggggg iza tak boleh lupa bila dia merajuk dengan iza samalah iza pun merajuk dengan dia sampai tak pua hatinya sangat kita orang sampai tulis surat dengan penuh rasa menyampah dan sakit hati semua ada kat dalam kertas tu. hahahaha. bila tak puas hati baca surat dari dia keras tu di renyuk kan serunyuk renuknya konon-konon marah la *kesian kertas tu jadi mangsa* then bila nak berbaik dengan dia tulis dalam surat juga lepas tu jumpa minta maaf *konon-konon tragis lah time tu * hahaha. al-maklumlah masa tu mana ada twitter lagi jadi tak boleh nak tweet. :P

Kenangan tingkatan empat dan lima

masa tingkatan 3 tak ada kenangan sebab kita orang tak sama kelas tapi masa tu dah mula nak rapat lah. Rasanya masa tu 40% ke kawan baik dengan dia. Tingkatan  4 pun sebenarnya tak sama kelas tapi iza pujuk punya pujuk Aliya *propa lagi* suruh dia tukar kelas sama dengan iza.Jadi dengan semangat yang penuh dengan keberanian Aliya pun tulis lah surat dekat Pengetua mohon tukar kelas dannnnnn apa yang jadi? cer teka cer teka. yeahhh Aliya dibenarkan masuk kelas Akaun dan dibenarkan duduk sebelah iza atas kehendak iza sendiri :P
sejak dari situ lah kita orangg rapat dan rapat dan menjadi rapat seperti seorang saudara kandung. *aku tengah touching ni Aliya* sob sob :'(


Sekarang apa yang iza rindu ialah Aliya walaupun kadang-kadang Aliya datang rumah iza tapi iza nak suasana kat sekolah. The best part is kita orang mohon U sesama lagi .jangan jelessss :P
dah  rasa seperti tiada rahsia antara iza dan Aliya. *pehhhh ayat muntah pelangi dibuatnya* hahahaha

PERINGATAN Untuk Aliya : Kau jangan pernah lupa aku ye kawan walaupun kau nak tunang mahupun kahwin atau kau dah ada anak 4 sekali pun kalau tak aku serang rumah kau tidur seminggu :P

~entry mau tutup

Tuesday, April 17, 2012

cinta syirik

Views
assalamualaikum

subhanallah lama rasanya iza tak update blog ungu iza ni rindu sangat2 nak menaip..bukan iza sengaja tinggalkan blog iza ni tapi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan walaupun dah try nak elak tetap tak boleh nak elak.*apa yang sedang iza merepek ni* :P

ok lah rasanya terlalu panjang kot intro iza ni. sebelum ni kita selalu dengar dan perkara ni memang  berlaku kat diri semua orang haaa apa benda tu? jeng jeng jeng *bunyi drum* haha.. apa lagi kalau bukan pasal "cinta " tapi pernah tak korang terdengar atau ambil tahu mengenai cinta syirik ni??
jap-jap jangan serabut kan otak tu fikir apa yang iza nak sampai kan. apa itu cinta syirik? cinta syirik ni maksudnya ialah menggantikan tempat Allah s.w.t atau dalam bahasa lain ialah syirik al-mahabbah

Allah pernah berfirman:

"dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain  Allah sebagai tandingan.Mereka mencintai sebagaimana mereka mencintai Allah.dan seandainya orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah  semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya .. -(surah al-baqarah 2)


perasaan adalah fitrah dari Allah dan setiap fitrah ada peraturannya. kenapa? supaya fitrah yang korang perolehi itu akan tersalur dengan mulia dan diredhai oleh-Nya..insyallah :)
 bila korang suka seseorang mesti korang akan teringatkan orang tu je kan? itu namanya korang sedang "angau"..bila angau datang seharusnya korang kena istighfar. kenapa iza suruh istighfar? oh sebab kita istighfar kerana khuatir akan hadirnya zina hati.

"dan jangan kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina hati ".. -( tafsir al-qurtubi)


pernah iza terbaca satu artikel mengenai zina tak kisah lah zina hati..zina mata..zina tangan apa pun yang ada kena-mengena dgn zina iaitu dari abu hurairah r.a bahawa  Rasullullh s.a.w bersabda :

" setiap bani adam memiliki peluang untuk berzina..kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat..kedua-dua kaki juga berzina  dan zinanya adalah berjalan..mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga  berzina dan zinanya adalah hawa nafu dan angan-angan tetap kemaluanlah yang akan memcenarkan atau mengingkari zina tersebut." (riwayat ahmad)


bila difikirkan wajarkan kita mencintai seseorang dengan mengikut naluri kita sendiri? atau betul ke cara kita mencintai orang yang kita sayang selama ni? apa yang perlu kita fikir ialah sebenarnya cinta itu tak salah tapi harus ada batasnya atau lebih senang bercinta kerana Allah insyallah kita tak akan tersasar dari landasan sepatutnya..pasangan yang mampu berdepan dengan apa jua dugaan atau perbezaan fikiran atau pertembungan emosi akan mudah didamaikan jika sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa pengatur dalam apa jua yang kita lakukan.insyallah

apa yang iza taip ni bukan nak tunjuk yang iza pandai dalam bidang agama tapi hanya sekadar ilmu yang boleh dikongsi bersama.insyallah :)


~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu