Followers

Tuesday, April 17, 2012

cinta syirik

Views
assalamualaikum

subhanallah lama rasanya iza tak update blog ungu iza ni rindu sangat2 nak menaip..bukan iza sengaja tinggalkan blog iza ni tapi atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat nak dielakkan walaupun dah try nak elak tetap tak boleh nak elak.*apa yang sedang iza merepek ni* :P

ok lah rasanya terlalu panjang kot intro iza ni. sebelum ni kita selalu dengar dan perkara ni memang  berlaku kat diri semua orang haaa apa benda tu? jeng jeng jeng *bunyi drum* haha.. apa lagi kalau bukan pasal "cinta " tapi pernah tak korang terdengar atau ambil tahu mengenai cinta syirik ni??
jap-jap jangan serabut kan otak tu fikir apa yang iza nak sampai kan. apa itu cinta syirik? cinta syirik ni maksudnya ialah menggantikan tempat Allah s.w.t atau dalam bahasa lain ialah syirik al-mahabbah

Allah pernah berfirman:

"dan antara manusia ada orang yang menjadikan selain  Allah sebagai tandingan.Mereka mencintai sebagaimana mereka mencintai Allah.dan seandainya orang yang melakukan kezaliman itu mengetahui ketika mereka melihat seksa(pada hari kiamat) bahawa kekuatan itu kepunyaan Allah  semuanya dan bahawa Allah amat berat seksaan-Nya .. -(surah al-baqarah 2)


perasaan adalah fitrah dari Allah dan setiap fitrah ada peraturannya. kenapa? supaya fitrah yang korang perolehi itu akan tersalur dengan mulia dan diredhai oleh-Nya..insyallah :)
 bila korang suka seseorang mesti korang akan teringatkan orang tu je kan? itu namanya korang sedang "angau"..bila angau datang seharusnya korang kena istighfar. kenapa iza suruh istighfar? oh sebab kita istighfar kerana khuatir akan hadirnya zina hati.

"dan jangan kamu mendekati sedikit pun juga daripada zina hati ".. -( tafsir al-qurtubi)


pernah iza terbaca satu artikel mengenai zina tak kisah lah zina hati..zina mata..zina tangan apa pun yang ada kena-mengena dgn zina iaitu dari abu hurairah r.a bahawa  Rasullullh s.a.w bersabda :

" setiap bani adam memiliki peluang untuk berzina..kedua-dua mata itu berzina dan zinanya adalah dengan melihat..kedua-dua kaki juga berzina  dan zinanya adalah berjalan..mulut juga berzina dan zinanya adalah dengan mencium dan hati itu juga  berzina dan zinanya adalah hawa nafu dan angan-angan tetap kemaluanlah yang akan memcenarkan atau mengingkari zina tersebut." (riwayat ahmad)


bila difikirkan wajarkan kita mencintai seseorang dengan mengikut naluri kita sendiri? atau betul ke cara kita mencintai orang yang kita sayang selama ni? apa yang perlu kita fikir ialah sebenarnya cinta itu tak salah tapi harus ada batasnya atau lebih senang bercinta kerana Allah insyallah kita tak akan tersasar dari landasan sepatutnya..pasangan yang mampu berdepan dengan apa jua dugaan atau perbezaan fikiran atau pertembungan emosi akan mudah didamaikan jika sama-sama meletakkan Allah sebagai kuasa pengatur dalam apa jua yang kita lakukan.insyallah

apa yang iza taip ni bukan nak tunjuk yang iza pandai dalam bidang agama tapi hanya sekadar ilmu yang boleh dikongsi bersama.insyallah :)


~entry mau tutup

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu