Followers

Sunday, October 23, 2011

sasaran utama saya- seminar spm!

Views
Assalamualaikum..
sambungan entry lagi!..nampak tajuk kat atas kan? boleh baca kan?
ok! seminar ni iza pergi hari ahad dan entry ni hanya sekadar suka2 but still dalam tajuk "sasaran utama saya"..
first! seminar ni bawah anjuran pos malaysia berhad dan sebagai anak pos malaysia yang nak amek spm tahun ni abah iza ajak iza join sekali..

bangun seawal 5 pagi untuk bersiap ke seminar di batu pahat..bertolak pukul 6.30 pagi dan sampai pukul 7.50
yes!ada lagi 10minit untuk sarapan!




bonda tercintaaaa iza sedan sarapan.. "makan sampai kenyang"katanya..ngeh!




ini lah gambar peserta seminar..sedang sarapan di restoran d'impian hanya makan roti bakar,mee hun dan mee goren beserta air teh!.






ok!dis part iza boleh jelas kan..ini bukan iza tapi ini kawan rapat..kawan mesra alam..kawan baik..kawan mengumpat iza..ngeh!


sebetulnya dia bukan anak jati pos malaysia berhad..iza yang ajak dia ikut dan si aliya ni teralu excited la sangat nak ikut sebab tu dia ada bersama iza di seminar..fuhh!


banyak gak la input2 yang cikgu2 yang dijemput ke seminar ni bagi..sangat2 berguna sebab cikgu2 yang dijemput semua cikgu penanda kertas dan dari lembaga peperiksaan.


seminar semalam ialah BM,SEJARAH,SAINS DAN MATEMATIK..


pandaiii cik pengurus cari penceramah..iza suka sangat cik pengurus! tenkiu2..






ahaaa! inilah cik pengurusnya..my lovely father..great!


cik pengurus sedang berucap untuk penutupan seminar..tak sediakan text dan tak gagap..great!..isteri cik pengurus senyum sampai ke telinga je dengar cik pengurus berucap sangat kagum si suami berucap..hahaha..ngeh!





sijil dari pos malaysia berhad untuk peserta2 seminar





dannnnnn untuk penutup semua peserta2 a.k.a anak jati pos malaysia berhad harus berikrar


isi kandungan ikrar:

Bahawasanya Kami,


Anak-anak warga Pos Malaysia Berhad,


Berirkar dn berjanji.




akan:




patuh kepada Tuhan,


taat kepada ibubapa,


hormat kepada guru-guru,




Kami juga berjanji,


Mematuhi displin sekolah,


Baik tingkah laku,


Dan berusaha sedaya upaya,


mencapai "9A"


menjulang nama baik sekolah kami & Pos Malaysia Berhad,


serta mencatat sejarah "Sekolah Terunggul Di Daerah Kami Dalam "SPM 2011"




harapkan seminar dan ikrar ini akan menjadikan iza terus bersemangat untuk usaha..


hei!!..harussssss la kan..terima kasih cik pengurus..insyallah iza tak akan hampakan hasrat dan harapan cik pengurus




p/s: kepada anak-anak warga pos tahun depan Pos Malaysia Berhad akan buat lagi seminar dann seminar akan dibuat 2 tempat di selatan dan di utara...insyallah! (tengok bajet yee..ngeh!)




~entry mau tutup

















Saturday, October 22, 2011

sasaran utama saya- melanjutkan pelajaran (2)!

Views
Assalamualaikum..

entry kali ni sambungan dari entry semalam.terima kasih bebanyak2 kepada blogger yang sudi membaca entry iza dan terima kasih juga kepada pengomen2 sekalian (ceh! macam ramai je yang komen kan..ngeh!)
susulan kemasukan universiti kepada pelajar2 lepasan matrik dan spm. ada 5 buah IPTA yang
menawarkan peluang untuk melanjutkan pelajaran..Antara IPTA yang menawarkan peluang tuuuuu Universiti Malaya(UM),Universiti Sains Malaysia(USM).,Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM),Universiti Putra Malaysia(UPM),Universiti Teknologi Malaysia(UTM)..

Alhamdulillah..iza rasa lega.. rasa bimbang tu dah kurang sikit..fuhhh(kesat peluh di dahi..ngeh!)
Datuk Seri Mohamed Khaled berkata "ketika memohon kita tidak tahu mereka dari aliran mana kerana pemilihan berasaskan 90% meriotaksi dan 10% dari kokurikulum"

jadi budak2 yang baru keluar dari matrik dan tingkatan 6 tak perlu bimbang termasuk iza sebab peluang masuk ke IPTA cerah..amin!!
baru2 ni kebanyakkan IPTA dan IPTS dah buat hari graduasi dan iza rasa seronoknyee bila iza yang ada masa tuuuuu...(impian tuu!)
sekolah iza pun ada buat hari graduasi untuk pelajar tingkatan 5 jadi boleh lah berangan2 dulu sebelum semuanya jadi kenyataan..amin!!

apa yang bermain di fikiran iza semalam,sekarang dan sampai habis spm ialah nak masuk U...nak masuk U..nak masuk U... tiada yang lain,tiada touching2,tiada masalah dan tiada pakwe2..mama iza kata tunggu abis spm baru sambung pakwe2 ni..ngeh!
dah jadi my favourite tiap kali baca paper iza akan cari kolum kemasukan IPTA dan IPTS.. hehe (hobi baru tuuu)!

~entry mau tutup

Thursday, October 20, 2011

sasaran utama saya- melanjutkan pelajaran!

Views
Assalamualaikum..

entry kali ni iza tulis atas kesedaran iza..haha!baru sedar rupanya makcik ni ..ngeh!!...
disebabkan iza suka membaca :) dan iza ada terbaca mengenai kemasukan universiti..
susah...
kenapa sekarang agak payah nak masuk U ni..aduyai!..
kerja keras..kerja keras..kerja keras..kerja keras...!
budak2 yang dah masuk matrik pun ada yang tak dapat masuk U disebabkan pihak Universiti tempatan telah mengurangkan kemasukan pelajar baru..
sangat membimbangkan.

so, what can i do now?..iza syg don't give up..u can do it!..haha(motivasi untuk diri sendiri)!
iza dah mula pasang cita-cita untuk hari2 akan datang..
harap semuanya berjalan dengan lancar dannnnnn iza tak pernah give up dalam dunia modeling
iza dah terlalu obses dengan dunia peragaan jadi tiada siapa yang boleh halang melainkan empunya skrip dunia..

semakin menghitung hari(sambil nyanyi lagu kris dayanti!)..ngeh!..
iza nak sambung studyyyyy blogger2 doakan ok! ngeh..!

~entry mau tutup

Saturday, October 15, 2011

Perjalanan hidup semakin terserlah

Views
Assalamualikum..

semakin hari semakin dekat dengan hari peperangan
semakin hari semakin banyak hal yang perlu iza bereskan..
makin tiada masa untuk berehat kerana perjalan hidup semakin hampir
hanya halangan yang perlu iza runtuhkan untuk tiba ke sana

makin banyak yang sedang iza fikirkan
oh! cita-cita iza semakin hampir..
memang betul ata orang kita merancang dan Allah juga merancang tetapi rancangan Allah ialah rancangan yang terbaik..
ketakutan kadang kal membelengku hati iza
ketakutan juga kadang kala buat iza tak betah untuk berdiam diri

oh! masa depan hanya itu satu-satunya impian iza..
keluar dari kehidupan sebegini dan membina kehidupan yang lebih baik..insyallah!
bukan tidak bersyukur tetapi itu adalah impian semuaaa orang termasuk iza.
dan bukan setakakat angan-angan mat jenin mahupun impian tetapi satu kenyataan yang pasti iza akan kecapi..insyallah..
semoga Yang Maha Esa memakbulkan doa iza selama ini...

~entry mau tutup

Thursday, October 13, 2011

Generasi yang kreatif

Views
Assalamualaikum..

entry kali ni iza tak cerita pasal benda yang boleh buat korang bosan dan jemu nak baca..
entry kali ni agak santai dan relax..
sebelum tu iza tahu yang korang mesti pernah dengar lagu NAJWA LATIF (cinta muka buku) rite?
dan ada yang dah lamaaaa khatam..

iza online facebook iza tadi dan terbuka satu video ni dari ENCIK MIMPI..
sangat2 kreatif..kenapa iza berkata begitu?
sebab.....encik mimpi telah memanipulasikan lirik sebenar lagu "cinta muka buku" menjadi "putus di twitter"..
ok! lagu ni sangat-sangat kelakar..tapi mungkin ada individu yang terkena dengan lirik ni..

iza tahu yang ENCIK MIMPI hanya buat sekadar suka-suka..
so tak payah nak membebel panjang-panjang korang dengar dan hayati sendiri lagu yang diputar terbalikkan dari lagu asal..

enjoy!.






~entry mau tutup

Sunday, October 9, 2011

rungsing..debaran..gementar..bingung!

Views
Assalamualaikum..iza tau agak lama tak buka dan tulih entry baru dan hari ini baru "berkesempatan" (klise x ayat iza)..untuk buka dan menaip..
iza terasa laman sosial kepunyaan iza telah "diusik" oleh seseorang yang agak biadap!..(maaf dengan kata2 yg agak kasar ini)..
memang sikap iza kerana tidak menggemari barang kepunyaannya diusik!..

iza sebenarnya dah anggap seseorang ini dah lenyap dari hidup iza tapi seseorang ini still nak mendekati iza...bukan seseorang yang rapat dengan iza bukan juga seseorang yang ingin berkenalan dengan iza tetapi seseorang yang dahulunya "kawan" iza dan sekarang dia seakan-akan "musuh" iza..

kenapa kau hadir lagi?
iza tak pernah nak marah seseorang itu hadir semula tapi BUKAN dalam hidup iza!..
daripada langit cerah sekarang dah jadi gelap-gelita(ayat hiperbola iza keluar!)
tak tahu macam mana nak berhadapan dengan situasi macam ni..
dalam saat2 getir ni la kau nak munculkan diri..agak SENGAL!..

iza sekarang dalam kebingungan..kerungsingan..!
abg long tolong iza!....arghh!....

p/s:maaf jika entry kali ini ada yang terasa tapi iza tulis bukan untuk ANDA...

~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu