Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kahwin muda

Views
Assalamualaikum

Yayy ! Fathira mula menggatal. Suka ni *menari cha cha*. Baiklah sila jangan salah faham aku bukannya menggatal atau apa cuma aku hanya nak berkongsi pendapat mengenai kahwin muda. Ye, aku tahu orang dulu-dulu kalau dah seusia aka dah kahwin dah takpun dah ada anak 2. Hebat !. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain. Hey ! apanya yang lain. Look, married at a young age now is back into trend.Jadi mana yang lainnya? Baiklah seperti yang korang  tahu setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikkan dan keburukkan sama juga dengan berkahwin dalam "usia yang muda."

Aku bagi contoh 



Ye ini Irine nadia marcello. Sila kawal mata anda jangan usha en.suami irine tu lama-lama . :)
Dan aku pun sebenarnya memang gemar lihat majalah yang berkaitan dengan perkahwinan tak kira lah pelamin ke, baju ke dah kata berkaitan dengan perkahwinan jadi itu dah jadi kesukaan aku sejak kecil lagi. Bila tengok majalah atau televisyen yang memaparkan mengenai perkahwinan mulalah hati ni berkobar-kobar nak kahwin. Eh?  tak tak. Masih fokus dengan pelajaran. Haha.
The match will surely come when the proper time, cuma tak tahu lah bila. Ahhh gatalnya aku ni. -.-"
Kalau nak diikutkan keluarga sebelah mama aku semuanya kahwin muda melainkan paklong aku sebab paklong tak nak kahwin konon tak percaya perempuan nasib opah pandai kenen-kenenkan dengan nurse(maklong) yang baik lagi penyayang. Haha. 
Mama? Ye. mama aku pun kahwin dalam usia yang muda. Berapa usianya? seusia aku sekarang. 18tahun. Tiba-tiba terlintas difikiran macam mana kalau aku kahwin pada usia aku 18 tahun. Ahh lingkup. Tak dapat bayangkan. Makcik , maksu aku pun kahwin dalam usia yang muda. 

Memang bila kita kahwin muda kita akan terselamat dari segala perkara negatif tapi yelah kalau umur 18 tahun kahwin lepastu 19tahun dapat anak. Err.. payah jugalah kalau si isteri atau suami tu masih berperwatakan kebudak-budakkan. Tanggungjawab lepas kahwin lagi. Besar woi. Jangan buat main dengan tanggungjawab.Mahu ada yang bercerai tanpa paksa. Nauzubillah.
Kalau ikutkan aku biarlah aku dapat segulung ijazah lepastu dah ada kerja ekonomi dah stabil and that time baru boleh fikir pasal pelamin,mak andam, baju kahwin, hantaran tu semua. Yes ! kegatalan aku mula terserlah. Kalau yang dah standby naik pelamin tu tak kira lah umur berapa lepasan spm ke, lepasan diploma ke atau sesiapa sahaja semoga perkahwinan yang didirikan itu tetap kukuh dan utuh sehingga keakhirnya. Dah rasa macam kena interview dengan wartawan melodi lepastu disuruh beri ucapan sepatah dua kata.Lol. 

P/S: Budak sekolah jangan nak menggatal. Duit topup pun mak yang bagi ada hati nak bercinta. Motif? tidak ketahui.

Bahagia milik kau

Views
Assalamualaikum

 Nota tangan : entries this time special for cik Amalina .

Orang lain tak boleh baca ke? hey ! mestilah bolehhhhhhhh. Tapi entry ni banyak berkaitan amalina lah .Siapa dia? of couse kawan aku .Takkan lah aku nak cerita pasal jiran sebelah rumah aku pulakkan? . Jadi amalina sila baca entry ni sampai noktah yang terakhir. Sekian.

Sejak dua menjak tiga menjak bermenjak-menjak ni aku selalu meluangkan masa yang sentiasa kosong dengan chatting di facebook *selalu ke?* dan orang yang selalu menghabiskan masa dengan aku ialah amalina. Wooo ! hebat. Thanks kawan kerana habiskan masa kau dengan aku selain  en.monster kau. Aku rasa tak perlulah aku print screen segala bukti yang menunjukkan kau selalu bersama aku di ruang chatting kan? Haha. -.-"
Selama kau jadi mak mandir yang rajin berkongsi cerita dengan aku jadi disini aku nak buat satu rumusan yang agak complicated tetapi sweet.
Biasalah perasaan manusia bila si gadis bertemu si teruna pasti akan ada perasaan yang dipanggil "suka" atau "minat" atau panggilan yang lebih mesra "jatuh hati". Aku sebagai manusia tak boleh menidakkan perasaan itu dan aku juga tak boleh marah bila kawan aku dah mula jatuh hati dekat kawan yang istimewa bagi dia. Apa yang boleh aku cakap disini aku hanya mendoakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku dan semoga pilihan yang terbaik itu akan jadi satu nikmat yang dipanggil "kebahagiaan". Insyallah.

Bila mak mandir aku ni bercerita aku hanya tersenyum dan kadangkala ketawa sambil geleng-gelengkan kepala. Tanda aku suka !. Aku tahu amalina taknak kehilangan "kawan" dia lagi tapi entah kenapa aku nak sangat tengok kawan aku iaitu kau amalina  bersama berkongsi perasaan kau dekat si monster kau tu.Aku tak tahulah nak gelarkan ini cinta monyet atau apa tapi yelah perasaankan lagi-lagi perasaan yang boleh buat orang angau sampai datang migrain. Haha
Kadang gurauan itu adalah satu mesej untuk seseorang itu sampaikan apa yang tersurat di dalam hati dia.Kau kena faham apa yang cuba dia sampaikan tu. Jadi lepas ni sila selidik makna monster dan tuan puteri  bagi dia. Haha
Aku dah rasa macam aku buat rumusan untuk novel aku dah ni sebab cerita kau dengan dia mengalahkan novel cinta aku. Haih !
 Happiness will surely come but it's coming we do not know maybe it comes when you're crying or laughing. Aku hanya nak lihat kawan aku sentiasa tersenyum walaupun migrain menyakitkan kepala. Motif? tidak ketahui. Lol -.-

P/S: Do not expect very afraid you will get sick with disappointment


Monday, October 29, 2012

Rindu.Awak.Sangat.Kawan

Views
Assalamualaikum

Hey ! apa khabar semuanyaaaaaa. So how wajah baru? ok tak? ok lah kan *angkat kening*. Entah kenapa hari ni baik hati sangat aku duk usha-usha blog sendiri dan secara tiba-tiba aku rasa macam ada sesuatu yang membuatkan blog aku nampak suram sampaikan tuan empunya blog pun tak sudi nak lihat. Hey ! kalau aku tak sudi orang lain apa lagi ye dak?Aku nak touch up blog aku macam blog blogger-blogger yang femes tu  pun bukannya pandai sangat jadi apa yang mampu jelah aku buat dan kerana  kemampuaan aku itulah terhasilnya blog sebegini rupa. Woooo ! *angkat kolar baju*.

Jujur. Aku rindu kawan kawan kawan kawan dan kawan aku. Semua yang jadi kawan aku, aku rindu  *mengeluh*. Memandangkan aku dah lamaaaaaaaa tak sekolah dan dah lamaaaaaaaa tak memegang gelaran "pelajar sekolah" oleh itu aku amat merindui kawan-kawan aku. Boleh gitu? :D
Hari demi hari aku rasa macam aku berada di dalam dunia aku sendiri tanpa ada mereka yang aku rindui. K sila faham ayat aku. Apa yang cuba aku sampaikan disini ialah aku rasa... *mengeluh lagi* aku semakin jauh dengan kawan yang pernah ketawa sama-sama, kawan yang pernah menangis sama-sama. K tiba-tiba teringat lagu teman pengganti. Ehemm nyanyi sikit..

Ketawa bersama menangis bersama kubersumpah harap kita mati pun bersama..

itu kata malique dan ia itulah yang aku cuba maksudkan cuma part mati bersama tu tak lah. Aku masih nak hidup lama. Insyallah kalau diberi keizinan dari-Nya. Kawan yang sampai sekarang masih berada disisi *Disisi pun bolehhh* aku cuma Aliya, Nur najiha hamidi dengan Nur amalina khairil anuar *haa kau ! nama penuh aku letak* . Mana kawan aku yang lain? mana kawan aku yang banyak banyak banyak tu? mana? Tersentuh jugalah hati ni. Normal kalau aku tersentuh sebab aku ni seorang gadis yang mempunyai hati yang lembut. K tiada kaitan -.-'
Dulu janji bukan main lagi. Janji bagai nak gila,bagai nak mati dan yang seumpama dengannya tapi sekarang? Hampeh ! yang ado !. Aku tak marah. aku bukannya nak suruh 24/7 korang telefon, mesej, tweet,whatsapp, inbox, tulis dekat wall fb . Tak tak suruh pun. Aku cuma nak kawan aku ingat aku itu je. At least nampak aku dekat twitter, facebook tegur lah. Just say "hai" pun dah cukup memadai. Mungkin ada yang kata aku SS *syok sendiri* atau mungkin ada yang mula buat cerita pasal aku untuk diceritakan kepada rakan-rakan sekolah. Terpulang. Tapi hakikatnya memang begitu. Akhirnya aku terpaksa beralah untuk tegur dan bertanya khabar kawan aku sendiri. Sedih.

Mungkinkah kawan aku akan faham apa yang aku alami sekarang? Ahhh aku sedang bergelut dengan perasaan aku sendiri . Emosi. Tension. Like " adakah aku gila?" -.-"
Jadi isi tersurat dan tersirat sudah pun diluahkan harap kau mengerti.
 And last but not least..








P/S: sekarang timeline di twitter dipenuhi dengan #PrimarySchoolMemories  
 ;)
 




Thursday, October 18, 2012

Kini saya kembali. ceritera cinta

Views
Assalamualaikum

Allah. Itu ucapan pertama fathira kerana apa ini kerana fathira rindu sangat pada blog yang dah lama fathira tinggalkan macam tu je. Kalau blog ni bernyawa lama dah fathira peluk cium . Baiklah hiperbola sangat aku nih ! Sebenarnya tak ada cerita sangat nak diceritakan cuma rindu sebab itu fathira kembali. Soalan diajukan sekarang ! Ada yang rindu fathira? mungkin jawapannya tiada, baiklah tidak mengapa soalan kedua ada yang masih ingat pada fathira? mungkin juga jawapannya masih ingat dan mungkin ada yang tak ingat . Tidak mengapa.


Alhamdulillah masa berlalu dengan pantas dan fathira masih diberi kesempatan untuk menjalani hari-hari selanjutnya. Perasaan fathira sekarang hanya Allah yang tahu. Gembira tak terkata. Mengapa? biarkan ia menjadi rahsia . Tak nak heboh bagitahu kenapa dan mengapa cuma fathira ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tumpang gembira atas kegembiraan fathira. Mungkin ini adalah masa untuk fathira bergembira tak tahu esok mahupun lusa hari lain pula yang akan datang yelah kita tak selalu berada diatas.Mungkin fathira jenis yang suka merungut mahukan itu dan ini dan mungkin kadangkala fathira leka dengan kehidupan sekarang. Allah. Undur diri selangkah dan renung semula akan apa yang sudah fathira lakukan. Astagfirullah.

Eh eh eh apa ni sedih-sedih ok ok kembalikan mood ceria . Fathira dah tahu nak bercerita mengenai apa. Jadi tolong dan mohon baca sampai noktah terakhir. Boleh ea gitu? ok biar fathira jawabkan boleh boleh boleh. Lol. -.-
Siapa tahu makna cinta dari segi bahasa ? err.. soalan apakah ini? Fathira tidak begitu arif mengenai cinta cintun ni semua yelah akak ni muda lagi dik oii. Haruslah tak tahu kan ! Tapi apa yang fathira tahu ialah cinta itu perlu dihargai oleh semua orang. Mengapa? baiklah baca ni elok-elok takmo gelojoh ! Kerana cinta itu juga merupakan anugerah dari Allah untuk hambanya. Allahuakhbar. Bukan senang kita nak merasa perasaan sebegini rupa jadi jika cinta itu hadir pada waktu yang sepatutnya hargai dan jagalah ia sebaik mungkin. Apa pula maksud jaga dan hargai cinta sebaik mungkin? Maksudnya begini jika cinta itu hadir hargai dan jaga kerana Allah semata-mata bukan kerana nafsu.
 
Lihat betapa sayangnyaAllah pada kita.Memberi kita kesempatan untuk rasa pelbagai perasaan. Sedih,gembira,gelak,menangis dan sayang. Masyallah.  Mama fathira pernah pesan

"Long kalau kau dah jumpa cinta hati kau, kau kena ingat kau tak boleh pandang orang lain sebab cinta itu untuk seorang bukan untuk dikongsi"

Tersenyum.

"Macam hari jadi juga. Kau buat party jemput kawan-kawan kau mungkin masa tu kau akan dapat banyak hadiah tapi kalau hari jadi tu kau sambut dengan sorang kawan kau akan dapat satu je hadiah"

Tersenyum lagi. Bukan nak kata fathira dah jumpa cinta hati fathira. Mana tahu tup tup dekat melaka nanti jumpa orang lain dah jatuh hati dekat orang lain haaaa tu dah kes naya ye adik-adik sekalian. Haha. Fathira tak suka bercinta dengan kawan sendiri maksudnya kalau fathira kawan dengan dia dah lamaaaaaaa 3,4,5 tahun atau lebih fathira memang akan pandang dia sebagai kawan. Ahhhh sudah cukup sampai disitu sahaja fathira pecahkan rahsia fathira yang dah lama bersemadi dalam diri ini. K hiperbola, asonansi,aliterasi apa pun aku tak tahulah ni melebih pula jadinya, Haha. Jangan pula ada yang salah mengertikan mengenai cinta lagi ok dannnnn  yang tengah belajar seperti akak kau ni jangan lah sibuk menggatal nak bercinta. Peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya. Tapi kalau cinta tu dah hadir nak buat lagu mana kan dengan lafaz bismillah aku terima cintamu. Kbaiiiii ~~~~. Haha. Sila faham ini kes gedik 60 darjah celcius. Behave fathira !. Doa fathira ingatlah daku dalam doamu.Eh eh tak tak bukan lagu tu ni ha yang benar lagi sahih semoga kita mendapat cinta yang diredhai Allah. Aminn. Peringatan juga buat anda yang sedang menikmati keindahan cinta itu jangan menggedik sangat niat itu perlu betul.

P/S: thanks buat evol gembira tak terkata. suka ni suka ni. kbaiiiiiiii



Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu