Followers

Thursday, October 18, 2012

Kini saya kembali. ceritera cinta

Views
Assalamualaikum

Allah. Itu ucapan pertama fathira kerana apa ini kerana fathira rindu sangat pada blog yang dah lama fathira tinggalkan macam tu je. Kalau blog ni bernyawa lama dah fathira peluk cium . Baiklah hiperbola sangat aku nih ! Sebenarnya tak ada cerita sangat nak diceritakan cuma rindu sebab itu fathira kembali. Soalan diajukan sekarang ! Ada yang rindu fathira? mungkin jawapannya tiada, baiklah tidak mengapa soalan kedua ada yang masih ingat pada fathira? mungkin juga jawapannya masih ingat dan mungkin ada yang tak ingat . Tidak mengapa.


Alhamdulillah masa berlalu dengan pantas dan fathira masih diberi kesempatan untuk menjalani hari-hari selanjutnya. Perasaan fathira sekarang hanya Allah yang tahu. Gembira tak terkata. Mengapa? biarkan ia menjadi rahsia . Tak nak heboh bagitahu kenapa dan mengapa cuma fathira ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang tumpang gembira atas kegembiraan fathira. Mungkin ini adalah masa untuk fathira bergembira tak tahu esok mahupun lusa hari lain pula yang akan datang yelah kita tak selalu berada diatas.Mungkin fathira jenis yang suka merungut mahukan itu dan ini dan mungkin kadangkala fathira leka dengan kehidupan sekarang. Allah. Undur diri selangkah dan renung semula akan apa yang sudah fathira lakukan. Astagfirullah.

Eh eh eh apa ni sedih-sedih ok ok kembalikan mood ceria . Fathira dah tahu nak bercerita mengenai apa. Jadi tolong dan mohon baca sampai noktah terakhir. Boleh ea gitu? ok biar fathira jawabkan boleh boleh boleh. Lol. -.-
Siapa tahu makna cinta dari segi bahasa ? err.. soalan apakah ini? Fathira tidak begitu arif mengenai cinta cintun ni semua yelah akak ni muda lagi dik oii. Haruslah tak tahu kan ! Tapi apa yang fathira tahu ialah cinta itu perlu dihargai oleh semua orang. Mengapa? baiklah baca ni elok-elok takmo gelojoh ! Kerana cinta itu juga merupakan anugerah dari Allah untuk hambanya. Allahuakhbar. Bukan senang kita nak merasa perasaan sebegini rupa jadi jika cinta itu hadir pada waktu yang sepatutnya hargai dan jagalah ia sebaik mungkin. Apa pula maksud jaga dan hargai cinta sebaik mungkin? Maksudnya begini jika cinta itu hadir hargai dan jaga kerana Allah semata-mata bukan kerana nafsu.
 
Lihat betapa sayangnyaAllah pada kita.Memberi kita kesempatan untuk rasa pelbagai perasaan. Sedih,gembira,gelak,menangis dan sayang. Masyallah.  Mama fathira pernah pesan

"Long kalau kau dah jumpa cinta hati kau, kau kena ingat kau tak boleh pandang orang lain sebab cinta itu untuk seorang bukan untuk dikongsi"

Tersenyum.

"Macam hari jadi juga. Kau buat party jemput kawan-kawan kau mungkin masa tu kau akan dapat banyak hadiah tapi kalau hari jadi tu kau sambut dengan sorang kawan kau akan dapat satu je hadiah"

Tersenyum lagi. Bukan nak kata fathira dah jumpa cinta hati fathira. Mana tahu tup tup dekat melaka nanti jumpa orang lain dah jatuh hati dekat orang lain haaaa tu dah kes naya ye adik-adik sekalian. Haha. Fathira tak suka bercinta dengan kawan sendiri maksudnya kalau fathira kawan dengan dia dah lamaaaaaaa 3,4,5 tahun atau lebih fathira memang akan pandang dia sebagai kawan. Ahhhh sudah cukup sampai disitu sahaja fathira pecahkan rahsia fathira yang dah lama bersemadi dalam diri ini. K hiperbola, asonansi,aliterasi apa pun aku tak tahulah ni melebih pula jadinya, Haha. Jangan pula ada yang salah mengertikan mengenai cinta lagi ok dannnnn  yang tengah belajar seperti akak kau ni jangan lah sibuk menggatal nak bercinta. Peringatan buat diri sendiri juga sebenarnya. Tapi kalau cinta tu dah hadir nak buat lagu mana kan dengan lafaz bismillah aku terima cintamu. Kbaiiiii ~~~~. Haha. Sila faham ini kes gedik 60 darjah celcius. Behave fathira !. Doa fathira ingatlah daku dalam doamu.Eh eh tak tak bukan lagu tu ni ha yang benar lagi sahih semoga kita mendapat cinta yang diredhai Allah. Aminn. Peringatan juga buat anda yang sedang menikmati keindahan cinta itu jangan menggedik sangat niat itu perlu betul.

P/S: thanks buat evol gembira tak terkata. suka ni suka ni. kbaiiiiiiii



No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu