Followers

Friday, September 28, 2012

Awak comel

Views
Assalamualaikum.

Hye ! kita bertemu lagi. Pertama sekali tajuk di atas dan cerita yang akan fathira sampaikan ini tiada kaitan 100%. Jyeahh !  Jadi terima kasih lah singgah walaupun 2 saat janji dah singgahkan. Lol *tepuk dahi*. Sebenarnya hari ni kita *kita?? like seriously? seriously? bulatkan mata* akan bercerita mengenai panggilan yang biasa digunakan oleh mereka yang bergelar budak-budak zaman sekarang yang berumur 13tahun sehingga 17 tahun dan mungkin mereka yang berumur 18,19 juga ada kaitannya. Wooww ! gempak kan . gempak kan. Sila bangga dengan diri sendiri kerana korang dah pun jadi budak-budak zaman sekarang. K nonsense !

Semua orang pasti mempunyai kawan kan kan kan ? melainkan mereka yang duduk bawah tempurung yang tak tahu isu semasa dan tak tahu apa-apa mengenai kawan tu tak tersenarai. Tiada kaitan. Baiklah, kebiasaannya kalau kita berbual dengan kawan, kita akan menggunakan "aku" dan " kau" betul? Sila jawab betul *baling tembikai*.Kadangkala "saya" dan "awak" . Bukan itu yang fathira nak sampaikan sebenarnya *Baling tembikai *. Sebenarnya fathira tak berapa faham sangat kenapa di hujung, di tengah mahupun di depan perkataan yang diajukan oleh budak-budak zaman sekarang ni pasti akan ada penambahan perkataan. Tak faham? k misalnya begini.

contoh 1: Hye ! doh asal tadi kau tak datang sekolah?
contoh 2: Doh !kau dah baca buku sejarah?
contoh 3: aku bencilah  doh

Nampak perkataan yang telah di-bold-kan yang berwarna hitam pekat melekat tu. Doh singkatan dari bodoh gamaknya. Perlu ke panggil kawan dengan panggilan yang di-short form-kan dan ditambah di depan,tengah dan belakang perkataan? Apa kau ingat kau pandai sangat? k gurau gurau. Bukan tak boleh panggil kawan korang dengan panggilan sebegitu rupa yang mungkin dah sebati dengan korang tapi tak boleh ke ubah dengan panggilan yang sedap telinga mendengar sampai boleh buat orang yang mendengar tersenyum 3cm lebarnya. Bukankah apa yang kita ucapkan itu adalah satu doa? Ok cuba korang bayangkan. Bayangkan. Ye ! bayangkannn. Hari-hari korang jumpa kawan korang tak kisahlah dekat sekolah ke dekat kedai mamak ke atau dekat sebelah rumah sekalipun dah tentu-tentu korang akan tegur kawan korang tu kan? Tegur tu tak salah tapi korang tegur dengan penambahan perkataan yang fathira cakap tadi. Doh tu.Doh ni. Doh doh doh doh . Tak ke bo ohhhh doh kawan korang tu. Memanglah bukan niat korang nak doakan kawan korang jadi bo ohhh doh tapi kalaulah masa korang panggil kawan dengan panggilan sebegitu dan kata-kata korang dah diperkenankan oleh-Nya tak ke kesian kawan korang tu. Tak pasal-pasal jadi budak kurang pintar.

Jadi, marilah kita sama-sama renung-renungkan. Lepas ni perkataan doh tu gantikanlah dengan perkataan yang elok sikit. Misalnya dulu asal nampak kawan je jerit

Hye ! dohhhhh *sambil lambai-lambai tangan dengan senyuman di muka bagai kerang yang telah busuk*

tapi kini bila nampak kawan jerit

Hye ! awakkkkk .


Alololo kan sweet je bunyinya tu. Alaaa takkan dengan makwe/pakwe korang boleh sweet bagai gula-gula kapas tapi dengan kawan yang hari-hari ada disamping korang yang berkongsi susah mahupun senang tak boleh dapat sweet dari korang kan kan kan. Selalunya yang kekonon brutal, bajet cool ni lelaki lah. Eh? Ampun ! ampun jangan baling apa-apa dekat saya tapi secara hakikinya itulah hakikat yang perlu diterima oleh mereka yang bergelar lelaki. Kbai. Lain kali fathira sambung lagi. Lol. Takut kena hentam dengan lelaki. Hahaha.





No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu