Followers

Monday, September 24, 2012

Maaf tersalah

Views
Assalamualaikum


Fathira mempunyai masalah untuk memulakakn ayat. Arghh ! susahnya nak perah otak hanya kerana nak susun starting ayat .Puihh ! Ok tenang tenangggg. Sesungguhnya blog yang serba ungu ini dah lama menyepikan diri dari entry-entry yang baru. Kerana apa? Kerana tuan empunya blog ini yang memang mempunyai sifat MALAS yang semula jadi tanda dipaksa atau terpaksa *merepek sungguh gua !*. Malas untuk update blog, malas untuk karang ayat-ayat yang gramatis serta puitis dan semua yang berkaitan malas itu ada pada diri fathira. kbai . Eh tak tak ! tak habis lagi. Ini baru intronya dik oii. Isi tersirat mahupun isi tersurat tak masuk lagi.

Hahaha ! mengapa fathira rasa diri ini begitu annoying berkuasa qwertyuiop ! baiklah hentikan wahai fathira . tak kelakar pun. Apabila fathira mempunyai masalah untuk memulakan ayat pendahuluan jadi tak peliklah kalau fathira juga mempunyai masalah untuk memulakan ayat untuk menaip isi walaupun hati sedang berkobar-kobar untuk berkongsi cerita dengan anda, anda, anda, anda serta anda hatta tak adalah ramai sangat yang serbu blog ini kan kan kan. Saja propa lebihhh .

Baiklah, entah mengapa fathira terfikir mengenai sifat fathira yang sangat annoying. Rasa macam nak tikam bertubi-tubi je bila ingatkan balik pastu otak terus ligat mencari perkataan dan segera menyusunkan ayat sehingga menjadi satu ayat yang lengkap seperti ini

Asal lah bo oh doh sangat aku ni. Segalnyaaaa lahai !

Nak tahu kenapa? Baiklah fathira akan ceritakan satu demi satu secara detail tanpa menokok tambah cerita yang benar lagi tulus ini. Begini ceritanya ! Dahulu *bayangkan bersama-sama* semasa fathira berada di tingkatan 2 , 3 serta 4 dan 5 fathira memang suka sangat-sangat bermesej-mesej walaupun mesej yang fathira hantar mahupun mereka yang mesej dengan fathira tu tak penting langsung. *arghh ! tak payah nak serius sangat lah fathiraaaa !* . Hahaha. K lah kita terus skip lah cerita ni k *sepak terajang beramai-ramai* . Fathira ni jenis yang bukan nak cakap suka berdendam. Tidak! cuma fathira jenis yang kalau hatiku telah disakiti fathira akan cuba untuk sakitkan hati orang tu balik pastu bila dia dah sakit hati baru mohon maaf sampai menitiskan airmata. Kwajaq kan ? tahu dahhh. Sampai ada satu peringkat tu kiranya ni peringkat yang memang dah disakiti gila-gila-babeng lah. Fathira sakitkan hati orang tu dengan menghantar sms . Alololo sweet beb gua ! nak sakitkan hati orang pun guna khidmat pesanan ringkas tau, lu ada? Hahaha. Ayat yang fathira karang pun puitis je kiranya kalau korang yang dapat sms dari fathira masa tu memang sedap je mata memandang dan senang dihadam oleh akal fikiran.

Misalnya fathira sakit hati dengan seorang mamat ni . Memang sakit hati kuasa asdfghjkl + qwertyuiop lah. Lantas fathira ambil handphone yang tunggu masa untuk baling dekat anjing yang selalu berlegar-legar depan rumah fathira. Menaip dengan penuh emosi sampai mulut pun herot-herot pastu muka bengis umpama En. polis yang mempunyai misai yang telah di-curl .

"Eh, tulah aku pun tak tahu lah kenapa si tettttt ! tu. Nak kata bo oh doh tak pula mungkin sengal tu adalah. ada ke dia tu blablabla pastu blablabla. "

Sent !. wahhh puas sungguh hati ini. dah tak rasa disakiti dah. Ketawa sorang-sorang. Pastu dalam masa 5 minit si menerima sms gila fathira tu balas dengan perasaan yang mungkin telah disakiti atau dah tak berdaya nak teruskan kehidupan lagi angkara mesej fathira *perasaannyaaa*

"Ok. maafkan saya" 

Jadi fathira pun teruskan berlakon kekonon terkejutlah dapat mesej dari dia umpama orang tersalah hantar sms. Eh? eh?

" Eh, alamak sorry sangat. Tak maksud pun nak hantar mesej tu dekat awak. Sorryy sangat sangat sangat ! blablablabla.  "

Weeeee. Annoying kan ! Rasanya kalau dia ada depan fathira lama dah kena baling pisau, kapak, peti sejuk kan.Boooo! Kadang-kadang tanya juga pada diri " adakah aku ini si penjual ikan (selfish)?"  Mungkin jawapannya YA!. Tapi korang kena faham sebenarnya fathira memang tak suka bergaduh. Pernah ke fathira bergaduh? ahh kelakar pula bunyinya. Alaaa apa kata orang tu gaduh-gaduh manja? ahh gitulah gamaknya. Saja je nak puas kan hati yang konon-konon dan bernanah kerana disakiti. Puihh ! Hey ! itu cerita dulu-dulu. Semasa zaman jahilliah ku. Yelah tak matang lagi masa tu. Perangai pun bo oh ngok je. Bila ditanya "sekarang kau buat lagi ke?" .K gelak jap ! wuuu wuuuu *menari seperti berada di hawaii* Wink wink !. Haha. Sekarang akak dah matang dah dik oii. Tersilap hantar sms secara sengaja memang kena tepuk dahi duapuluhlimajuta kali lah gamaknya.


Gambar sekadar hiasan. Wink wink ! . Lol


No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu