Followers

Sunday, September 2, 2012

Legoland Nusajaya

Views
Assalamualaikum

Hello semua ! wahh ramainya yang singgah blog kita terima kasih ye awak awak sekalian *ayat nak popular*  . Sejujurya sekarang battery laptop hanya tinggal 24% iaitu lebih kurag 53minit je lagi laptop ini akan pengsan buat seketika. Normal fathira memang begini  battery dah nak habis baru sibuk fikir nak update blog dengan entry yang baru kata saya !. Baiklah mukadimah cukup sampai di situ.

Hari ni fathira pergi legoland *terasa keanak-anakkan sangat* . Akhirnya setelah sekian lama memujuk abah untuk pergi Legoland hari ni baru terbuka hati abah kita nak pergi sana. Suka nihh ! Sebetulnya Legoland dengan rumah fathira tak ada lah jauh nun di sana hanya 6km sahaja. Dekat tak? dekatkan..
Hari pembukaan legoland adalah pada 15 september ni tapi sekarang pun dah boleh pergi hanya buat annual card dah boleh masuk. Tiket untuk dewasa RM140 tapi tiket untuk kanak-kanak tak ingatlah maklumlah fathira ini sudah bergelar dewasa. K stop it ! tak kelakar pun. Tiket juga boleh dibeli untuk te,poh setahun dengan harga RM240 kiranya kalau beli tiket untuk setahun lagi untung kot. Hari-hari boleh masuk hari-hari boleh main mainan yang ada dekat siti sampai pakcik guard boleh kenal kau sampai nama abah kau pun dia tahu.

Baiklah sebenarnya tadi ramai sangat orang dan kebanyakkannya datang dari singapura jadi kalau nak beratur pun sampai maghrib pun entah dapat entah tak fathira buat annual card. Jadi oleh hal yang demikian fathira hanya mampu berjalan-jalan dan berlegar-legar di sekitar legoland sahaja. Maksud ahkak di outdoor sahaja. Jadilahkan daripada anda yang tak pergi lagi at least saya dah datang dulu *ahhhh ayat bongkak gila nak mati*

BUKTI hadirnya Fathira ke legoland. 

Ahh ! line kuh lambat sangat. jadi ini jelah yang boleh fathira upload. Kbai membawa hati yang luka ewahh

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu