Followers

Friday, September 7, 2012

Hanya kerana GCB

Views
Assalamualaikum

Berlari berkejaran lupakan segala dukaaaa... Dush ! tumbuk muka kiri tumbuk muka kanan. K acting yang bagus . Haha. Err korang faham ke? mesti takkkkkkkk kan? Biasalah penyakit SS *syok sendiri* . Siapa dah makan GCB? Ada yang tak tahu ke apa itu gcb? Haih ! korang ni . Alaaa gcb pun tak tahu alaa yang ada jual hanya di mekdi tu alaaa yang tiap-tiap tahun ada tu alaaaa yang burger dalam ada ayam tu  cer refresh kotak pemikiran tu . Lalalala

Sememangnya fathira adalah penggemar burger. Kau letak lah burger apa pun depan fathira comfirm dan yakin 100% tak sampai 5 minit burger tu tinggal separuh melainkan apabila fathira makan bersama si dia yang disayangi itu harus sopan kunyah pun 5 minit baru telan.K tipu je *baling laptop*. Bila ada iklan mengenai GCB  rasanya fathira adalah orang yang sangat teruja ibarat monyet dapat pisang emas. Memang rasa lepas tengok iklan tu nak start kereta dan suruh mama memandu terus menuju ke mekdi ke tempat drive thru dan pesan dekat ahkak yaang ambil pesanan tu bahawasanya Fathira Haiza  mahu set gcb yang harga RM7 plus plus. Nampak tak semangat aku? berkobar-kobar gilakssss. Oleh hal yang demikian *feel tulis karangan spm.Lama beb gua tak tulis karangan* dua hari lepas iaitu hari rabu bersamaan 5hb Sept. 2012 fathira telah menghantar pesanan ringkas iaitu sms kepada kawan yang berhati mulia. Aaaaa ! rasa nak hempuk laptop bertubi-tubi terhadap diriku ini. Ayat tak nak kalah wei !

Fathira: Zaris, mcd jom !
Zaris: ok. awak set masa pastu hari apa.

Serius rasa nak melompat 360 darjah pastu lompat lagi 360 darjah. Kau tengok sweet tak kawan fathira. Serta merta fathira balas mesej dia

Fathira: K. Jumaat petang
Zaris: ok :D

Dan sejurus kemudian Fathira telah sebarkan mesej berantai tu kepada kawan baik merangkap jantung hati ku. Serius masa tu dalam kotak pemikiran hanya memikirkan

"Aku nak gcb" "aku nak gcb" "aku nak gcb " <--- kau repeat 10 kali

Dan ! hari ni adalah hari yang fathira nanti-nantikan demi gcb kuhhh. Pukul 1.05 terus mesej zaris tanya dia jadi ke tak dengan harapan janganlah dia ubah hati tapi yelah kawan baik  mesti tak nak hampakan perasaan kawan seperti fathira yang dah kempunan tahap air liur lagi 80% akan meleleh tanpa henti kerana nakkan gcb . Tepat pukul 3 petang fathira menantikan kehadiran aliya jantung hatiku . Pukul 3. 10 aliya sampai rumah fathira dan hujan rintik-rintik air bergelora pun turun . Kau boleh bayangkan tak apa yang fathira fikir masa tu? Aaaaaa GCB aku wei !!
 Rasa nak peluk bantal lepas tu menangis guling-guling atas katil. Terus capai handphone mesej zaris tanya macam mana dan jawapannya

"Mak kita kata kalau hujan lebat postpone hari sabtu" 

Waaaa ! tapi tak adalah balas cakap "Aku tak kira aku nak  pergi juga ! kau kena teman aku tak kira tak kira." Fathira masih ada hati dan perasaan yang murni lagi suci dan fathira balas sms zaris dengan kata-kata yang penuh makna iaitu  "ok" . Ringkas kan tapi makna mesej tu ada 1001 makna wei. Aliya adalah penyelamat fathira. Dia lah yang nekad nak ajak zaris pergi mcd pujuk punya pujuk tepat pukul 4 petang fathira dan aliya gerak pergi rumah zaris dengan angin yang kuat dan ribut yang melanda besertakan bunyi "wuuuuuu vuuu" <- *angin*. Sampai rumah zaris, aliya masih pujuk zaris dan fathira hanya diam membisu. Akhirnya *bunyi drum*  zaris nak teman pergi mcd. Serius ! fathira nak lompat 360 darjah depan zaris juga pastu rasa nak dukung zaris pastu lambung-lambung dia.

Tu Burger GCB aku yang punya 

Memang  lepas dapat burger makan dengan penuh perasaan lah kan . Tak toleh kiri kanan hanya nikmati keenakan burger gcb yang disaluti daging ayam besertakan sayur kobis dan sedikit lada hitam dicampurkan dengan sos berperisa cili. Pehh ! nikmat dik oii. Tabiat fathira apabila makan di mcd fathira akan order apple pie memang tu adalah senarai makanan yang boleh dikatakan WAJIBUN GHUNNAH !


Gcb lagi . Hee :D

Balik rumah dengan senyuman yang lebar seperti orang mcd yang berambut kerinting dan berkasut besar berwarna merah tu. 

Nota tapak tangan: Nikmati entry fathira seperti menonton cekerarama.

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu