Followers

Thursday, August 30, 2012

Merdeka Raya

Views
Assalamualaikum

Haiyakkk ! nyah kau dari sini wahai penyakit malas. Ye dah lama juga fathira tinggalkan blog serba ungu ini. Maafkan saya. Sebetul dan sejujurnya entah kenapa fathira rasa malas yang teramat malas sangat nak hupdate belog ni. Nak kata cerita tak ada salah sama sekali sebab cerita yang nak di kongsikan tu ada kalau nak kata waktu tak ada salah juga kerana masa fathira 80% hanya mengadap laptop, hanya mengadap facebook dn hanya mengadap twitter sambil termenung tanpa tujuan . Ahh biasalah tu rasanya kebanyakkan blogger-blogger pun hadapi masalah yang sama walaupun blogger tu femes kalah retis.

Baiklah. Hari ni adalah malam merdeka. Yes ! Malaysia dah merdeka . Sudah 55 tahun. Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab fathira dapat rasa kehangatan malam merdeka. Kalau masa sekolah dulu yang fathira tahu merdeka itu hanya kebebasan . Malaysia dah bebas dari komunis yang zalim lagi kejam dannn bila tiba hari merdeka cikgu akan adakan kelas yang paling kreatif menghias kelas bertemakan hari kemerdekaan . Memori masih belum luput !
Walau fathira tak pernah rasa keperitan hidup pada zaman negara kita Malaysia dijajah oleh komunis tetapi fathira tahu mereka yang berada pada zaman itu pasti akan terasa bila tibanya hari kemerdekaan ini.


Haaaa ! kenapa mood tetiba suram ni. Takmo takmo takmo muram ni fathira ada cerita lain. Cerita raya . Yayyy !! saya suka saya suka *gaya mei mei dalam cerita upin ipin*  Sebenarnya pasal raya ni dah patut ada dah tapi yelah penyakit M dah datang nak buka blog sendiri pun rasa macam lahai nanti-nantilahhhh. Mari lihat gambar yang sempat fathira rakam semasa raya pertama kerana sesungguhnya setiap gambar ada lagu . Wahhh ! Iklan canon gituhh.


Testing testing 1 2 3. 


Gambar goyang sedikit. Tidak mengapa. Ohh ya ! di sini fathira nak bocorkan satu rahsia
yang tak berapa nak rahsia sangat lah sebenarnya. Sebelum tu fathira bersama tok abah fathira. K tok abah fathira ni sebenarnya susah sangat nak tangkap gambar biasalah orang tua tapi entah kenapa pagi syawal lepas balik dari masjid dia terus panggil fathira suruh tangkap gambar dia. Memang masa tu terus amik tanpa sepatah perkataan mahupun ayat pun yang keluar dari bibir mulusku. HAHA


" Tak sedia lagilah naaaa " Marah adik .



Ini HERO saya merangkap abah tercinta. Masa ni abah sempat cakap "Nanti tahun depan entah dapat beraya sama ke tak dengan along. Along dah nak sambung belajar." Aaaaa nak nangis :')




Fathira bersama mama, adik, adik sedara dan makcik :')


 Keluarga besar En. Thani dan Puan Habibah





Ini feeling-feeling model tak berbayar. HAHA


Model tudung Ariani.Akan datang... *tengok langit kira bintang*



No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu