Followers

Wednesday, August 22, 2012

Kemeriahan malam aidilfitri

Views
Assalamualaikum

Selamat Hari Raya . Alhamdulillah dah tiba bulan yang di nanti-nantikan oleh setiap insan setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Ewahhhh *joget zapin* . Maaf lah fathira lama tak update entry yang baru. Ohh kenapa? mengapa? Apa yang dah terjadi? Lahai sebenarnya fathira sibuk al-maklum lah nak rayalah katakan *macam dia sorang je raya kan kan kan* ohh well .

Tahun ni Fathira beraya di kampung halaman di Tapah, Perak. Rancangan sebenar nak balik hari sabtu malam tapi biasalah abah fathira suka sangat buat kejutan habis satu rumah terkejut bersama muka yang cuak dan tidak percaya bercampur gembira di hati *haaa ! kau bayangkanlah sorang-sorang* . Malam jumaat lepas siap fathira bersilat di dapur bersama biskut tat abah terus suruh bersiap sebab nak balik perak. Oh My Jantung ! angkara terkejut segera fathira bersihkan diri, wangi-wangi dan  dengan spontannya adik perempuan fathira datang dari belakang 

Ni malam tak yah nak calit muka kau tu dengan make up tak ada yang nak tengok pun.

Berdesing telingaku ini. Apa motif adik fathira cakap macam tu? ohh motifnya kerana dia cemburu ada kakak yang cantik.Muka ala-ala retis gituhh . *k muntah  beramai-ramai semua*
Haaa ! jom kita mulakan cerita di malam raya. Yang tadi tu hanya mukadimah sahaja ye adiks-adiks, abam dan akaq ku. Mengucap seribusatukali. 

Malam raya fathira agak sibuk dan bukan fathira je boleh di katakan semua orang dalam rumah tu pun sibuk . Memang adat dekat kampung fathira kalau malam raya setiap rumah akan buat doa kesyukuran . Jadi fathira dah dilantik oleh pakcik kesayangan tanpa sengaja dan tanpa dibayar untuk menjadi bibik . K sedih k tolong jangan gelak .  Fathira lah yang sibuk hidangkan makan, sibuk basuh pinggan,sibuk gosok baju raya, Semua fathira. Tengok betapa rajinnya diriku ini. Angkuhnyaaaaaaa *baling tv plasma 70 inci*
Serius masa tu rasa penat ya amat sangat dengan pinggannya bertimbun lepas tu dari petang memang kerja duduk kat dapur je dah rasa macam cinderella sebelum pergi parti diraja dah. Yang pakcik fathira tak habis-habis ketawa je

Bibik, ada orang datang lagi nanti kemaskan ye

Tapi malam tu memang meriah sangat dengan dekat dapurnya riuh dengan makcik-makcik fathira, dekat ruang tamu riuh orang kampung pastu dekat luar rumah sepupu sibuk bakar mercun. Terasa suasana nak raya tu. 

Bersambung....

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu