Followers

Sunday, August 12, 2012

Fathira di dapur-Biskut conflakes

Views

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semuaaaaa !! erk *mulut senget ke kiri mata ke atas dan tangan di atas bahu* . Ok please back to normal fuhhh ~ ~ ~ ~ . Biasa lah mukadimah yang membosankan.HAHA.
Korang dah start buat biskut raya? mungkin ada yang dah dan mungkin ada yang belum mungkin juga ada yang tengah memikirkan nak buat biskut apa lah raya tahun ni dan dan dan mungkin ada yang tengah buat kat dapur tu *wahh macam lah ada yang baca blog aku kat dapur.* Tahun ni fathira tukar menu sikit .Menu apa? ohh semestinya menu biskut raya lah dik oii dah tentu tengah bercakap mengenai biskut raya. Tahun ni fathira buat biskut conflakes. Saja nak buat yang baru. ohh baru ke? HAHA *k tak lawak* .Tahun ni juga mama dah tugaskan bahawasanya fathira haiza kena, mesti, perlu lapor diri untuk buat sendiri biskut raya. Mengapa? kenapa? sebab mama cakap ...

" Along dah besar biar along yang buat."

Ok sila faham makna ayat yang mama fathira cakapkan tu. Maknanya begini ..

"Nanti kahwin senang boleh buat sendiri.Boleh bagi suami tersayang dan mak mertua  makan" 

Ye. begitu lah maknanya. *memandai ye aku ni* . HAHA. Baiklah banyak sangat dah fathira merapu dan merepek tak tentu pasal ni. Mari fathira nak kongsi resepi biskut conflakes.

Bahan-bahan:

2 cawan conflakes ( di pecah-pecahkan )
250gram mentega
250gram tepung gandum
100gram tepung jagung
50gram tepung castard
1 biji telur (kuning sahaja)
200gram gula aising
Manik warna warni  atau ceri(hiasan)
 papercup

Cara membuatnya :

 1. pukul mentega, tepung gandum, tepung castard, kuning telur,gula aising dan tepung jagung sehingga kembang

2. Masukkan conflakes yang telah di pecah-pecahkan

3.Sudukan ke dalam papercup dan hiaskan dengan manik warna-warni atau ceri

4. Bakar dalam 10 minit.

5. Siap. dah boleh rasa sedap tak hasil air tangan korang :D

Senangkan? jadi selamat mencuba .


 

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu