Followers

Friday, August 10, 2012

Fathira? ohh sewel..

Views
Assalamualaikum

Hai hai ! Selamat pagi selamat petang selamat malam selamat subuh semuaaaa. Tak kisah lah korang baca entry ni bila sekalipun fathira doakan selamat untuk korang. Mengapa tajuk hari ni ada nama gua? ada apa dengan sewel? Ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada dan tiada kaitan juga dengan movie man sewel itu. Sebenarnya fathira dah lama nak tulis entry pasal perkara ni tapi asyik ditunda dan ditunda dan ditunda lagi alasannya nak cari idea lagi dan lagi dan lagi padahal idea satu haprak pun tarak dik oii.

Sejak korang mengenali fathira apa yang korang boleh rungkaikan pasal fathira ? *mengenali wa ok bukan mengenali mak jemah atau pun mak bedah* . Tak payah nak rungkaikan sangat lah fathira wohoii. Ok lah fathira bagitahu niat sebenar kenapa fathira tulis entry ini. Jujurnya adalah kerana entry ini fathira taip ikhlas dari lubuk hati yang dalam sedalm dalamnya tiada unsur tipu atau bohong jadi sila percaya. Fathira adalah seorang gadis yang berusia 18 tahun dan dilahirkan di Perak tetapi dibesarkan di Johor Bahru. Fathira juga _____ *isi tempat kosong* . Jap jap apa yang cuba aku merepek ni? ha? ha? . Sorry sorry wa merapu lahh.  Fathira seorang yang pemalu. Ye saya pemalu. Memang seorang yang pemalu. Sangat-sangat malu taaaapi *perkataan tapi tu yang suspen* jika korang kenal siapa itu fathira dan berjaya mengorek separuh rahsia mengenai diri ini korang akan sedar yang fathira sebenarnya bukan lah seorang yang pemalu mungkin seorang pendiam. Wahhhh ! pendiam beb . Dan korang akan sedar yang fathira sebenarnya seorang gadis yang agak tin tong *bukan ayu ting ting* dan kadang kala sewel bukan juga sengal.

Kenapa begitu? Ohh itu lah diri fathira . Maaf ye Fathira haiza yang mempunyai nama yang indah lagi cantik ini tidak pandai hipokrit dan tak pernah tahu apa makna hipokrit itu. Ohhh tidak tidak fathira tahu makna hipokrit tu, itu pun masa tingkatan satu baru tahu angkara kawan-kawan disekeliling yang bagitahu. Terima kasih kawan :D
Fathira ini jenis yang suka berkawan tapi dalam diam fathira akan menilai orang tu *bocor rahsiaku* tapi chill lah fathira tak suka gaduh-gaduh dan sound orang  sesuka hati. Kadang kala fathira akan bercakap ikut suka hati, limpa, perut, usus kecil, usus besar dia je tanpa pedulikan orang lain. Eh tak tak! niat sebenarnya nak kasi orang gelak tu je. Maaf kalau taktik wa tak jadi *Lari sambil menangis bersama hujan lebat yang membasahi tubuh*. Jadi sudikah...... sudikah..ermm sudikah jika  *bunyi jantung dupdapdupdap*  Sudikah jika korang jadi kawan Fathira? Haaa sudi? *Lompat 360 darjah* macehhhh :D
kbai.  Apa lagi nak taip? itu je kot. Jangan segan-segan nak tegur fathira dan jangan takut fathira akan layan je kalau korang tegur fathira dengan terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.Kbai



P/S: Terasa macam aku buat karangan tajuk DIRI SAYA masa darjah satu dulu.


No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu