Followers

Thursday, August 9, 2012

Memori Sesuci Lebaran

Views
Asalamualaikum

Yayyy !! Dah nak raya wohoii. Dah seminggu ni kebanyakkannya tweet fathira berkisahkan pasal raya je kalau tak percaya tengoklah sendiri kat twitter fathira *Terujakan fathira* . Eh haruslahkan sebab tahun lepas kena quarantine, raya pun 2 hari je pastu duduk rumah mengadap buku sambil makan rempeyek, biskut tart dan biskut makmur bersama air coca cola ohh sungguh tragis *mari nangis beramai-ramai*. Ok back to the topic ! Mari fokus semuaaaaa... Semalam masa tengah berbuka puasa dengan keluarga mama sibuk tanya dengan abah bila nak balik kampung jadi dengan tiba-tibanya otak ni ligat memutarkan semua kenangan fathira.

Kalau dulu masa fathira kecik-kecik  maksu fathira tinggal dengan fathira jadi kalau dua minggu nak raya macam tu  mak fathira maksu fathira dan juga fathira akan duduk berkempen kat dapur buat biskut raya sama-sama. Seronok wohoii !! biskut yang WAJIB buat ialah tart nanas, almond london dengan biskut makmur.Sebab apa wajib?  sebab mama meniaga biskut raya tapi tahun ni mama malas nak meniaga jadi jangan order ok Biskut tu semua favourite akak tau adik. HAHA. Bila buat biskut ramai-ramai *tak adalah ramai sangat* best sangat sebab sambil buat biskut sambil bergosip dengan mama dengan maksu kalau makcik fathira join sekali lagi lahh meriah jemah oiii.

Selalunya kalau nak dekat-dekat raya kalau kat kampung pakcik fathira akan bawa stok mercun satu bonet kereta. Haaa !! semua mercun yang power gila nak mati ada dan yang akan main semua mercun tu paklong,pakcik dan paksu fathira lah. Dia orang lah yang akan pulun habis mercun tu dan anak-anak buah sekalian akan jadi penonton sambil sorak "yeahhh" "wohoooo" *tepuk tangan*. Eh anak-anak buah pun dapat juga main tapi hanya main bunga api jelah kalau mercun tak ada yang berani  dan tak adaa siapa yang akan izinkan main.Pastu maksu akan pasang pelita keliling rumah . Cantik !. Pagi-pagi cari minyak tanah pastu malam pasang pelita memang dapat rasa suasana nak raya tu. Itu baru seminggu nak raya kalau malam raya memang masing-masing sibuk terutama mak-mak lah pasal apa? pasal semua sibuk masak untuk keesokkan harinya.  Makanan yang wajib ada di pagi raya rendang tok, lontong, ketupat dan nasi impit tapi selalunya abah akan suruh mama masak masakan johor juga ye lah opah yang kat perak tu pun nak juga merasa makanan orang johor kan.

Fathira ni jenis yang cepat tersentuh jadi kalau pagi raya lepas kaum adam solat sunat aidilfitri keluarga maklong, keluarga makcik, keluarga fathira dan keluarga maksu akan berkumpul ramai-ramai untuk sesi bersalam-salaman dan bermaafan.Bila tiba je giliran fathira nak mohon maaf dengan tiba-tibanya mood sebak bercampur baur akan datang jenuhlahh akakkk ni takung air mata supaya tak mengalir di pipi yang dah sedia ada make up di wajah. Lepas dah bermaafan wajib jugalah sesi bergambar. Ohh ye keluarga sebelah mama memang akan pakai baju raya ikut tema warna macam tahun lepas tema baju raya fathira warna coklat kekuningan tahun ni memandangkan maklong travel pergi vietnam jadi maklong dah bagi tahu awal-awal yang dia akan belikan baju raya untuk keluarga fathira dan keluarga dia sekali lah. Mengikut kata maklong baju raya keluarga fathira tahun ni warna kelabu tapi tema keluarga maklong tak tahu lah. Ok siap sesi bergambar tibalah sesi berkunjung ke rumah sedara mara

Kalau dah berkunjung memang lupa jalan balik lah kan . Sampai ke malam masih berkunjung rumah sedara lagi. Kata pun raya aidilfitri  jadi dari tapah ke ipoh sampai ke manjung balik semula ke tapah. Budak-budak suka lah sebab dapat duit raya kan kan kan *budak-budak tu termasuklah budak ni yang menyusun ayat ni* . Budak kah?? haha. Bercakap mengenai duit raya pula, adik lelaki fathira yang bawah adik nombor dua bukan yang bongsu tau. Eh korang faham tak ni?  Haha. Adik lelaki fathira suka kumpul duit raya paling banyak jadi kalau duit raya siapa yang banyak dia lah yang menang. Lahai sifat budak-budak tu semua akakk tak layan dik oii. Sepupu fathira pun jenis yang ligat beraya rumah orang entah rumah makcik mana pun dia tak kenal yang dia tahu beri salam pastu masuk rumah makcik tu pastu duduk pastu minum air pastu makcik tu bagi duit pastu terus nak balik pastu keluar rumah makcik tu terus buka sampul duit raya pastu buang sampul duit raya depan rumah makcik tu tapi duit ambil. Kurang ajar bukan?? Ohh tak tak adik-adik fathira tak buat part buang sampul duit raya depan rumah makcik tu paling-paling pun dia buang sampul duit raya tu depan rumah opah sendiri.

Ehh hampir terlupa nak kongsi cerita pasal kad raya. Masa sekolah rendah dulu koperasi sekolah akan jual kad raya jadi bila tiba waktu rehat ramailahh pelajar akan berpusu-pusu ke koperasi sekolah untuk beli kad raya habis waktu rehat dalam kelas tulis kad raya pastu pas kat kawan yang duduk sebelah, depan, belakang,kiri dan kanan pastu kawan pula balas kad raya yang dah kita bagi. Seronok ok masa tu. Masa sekolah menengah pun sama juga tapi tak adalah ligat macam sekolah rendah tapi sekarang ada lagi ke orang bagi kad raya memandangkan dunia semakin pesat membangun dan teknologi semakin hari semakin banyak yang baru bagai cendawan tumbuh *Waahhh BM akakk A+  gituhh* Paling rindu part nak dapat kad raya kat kawan kat keluarga maklong makcik maksu lah. Bagilah fathira kad raya. Tolonglah bagi. Tolonglahhhhhh !! . *Ini semua propa semata-mata*. 
Panjang lebar pula entry kali ni ok lah faham korang bosan dah baca kan ok ok fathira henti sampai di sini je lah . Last not least fathira ucapkan " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI BUAT SAHABAT DAN SAUDARA MARA YANG DEKAT MAHUPUN YANG JAUH"  *dah rasa macam dekat perantauan pula*. Ok ok stop fathira !.

P/S: Raya jemput datang rumah :D

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu