Followers

Tuesday, October 30, 2012

Kahwin muda

Views
Assalamualaikum

Yayy ! Fathira mula menggatal. Suka ni *menari cha cha*. Baiklah sila jangan salah faham aku bukannya menggatal atau apa cuma aku hanya nak berkongsi pendapat mengenai kahwin muda. Ye, aku tahu orang dulu-dulu kalau dah seusia aka dah kahwin dah takpun dah ada anak 2. Hebat !. Itu dulu. Dulu lain sekarang lain. Hey ! apanya yang lain. Look, married at a young age now is back into trend.Jadi mana yang lainnya? Baiklah seperti yang korang  tahu setiap apa yang berlaku pasti ada kebaikkan dan keburukkan sama juga dengan berkahwin dalam "usia yang muda."

Aku bagi contoh 



Ye ini Irine nadia marcello. Sila kawal mata anda jangan usha en.suami irine tu lama-lama . :)
Dan aku pun sebenarnya memang gemar lihat majalah yang berkaitan dengan perkahwinan tak kira lah pelamin ke, baju ke dah kata berkaitan dengan perkahwinan jadi itu dah jadi kesukaan aku sejak kecil lagi. Bila tengok majalah atau televisyen yang memaparkan mengenai perkahwinan mulalah hati ni berkobar-kobar nak kahwin. Eh?  tak tak. Masih fokus dengan pelajaran. Haha.
The match will surely come when the proper time, cuma tak tahu lah bila. Ahhh gatalnya aku ni. -.-"
Kalau nak diikutkan keluarga sebelah mama aku semuanya kahwin muda melainkan paklong aku sebab paklong tak nak kahwin konon tak percaya perempuan nasib opah pandai kenen-kenenkan dengan nurse(maklong) yang baik lagi penyayang. Haha. 
Mama? Ye. mama aku pun kahwin dalam usia yang muda. Berapa usianya? seusia aku sekarang. 18tahun. Tiba-tiba terlintas difikiran macam mana kalau aku kahwin pada usia aku 18 tahun. Ahh lingkup. Tak dapat bayangkan. Makcik , maksu aku pun kahwin dalam usia yang muda. 

Memang bila kita kahwin muda kita akan terselamat dari segala perkara negatif tapi yelah kalau umur 18 tahun kahwin lepastu 19tahun dapat anak. Err.. payah jugalah kalau si isteri atau suami tu masih berperwatakan kebudak-budakkan. Tanggungjawab lepas kahwin lagi. Besar woi. Jangan buat main dengan tanggungjawab.Mahu ada yang bercerai tanpa paksa. Nauzubillah.
Kalau ikutkan aku biarlah aku dapat segulung ijazah lepastu dah ada kerja ekonomi dah stabil and that time baru boleh fikir pasal pelamin,mak andam, baju kahwin, hantaran tu semua. Yes ! kegatalan aku mula terserlah. Kalau yang dah standby naik pelamin tu tak kira lah umur berapa lepasan spm ke, lepasan diploma ke atau sesiapa sahaja semoga perkahwinan yang didirikan itu tetap kukuh dan utuh sehingga keakhirnya. Dah rasa macam kena interview dengan wartawan melodi lepastu disuruh beri ucapan sepatah dua kata.Lol. 

P/S: Budak sekolah jangan nak menggatal. Duit topup pun mak yang bagi ada hati nak bercinta. Motif? tidak ketahui.

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu