Followers

Friday, March 16, 2012

Setiap umat ada ujian

Views
Assalamualaikum

Ligat hari ni iza menulis satu entry ke satu entry. Alhamdulillah ! idea mencurah-curah ada je yang iza nak sampaikan walaupun iza tahu yang datang membaca bukan lah beratus-ratus mahupun beribu-ribu. tak apa :)

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).


Allah pasti ada rancangan untuk hambanya kalau tidak kita sebagai makhluk Allah tak akan ada kerja yang akan kita buat. Setiap hari pasti ada sahaja ujian datang dari Allah untuk kita tidak kira ujian itu berat mahupun ringan.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Yang pasti ujian dari Allah itu bersebab, Antara sebabnya Allah nak hambanya bersabar dalam menjalani ujian dari-Nya. Selain tu, Allah juga nak bagi hambanya yang hadapi ujian dari-Nya itu beroleh pahala. Masyallah ! Allah itu Maha penyayangkan.


Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.



Betul lah kata orang dahulu bahawa hidup ni umpama roda yang sedang ligat berputar kadang kita diatas kadang kita dibawah. Ujian ni bukannya untuk mereka yang hidup mewah tetapi ada juga ujian untuk mereka yang hidup agak susah. Ujian dari Allah untuk mereka yang senang yang hidup mewah adalah kerana Allah inginkan mereka ini sentiasa ingat pada-Nya. Macam iza juga lah. tipulah kalau ada yang cakap selama mana dia hidup tak pernah ditimpa masalah. Allah itu Maha bijak. Sedar tak kita bahawa setiap hari Allah telah mengaturkan keindahan hidup untuk kita.Kerja sebagai seorang hamba Allah senang je tak lah terlalu rumit. kenapa ? sebab korang hanya perlu berfikir kehadapan pasang matlamat dan matlamat kerana Allah S.W.T jika korang ada matlamat jangan pula berkhayal,bermimpi mahupun berangan bahawa matlamat korang tu akan datang dengan sendirinya. Kalau lah ada matlamat yang hadir dengan sendirinya iza yakin mesti kita semua tak akan berusaha bersungguh-sungguh. Setelah berusaha barulah kita serahkan usaha kita itu pada Yang Esa kerana Dia je yang boleh luluskan matlamat kita

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Thalaaq; ayat 3)

Walau besar mana pun ujian yang akan,bakal,sedang kita hadapi jangan kita salahkan takdir Allah.Ujian dari Allah adalah kerana Qada' dan Qadar Allah.Dekatkan diri dengan Allah mohon ampun kepada-Nya. mungkin ujian itu satu pembalasan atas kelekaaan kita sebagai hamba-Nya.Semoga ujian itu boleh mematangkan kita dan boleh menjadikan kita sebagai hamba Allah yang soleh dan solehah. insyallah :D

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim; ayat 7)


~entry mau tutup

1 comment:

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu