Followers

Tuesday, March 13, 2012

Keputusan SPM

Views
Assalamualaikum

Sejak kebelakangan ni iza semakin hari semakin seram sebab dalam fikiran ni dah set pasal result ! result ! . ya Allah ! Allah je tahu macam mana iza rasa sekarang. Sangat takut ! mungkin ini satu permulaan untuk iza dan korang yang akan ambil keputusan tu untuk melangkah ke alam Universiti, Matrikulasi, tingkatan 6, politeknik atau kolej . mungkin . insyallah .Tapi ini juga adalah pengakhiran sebab lepas ni dah tak ada exam kat sekolah dah ! melainkan ada yang nak mengulang. tapi ada ke yang nak ulang ? sanggup ke nak ulang ? Nauzubillah.



Sebelum ni pun dah heboh pasal result keluar pada 22/3/2012 dan semua pun dah maklum dengan tarikh tu tapi cuba korang tengok yang kat atas tuuuu *mulut muncung* tarikh Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia pada 21/3/2012 means hari rabu lah. Makin bertambah takut lah iza dibuatnya walaupun awal sehari. Siap sedia mental fizikal semua untuk hadapi ini. Iza risau sebab subjek yang iza tak pernah past mean masa sekolah tak pernah dapat A pun. apa subjek tu ? oh ! semestinya Akaun. Mungkin ada yang rasa akaun senang . Ye! memang senang sebenarnya tapi disebabkan banyak sangat fomula nak kena hafal that why iza cuak bila cakap pasal Akaun dannnnnn Addmath. harap sangat Addmath kalau dapat B+ pun jadi lah.


Disebabkan iza cuak punya pasal hari tu pergi Popular dengan cousin iza . Niat kat hati nak cari buku PMR lah . eh ! choii !! bukan untuk iza OfCause untuk sepupu iza tu then sementara tunggu maklong iza masuk Tesco nak beli barang dapur iza pergi tengok buku past year question tengok jawapan Akaun dalam hati oh ! macam ni . selak lagi oh ! macam ni tapi x tau lah betul ke tak jawapan yang iza buat harap betul la . ha ! lagi satu yang buat iza lagi lagi dannnnnn lagi cuak bila makcik sedara iza penanda kertas Akaun tahun lepas dia cakap setakat yang dia tanda tu paling tinggi markahnya 90. Ha ! kau... terkedu iza.
Apa-apa pun nanti tengok lah time ambil result nanti ye. kalau result iza ok iza update entry kalau tak ok iza menyepikan diri. hahaha !! tapi korang tolong lah doakan untuk iza ye dan iza pun akan doa kn untuk korang yang akan ambil keputusan dan bakal hadapi peperiksaan Good luck !! hee :D

~entry mau tutup

1 comment:

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu