Followers

Saturday, May 5, 2012

Doakan saya

Views

Assalamualaikum

Iza sedang dalam ketakutan dan kerisauan. Kenapa? Sebab keputusan UPU hampir keluar dan insyallah keputusan keluar pada 7 Mei ini. Tak tahu nak gambar kan perasaan iza bila fikir pasal nak sambung belajar ni yelah baru pertama kali kan.Macam-macam benda bermain di fikiran iza.Keputusan matrikulasi dengan tingkatan 6 dah pun keluar minggu lepas tapi iza tak dapat tempat di matrik dan alhamdulillah rezeki iza di tingkatan 6. Masalah sekarang ialah iza nak tunggu keputusan dari upu dulu dan kalau lah tak ada rezeki nak pergi sambung belajar di Universiti terpaksalah iza daftar ke tingkatan 6  atau pergi ke IPTS.


Harapan keluarga semestinya nak iza pergi IPTA dan iza pun harap perkara yang sama. Sebelum keluar keputusan dari upu ni biasalah IPTS sedang giat penawarkan tempat belajar mereka. Kadang-kadang ada yang telefon bagi info-info menarik tentang tempat mereka sampaikan tak sampai hati nak tolak tawaran dia orang. Tak ada niat pun nak cakap tempat dia orang tu tak bagus tapi memang semua orang nak masuk IPTA berbanding IPTS kan?. Salah sebab tawaran mereka di tolak ialah kos pembelajaran di sana terlalu mahal dan Iza rasa Iza tak layak masuk sana.


Antara tawaran dari IPTS untuk iza.



Walaupun ada tempat yang abah iza bagi pergi macam Kolej Universiti Islam Melaka tapi keputusan UPU perlu iza utamakan. Korang yang sedang tunggu keputusan upu macam iza. Iza doakan semoga korang juga akan dapat tempat di IPTA. Korang doakan lah kejayaan iza ye. terima kasih :D
Antara sebab lain juga kenapa iza nak pilih IPTA adalah kerana memang impian iza nak sambung di sana.
harap sangat isnin ni adalah hari iza. hari yang  boleh buat mama dengan abah iza tersenyum lagi. Oh ye iza ni ada satu masalah yang memang dari dulu iza tak boleh nak elak. Iza ni suka fikir negatif berbanding positif  :'(
macam sekarang ni iza fikir

Ramai sangat orang yang pandai sekarang tahun lepas je ramai dapat straight A tapi aku? dapat ke aku masuk IPTA ni



korang tolong doakan iza ye. doakan keputusan upu menyebelahi iza. doakan iza dapat pergi IPTA . doakan iza berjaya. doakan iza. doakan iza ye korang. iza terlalu risau :"(

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu