Followers

Thursday, May 10, 2012

Pra-Universiti

Views
Assalamualaikum



Hai saya Fathira Haiza binti Mohd Fadzli. Saya  sedang melanjutkan pelajaran di pra-universiti dalam bidang kemanusiaan. saya..... *Oh please stop it*
ayat kalah budak pra sekolah. hahahha *apa yang kelakar? apa yang kelakar?*  bOOoooo pada diri sendiri.
Ok ok serius *ehem..muka tegang* :P
bermula pada 8Mei hari tu iza dah daftar ke tingkatan 6 dan alhamdulillah semua berjalan lancar walaupun pada awalnya agak kelam-kabut sikit. Pukul 8.30 pagi Aliya kawan terlampau baik iza dah tercegat depan pintu tunggu Iza yang ala-ala mak datin yang sedang bersiap. Kesian Aliya terpaksa tunggu dan untung juga  buat iza sebab dapat kawan yang penyabar la sangattttt. Lepas Iza siap kita orang pergi rumah kawan  Syahirah namanya *betul ke aku eja nama kau ni?* hahaha then pergi sekolah sama-sama dengan hati yang terpaksa sama-sama.



Serius time tu hanya diri iza je yang pergi jasad tinggal kat rumah dan fikiran melayang ke Universiti. Oh sangat tragis :'(
Sampai-sampai sekolah pengawas dah tunggu depan pagar. Kaki baru nak melangkah masuk ke sekolah tiba-tiba kita orang ditahan dan dengan selamba badak pengawas hulurkan kertas.

"Ha apa?? RM120? "

Reaksi pertama Iza dan kawan-kawan yang lain buat muka ala-ala baru seminit putus cinta.

"Wei korang bawa duit? " 
"Tak. langsung tak tahu menahu pun"
"hampehhhh" *tepuk dahi*

Seorang kawan iza berjalan jumpa pengawas dan bertanya

"Ni kena bayar penuh ke?"
"Ye. tak ada duit tak boleh masuk. Pergi balik amik duit dah ada datang balik"

Ok nasib Iza hari tu ala-ala gadis melayu yang baru menang award kalau tak lama dah kasut aku masuk kat mulut pengawas tu. Dah la tak inform apa-apa pastu selamba je suruh balik. Terlalu bingung masa tu lalu iza telefon mama ngadu semuanya lepas tu telefon abah dan tak sampai 30minit abah datang bawa duit. Kesian abah time tu dah la pejabat jauh sanggup datang sekolah Iza semata-mata RM120. Masuk sekolah terus daftar. Ingat lepas daftar nak balik sebab hati pun dah panas dah la Iza tak rela masuk tingkatan 6 yang sekarang semua budak sekolah tu panggil Pra-U. Dengan kaki yang lemah-longlai dengan muka ala-ala nak kena penyepak laju-laju Iza dan kawan merangkap GENG iza menuju ke dewan sekolah baru kita orang. Dengar lah  ceramah mengenai tingkatan 6. ceramah serba sedikit tentang Pra-Universiti dan serba sedikit mengenai sistem pembelajaran yang baru.Habis semua kena psiko dengan cikgu. Daripada yang nak keluar sangat sekolah nak sangat tunggu intake kedua upu terus jadi dilema sama ada nak pergi Upu atau pra-U.



Dan hari ni adalah hari ke 3 iza di sekolah sebagai pelajar pra-u dan juga masih didalam minggu Orientasi.Oh ye iza juga dah mula jatuh cinta dekat pra-u ni. ALAMAK masih didalam dilema. hahaha. Ahhh dekat mana pun iza belajar harapan iza tetap sama iaitu nak berjaya dan nak jadi pendidik satu hari nanti. Insyallah :)

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu