Followers

Wednesday, May 2, 2012

Kerdilnya aku

Views
Assalamualaikum

Ya Allah sungguh banyak halangan untuk aku dekat dengan-Mu. Ya Allah aku mahu sentiasa disisi-Mu sentiasa mengingati-Mu walaupun sedetik sesaat mahupun seminit. Terasa diri ni sungguh kerdil bila aku menghadapmu Ya Allah. Aku bukan seorang yang hipokrit ini adalah perasaan yang aku rasakan sekarang. Semakin hampir semakin banyak anasir-anasir jahat yang mengganggu fikiranku. Aku cuba belajar dari kesilapan.Aku cuba lupakan apa yang dah aku buat dulu kerana terlalu banyak dosa yang telah aku lakukan. Layakkah aku ditempatkan di Syurga-Mu ?



Kadang-kala aku berfikir adakah aku hamba-Mu yang sentiasa taat dengan perintah-Mu dan jawapan yang pasti aku telah langgar/ingkari janji aku terhadap-Mu Ya Allah walhal sebelum jasad ditiupkan ditubuhku aku dah berjanji bahawa aku akan turuti segala perintah-Mu dan tinggalkan segala larangan-Mu.Selama ini terlalu banyak dosa yang dah aku buat. Sekarang adakah Kau akan terima segala amalanku? Ya aku tahu Allah Maha Pemaaf. Dia(Allah) Maha segalanya. Aku impikan syuga-Mu aku mahu melihat Syurga Firdaus-Mu tempat dimana semua orang impikan selama ini.



Aku tahu aku hanya seorang perantau di atas muka bumi ini dimana tempat yang sementara untukku dan aku tahu aku akan kembali pada tempat yang kekal abadi disana suatu hari nanti.Ya Allah apa yang aku mahukan ialah ampunkanlah segala dosa hamba-Mu ini dan tetapkanlah pendirian serta imanku ini Ya Allah.
Aku rindukan-Mu terlalu rindu..


tiada kaitan dengan tajuk hanya sebagai hiasan

~entry mau tutup

1 comment:

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu