Followers

Friday, March 16, 2012

Setiap umat ada ujian

Views
Assalamualaikum

Ligat hari ni iza menulis satu entry ke satu entry. Alhamdulillah ! idea mencurah-curah ada je yang iza nak sampaikan walaupun iza tahu yang datang membaca bukan lah beratus-ratus mahupun beribu-ribu. tak apa :)

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3).


Allah pasti ada rancangan untuk hambanya kalau tidak kita sebagai makhluk Allah tak akan ada kerja yang akan kita buat. Setiap hari pasti ada sahaja ujian datang dari Allah untuk kita tidak kira ujian itu berat mahupun ringan.

Diriwayatkan daripada Kaab bin Iyadh r.a katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap umat itu ada ujiannya dan ujian umatku adalah harta kekayaan. " (Hadis riwayat Imam Tirmizi).


Yang pasti ujian dari Allah itu bersebab, Antara sebabnya Allah nak hambanya bersabar dalam menjalani ujian dari-Nya. Selain tu, Allah juga nak bagi hambanya yang hadapi ujian dari-Nya itu beroleh pahala. Masyallah ! Allah itu Maha penyayangkan.


Allah s.w.t menjadikan harta sebagai perhiasan kehidupan dunia dan menjadikan fitrah kejadian manusia lebih cenderung kepada harta dan suka mengumpul harta, oleh yang demikian umat Islam hendaklah berhati-hati di dalam mengumpulkan harta di mana dia hendaklah mengumpulkan harta yang halal dan menjauhkan diri dari mengumpulkan harta yang haram.



Betul lah kata orang dahulu bahawa hidup ni umpama roda yang sedang ligat berputar kadang kita diatas kadang kita dibawah. Ujian ni bukannya untuk mereka yang hidup mewah tetapi ada juga ujian untuk mereka yang hidup agak susah. Ujian dari Allah untuk mereka yang senang yang hidup mewah adalah kerana Allah inginkan mereka ini sentiasa ingat pada-Nya. Macam iza juga lah. tipulah kalau ada yang cakap selama mana dia hidup tak pernah ditimpa masalah. Allah itu Maha bijak. Sedar tak kita bahawa setiap hari Allah telah mengaturkan keindahan hidup untuk kita.Kerja sebagai seorang hamba Allah senang je tak lah terlalu rumit. kenapa ? sebab korang hanya perlu berfikir kehadapan pasang matlamat dan matlamat kerana Allah S.W.T jika korang ada matlamat jangan pula berkhayal,bermimpi mahupun berangan bahawa matlamat korang tu akan datang dengan sendirinya. Kalau lah ada matlamat yang hadir dengan sendirinya iza yakin mesti kita semua tak akan berusaha bersungguh-sungguh. Setelah berusaha barulah kita serahkan usaha kita itu pada Yang Esa kerana Dia je yang boleh luluskan matlamat kita

“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (Surah At-Thalaaq; ayat 3)

Walau besar mana pun ujian yang akan,bakal,sedang kita hadapi jangan kita salahkan takdir Allah.Ujian dari Allah adalah kerana Qada' dan Qadar Allah.Dekatkan diri dengan Allah mohon ampun kepada-Nya. mungkin ujian itu satu pembalasan atas kelekaaan kita sebagai hamba-Nya.Semoga ujian itu boleh mematangkan kita dan boleh menjadikan kita sebagai hamba Allah yang soleh dan solehah. insyallah :D

“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (Surah Ibrahim; ayat 7)


~entry mau tutup

Thursday, March 15, 2012

Selamat pengantin baru

Views
Assalamualaikum

Memandangkan sekarang masih dalam mood cuti sekolah jadi mesti ramai yang akan mendirikan rumah tangga kan. oh ! semestinya entry ini untuk mereka yang ingin berkahwin tapi yang penting bukan iza lah ye sebab iza muda lagi result spm pun tak dapat lagi. haha ! Islam menggalakkan perkahwinan tu untuk mengelakkan diri daripada berlakunya zina dan sumbang mahram . Perkahwinan itu pun bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main sebab ia adalah satu tanggungjawab yang besar sebenarnya tak kira lah yang bakal bergelar suami mahupun isteri

“Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan, samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.” Surah Yaa Sin : Ayat 36

Allah itu Maha adil kan ? Allah lagi bijak dari kita kalau tak kenapa dia cipta setiap manusia mahupun mahkluknya itu ada pasangan masing-masing.Allah juga telah tetapkan bahawa dalam islam juga ada ciri-ciri seorang pasangan yang boleh memabawa kebahagian.
  1. Agama
  2. pangkat/darjat
  3. kemewahan
  4. kecantikan
Seelok-eloknya pilihlah yang mempunyai agama justeru anda akan memiliki keempat-empat ciri itu. insyallah ! siapa yang tak nak isteri dia cantik betul tak ? ok ! cantik itu subjektif . samalah juga macam perempuan siapa tak nak suami yang kacak, bergaya. Pangkat dan kemewahan juga adalah suatu benda yang memang semua orang nak tapi itu semua tak boleh bawa ke liang lahad. kalau bagi iza suami yang kaya, kacak pun iza nak . hahaha ! tapi yang penting agamanya lah.

“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur : ayat 32-3


Normal lah dikalangan kita yang bila cakap pasal kahwin mesti nak buat yang mewah,yang lain dari pasangan lain. ok ! itu boleh dan persandingan itu perlu diadakan supaya pasangan yang sudah menikah itu telah diketahui oleh orang lain bahawa pasangan itu sudah pun berkahwin dan tidak ada timbul fitnah yang tidak berasas.Tapi kita juga perlu ingat membazir itu amalan syaitan jadi bagi mereka yang nak buat majlis perkahwinan yang mewah2 fikirlah semula bahawa apa yang anda inginkan itu tidakkah akan mendatangkan pembaziran kelak ? Bila kita dah mendirikan rumah tangga mungkin duit itu akan jadi benda yang penting untuk meyara kehidupan pasangan tu sebab itulah pembaziran itu tidak digalakkan dalam islam.

Sesungguhnya orang-orang yang melakukan pembaziran-Mu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya." (Surah al-Isra':27)

Jadi bagi yang ingin mendirikan rumah tangga iza ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU dan Semoga pasangan yang anda pilih itu adalah pasangan yang boleh membawa anda ke pintu Jannah. insyallah :D
Maaf jika entry iza ini ada kekurangan. Iza belajar dan niat hanya untuk berkongsi ilmu sahaja

~entry mau tutup

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu