Followers

Tuesday, July 17, 2012

Dari hati aku bermonolog

Views
Assalamualaikum

Aku seorang gadis yang masih muda Masih dalam usia yang sangat muda. Aku suka bermain dengan emosi. Ahh hanya aku saja yang tahu. Biarkan itu. Kadang aku tersenyum kadang aku menangis tiada siapa peduli. Aku juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan tapi dari kesilapan itulah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan sebagai seorang remaja yang sangat perit. Sukar bagiku gambarkan mungkin mereka tahu apa yang aku maksudkan atau mungkin tidak. Kadangkala aku keliru dengan kehidupan. Aku keliru dengan kesoronokakn dunia sehingga aku buta. Buta pada dasarnya. Lalai dengan keseronokkan yang terhidang dihadapan ku.

Aku mahu menjadi seorang insan yang taat pada Yang Maha Esa. Tapi aku lalai. Sedar bahuku dipukul oleh seseorang untuk bangun. Bangun mencari jalan yang benar. Ya ! aku tahu aku masih hambaMu. Kenapa aku begini? mengapa? Seringkali orang mengata itu dan ini tapi aku pasrah. Aku endahkan saja. Biarlah mereka gembira. Gembira dalam menabur fitnah.Aku remaja. Ya ! dalam diam hatiku memberontak. memberontak mahukan itu dan ini tapi biarkan ia berlalu. Aku mahu jadi seperti insan lain. Aku mahu mencari sesuatu yang bisa memuaskan hatiku. Dalam sujud aku menangis. Aku terasa begitu puas dan tenang. Tenang yang sukar digambarkan. Hati sering rapuh dengan godaan syaitan. Itu biasa. Tapi kerana aku masih hambaMu aku endahkan semua itu. aku bangun. Bangun dari godaan itu.

Manusia. Ahh siapa mengerti hatinya. Bisa saja berubah tanpa mengira waktu kerana itu aku juga turut berubah. Aku berubah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik hanya keranaMu. Aku belajar itu dan ini semua keranaMu. Aku masih remaja yang tidak kukuh imannya. Bisa saja ke kiri dan ke kanan. Oleh itu aku belajar. Mereka sering salah mengerti maksudku dan mereka sering memanipulasikan apa yang mereka ingin tahu bukan apa yang mereka tahu. Dalam diam aku menangis. Menangis kerana aku tidak sempurna. Ada yang memfitnahku. Ada yang membenci diri aku dan aku masih dalam keadaan yang terumbang ambing. Aku bencikan perasaan ini.

Menagis Ahh duniawi mengapa begitu perit. Mengapa terlalu banyak keseronokkan yang membuat hati seorang remaja  menderita. Mungkin ini adalah kehidupan di dunia atau mungkin ini ujian dari-Nya.Aku hanya mahu kukuhkan iman dan hidup seperti insan yang setia pada Allah s.w.t dan kekasih-Nya Rasulullah.

P/S: kalau diberi peluang fathira nak bersihkan buku catatan hidup fathira seperti buku catatan bayi yang putih dan suci dari segala dosa

Monday, July 16, 2012

Vindemia Stilo Boutique

Views
Assalamualaikum

Hai semuaaaa :D mood happy hari ni. entah kenapa fathira pun kurang pasti . Ok endahkan mood fathira korang yang sedang membaca tu teruskan membaca sampai habis ok sebab entry kali ni fathira nak ajak korang semua shopping !. yeahh !! *clap clap clap* .

Sejak akhir-akhir ni fathira suka sangat tengok barang-barang yang dijual secara online ni.Tengok je nak buat apa kan jadi fathira adalah beli baju online niat kat hati nak mencuba. Hasilnya ! ok sangat. suka sangat. Jap jap korang mesti nak tahu kat mana selalu fathira shopping online kan? haaa ! meh sini fathira nak memperkenalkan bissneswoman muda yang sedang nak mengukir nama di dalam arena jual beli secara online ni *wahhh !! ayat aku. haha*. Siapakah gerangannya? Ni haaa si cantik molek lagi ayu Yuyu Rebecca *klik je nama dia mesti jumpa punya facebook yuyu *. Masa pertama kali fathira beli barang kat Yuyu tu fathira beli rantai gambar tour eiffel dan kali kedua fathira baru je beli baju dari yuyu. baru sangat. sangat sangat !. HAHA

 Cantik tak? cantikkan? Sorry yang ni fathira dah beli. hee :D

Haaa !! tengok tengok fathira dah pakai pun baju dari Vindemia Stilo Boutique


Ok nak tengok lagi koleksi baju dari vindemia stilo boutique? Jom fathira tunjukkan baju yang dijual oleh Yuyu di Vindemia Stilo Boutique


Code: VD45
Price: RM15
Normal Price: RM30


Code: VD11
Price: RM25
Normal Price: RM40


Code: VD30
Price: RM25
Normal Price: RM40



Code: VD35
Price: RM25
Normal Price: RM38


Code: VD15
Price: RM25
Normal Price: RM50


Code: VD17
Price: RM28
Normal Price: 45


Kalau ada yang berminat terus contact Yuyu Rebecca ok . Tak pun tinggalkan komen korang kat ruang komen tu. Terima kasih :D

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu