Followers

Tuesday, July 17, 2012

Dari hati aku bermonolog

Views
Assalamualaikum

Aku seorang gadis yang masih muda Masih dalam usia yang sangat muda. Aku suka bermain dengan emosi. Ahh hanya aku saja yang tahu. Biarkan itu. Kadang aku tersenyum kadang aku menangis tiada siapa peduli. Aku juga manusia biasa yang sering melakukan kesilapan tapi dari kesilapan itulah yang mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Kehidupan sebagai seorang remaja yang sangat perit. Sukar bagiku gambarkan mungkin mereka tahu apa yang aku maksudkan atau mungkin tidak. Kadangkala aku keliru dengan kehidupan. Aku keliru dengan kesoronokakn dunia sehingga aku buta. Buta pada dasarnya. Lalai dengan keseronokkan yang terhidang dihadapan ku.

Aku mahu menjadi seorang insan yang taat pada Yang Maha Esa. Tapi aku lalai. Sedar bahuku dipukul oleh seseorang untuk bangun. Bangun mencari jalan yang benar. Ya ! aku tahu aku masih hambaMu. Kenapa aku begini? mengapa? Seringkali orang mengata itu dan ini tapi aku pasrah. Aku endahkan saja. Biarlah mereka gembira. Gembira dalam menabur fitnah.Aku remaja. Ya ! dalam diam hatiku memberontak. memberontak mahukan itu dan ini tapi biarkan ia berlalu. Aku mahu jadi seperti insan lain. Aku mahu mencari sesuatu yang bisa memuaskan hatiku. Dalam sujud aku menangis. Aku terasa begitu puas dan tenang. Tenang yang sukar digambarkan. Hati sering rapuh dengan godaan syaitan. Itu biasa. Tapi kerana aku masih hambaMu aku endahkan semua itu. aku bangun. Bangun dari godaan itu.

Manusia. Ahh siapa mengerti hatinya. Bisa saja berubah tanpa mengira waktu kerana itu aku juga turut berubah. Aku berubah untuk menjadi seorang insan yang lebih baik hanya keranaMu. Aku belajar itu dan ini semua keranaMu. Aku masih remaja yang tidak kukuh imannya. Bisa saja ke kiri dan ke kanan. Oleh itu aku belajar. Mereka sering salah mengerti maksudku dan mereka sering memanipulasikan apa yang mereka ingin tahu bukan apa yang mereka tahu. Dalam diam aku menangis. Menangis kerana aku tidak sempurna. Ada yang memfitnahku. Ada yang membenci diri aku dan aku masih dalam keadaan yang terumbang ambing. Aku bencikan perasaan ini.

Menagis Ahh duniawi mengapa begitu perit. Mengapa terlalu banyak keseronokkan yang membuat hati seorang remaja  menderita. Mungkin ini adalah kehidupan di dunia atau mungkin ini ujian dari-Nya.Aku hanya mahu kukuhkan iman dan hidup seperti insan yang setia pada Allah s.w.t dan kekasih-Nya Rasulullah.

P/S: kalau diberi peluang fathira nak bersihkan buku catatan hidup fathira seperti buku catatan bayi yang putih dan suci dari segala dosa

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu