Followers

Sunday, July 1, 2012

Melaka bersama mereka

Views
Assalamualaikum

Sebelum ni Fathira ada buat satu entry yang kiranya private lah untuk budak-budak TDS je tapi kali ni entry ni kembali di publickan *hamboii ayat aku habislah kena amik dgn bdk kolokium* HAHA. Ohh ye sebelum tu sebanarnya entry ni perlu di update semalam tapi memandangkan semalam Fathira keletihan dan ada banyak kerja yang kena selesaikan jadi fathira terpaksa tangguhkan entry ni sehingga hari ni baru lah berkesempatan nak menaip semula. :) *ayat macam ramai sangat yang baca entry aku nih. pewitt pewitt* LOL .

Kembali pada tajuk yang utama. 30 Jun 2012 Fathira telah mengikut satu lawatan untuk pelajar Pra-U TDS jadi kiranya lawatan ni adalah lawatan yang terakhir yang telah fathira sertai lah. Terakhir? ye terakhirlah ikut lawatan yang dianjurkan oleh sekolah. Lepas ni memang betul-betul akan jadi "bekas pelajar TDS" ulang suara bekas pelajar. Ye bekas pelajar. Kira-kira sekitar jam 6.15pagi Fathira dah dah sampai sekolah punya semangat kan aku .HAHA. Sampai-sampai je tengok sekolah masih gelap dan adalah 4,5 orang pelajar upper 6 dah datang. Mungkin datang lagi awal dari fathira. Apa yang buat fathira sedikit rasa terkejut *ala terkejut-terkejut manja. eh? eh?* pergi melaka hanya 1 hari tapi bawa beg macam nak lari dari rumah je. Hee :) Mereka ye bukan saya. Kalau ikut jadual yang telah dirancang kami bergerak dari TDS ke Melaka pada pukul 6.30pagi lah *tu yang 6.15 aku dah sampai* tapi yelah kita hanya mampu merancangkan seterusnya Allah yang tentukan. Kiranya lepas sarapan nasi lemak dengan air kosong kami terus menuju ke luar kawasan sekolah  naik tangga bas dan tengok kiri kanan tersenyum nampak kerusi yang masih tak ada penghuni dan terus duduk di bangku bas *power tak ayat aku? angkat kening* HAHA.


Muka-muka teruja 


 Makcik ni teuja sangat sampai pinjam spect hello kitty aku pastu minta tangkap gambar dia.HAHA


Pukul 7.15 baru kami mulakan perjalanan. Ok masa dalam bas tu aku buat hal sendiri lah dengan kawan aku tak campur dengan pelajar upper 6 *malulah konon* lepas berhenti kat R&R *maaf lupa R&R mana* fathira adalah beli keropok,jajan, gula-gula segala bagai. Haaa!! masa tu lah fathira mula menengur mereka yang memegang gelaran senior . Bagi keropok kat mereka. Lepas tu berbalas-balas keropok, gula-gula dan jajan.Sampai melaka dalam pukul 9.00 pagi kami terus menuju ke Planetarium.

ye. ye ini lah palnetarium yang fathira maksudkan.



Setiap kali bila fathira pergi melaka a.k.a kampung IMA SAHAJA dengan Irine Nadia Marcello ni fathira memang dah nampak dah planetarium ni tapi tak pernah lah masuk. Niat tu memang lah ada dan akhiranya berjaya juga fathira masuk ke dalam planetarium ni. Yeahh!! yeahh !! 
Dalam pukul 1.00 tengah hari kami dah keluar dari planetarium dan sebelum bergerak ke tempat lain tu kami sempat bergambar. Lepas penat bergambar kami teruskan perjalanan ke Wonderland. Kalau lah boleh gambarkan perasaan masa tu memang korang boleh tengok lah muka-muka kami termasuk cikgu-cikgu Pra-U yang  teruja  teramat sangat. HAHA. 



Mereka ka ka karipap girl 

Ok dah sampai Wonderland Melaka ni benda pertama yang kami nampak ialah gelongsor. Serius tempat ni gempak mungkin kerana gelongsornya. Sesuailah dengan aku yang dah lama tak naik gelongsor. HAHA. Sebelum dapat main gelongsor yang banyak tu kami dah disediakan 3 games yang tak seronok pun sebenarnya. Games yang entah pape yang aku sendiri rasa macam main dengan budak yang berusia 7 tahun. HAHA. Habis main games yang "seronok" tu kami makan tengah hari *perut lapar beb* . Makan nasi ayam yang aku rasa orang yang sediakan tu macam tak ikhlas. kenapa? sebab nasi ayam dia tak ada sup lepas tu sampal dia masam. Ok lupakan itu. Makan, minum ala kadar lepas tu kami terus mulakan misi kami. 



Ini bekas cikgu Pengajian Am. 

Mula mandi-manda dalam pukul 1.30tgh hari  dan habis mandi dalam pukul 5.30petang. Haaa kau ! sampai semput aku main gelonsor. Sakit dada yang teramat sangat. Tangan, kaki semua dah kebas. Ni baru boleh cakap mandi sampai lebam !.. Dalam pukul 4 lebih aku dah tak larat nak main jadi aku berhenti tapi rasanya semuanya aku dah naik. Jadi tak adalah rasa rugi atau kempunan kan kan kan . :P


Kau tengok betapa bertuahnya 2 orang budak ni. 
Lepas solat terus capai kamera dan cermin mata. Snap !












Fathira dan Aliya aziz yang comel. comelkan dia?
comelkan? kan? kan? kan?



 
Kami kawan dari tingkatan 1 dan insyallah sampai bila-bila gelaran kawan itu akan tetap tersemat.


 Disebabkan fathira ada bawa cermin mata hello kitty jadi sebahagian cikgu Pra-U TDS yang ikut
telah fathira suruh untuk pakai spect hello kitty tu. Hasilnya.. yeah !! cikgu saya comel :D

Sebelum keluar dari Wonderland haruslah SNAP! 
hee :) 

Sebelum balik tu kami singgah Maidin dan fathira ada lah beli barang sikit.

Fathira sempat beli handbag, cermin mata Hello Kitty dan tudung bawal 2tone
Dannn semuanya warna ungu. hee :)


Masa balik apa yang fathira buat? HAHA.. sepanjang perjalanan saya tidur dur dur dur sampailah kat R&R Pagoh baru bangun tu pun sebab nak makan malam.

P/S: Nanti bila aku dah jadi warga Melaka selalu-selalu lah datang melaka ye kawan. Nanti boleh keluar sama-sama lagi :D

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu