Followers

Tuesday, July 3, 2012

Ucapan untuk anda

Views
Assalamualaikum

Ketika jari ini rancak mengatur tari Fathira ditemani embun pagi yang lebat tak terkata. Sejuk menusuk sehingga ke tulang. Ya Allah terima kasih kerana Kau turunkan Rahmatmu di pagi hari ini. Indah sungguh bila Fathira melihat ciptaan-Mu Ya Allah. Hujan yang seakan-akan memahami tentang hati seorang insan yang bergelar manusia. Fathira sebenarnya tak tahu nak menaip cerita apa kerana akal fikiran ini tiada titik utama. Fathira hanya mengikut kata hati dan jari yang rancak menari-nari di keyboard ini.



Ohh ye rasanya tak terlambat untuk Fathira ucapkan Selamat Pengantin Baru pada blogger yang comel, blogger yang femes. Siapa lagi kalau bukan Puan Irine Nadia Marcello . *dah tukar title dah * . Tahniah Irine. Tak sangka Irine akan menamatkan zaman bujang pada usia yang sangat muda. Tahniah juga buat Cik suami kerana berjaya mengetuk pintu hati Cik Irine yang kina dah pun bergelar Puan Irine. Walaupun fathira tak hadir ke majlis perkahwinan kalian *siapa je nak jemput aku kan* tapi fathira nak komen sikit ni. Baju yang Irine dengan En. Amirul pakai tu sangat cantik. Ok ok doa Fathira buat penganti baru yang sama cantik sama padan ni Selamat Pengantin Baru. Semoga kalian bahagia sepanjang hayat kalian dan semoga kalian akan mendapat anak yang comel-comel plus soleh dan solehah. Tahniah. Tahniah. Tahniah.



Tak terlambat juga untuk fathira ucapakan Selamat Hari jadi buat Mohd Syafie yang baru semalam sambut hari jadi dan juga kepada Aliya Aziz *senior saya* . Doa fathira semoga kalian berjaya dunia dan akhirat dan apa yang diimpikan akan tercapai.

Tak ada hadiah. Jadi kek ni kira hadiah lah ye. 

Ok tu je lah kot yang nak taip . Jari pun dah tak selaju tadi idea pun dah tak ada. hee :)

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu