Followers

Friday, July 13, 2012

TDS forever !

Views
Assalamualaikum

Weeeehoooo !! semalam TDS ada buat Hari Keusahawanan *TDS tu Taman Daya School* jadi Fathira pun mengada-ngada join sekali. Ohh ye sebenarnya memang dah rancang nak turut serta dari hari isnin lagi. Mereka iaitu kawan-kawan yang baik hati tu lah ajak datang TDS jadi bila fikir balik tambah perasaan teruja tambah malu tambah segan tambah nak jumpa kawan jadi fathira putuskan fathira DATANG !. itulah antara sebab kenapa fathira datang sekolah semalam. HAHA

Sejujurnya fathira nak datang pukul 9.00 pagi sebab pertama fathira bukan budak sekolah tu lagi kan maksudnya fathira ni "bekas pelajar" je jadi tak perlulah datang awal-awal. Kedua fathira masih segan nak jumpa mereka iaitu kawan-kawan yang penyayang. HAHA. Tapi semuanya tu tak menjadi kerana apa? kerana Amirah *kawan baik kepada zahrisma iaitu kawan saya juga* datang ambil fathira pukul 7.10 pagi. Fuyooo terasa "awalnyaaa aku datang sekolah" dan dan dan masuk je pintu pagar sekolah ada sportcheck. Ok fathira endahkan sportcheck tu. Buat seperti tak ada apa yang berlaku cuma niat di hati nak jumpa kawan yang dah lama tak jumpa.*Lama? jap jap menghitung guna jari.*. Orang kedua yang fathira jumpa hidayah pastu mallisa. Ohh jumpa mereka dan lihat wajah mereka seperti mereka tak teruja jumpa fathira. Ok dekat situ dah hampa. Puihh puihh ! . HAHA. Lepas jumpa Hidayah dengan Mallisa orang ketiga fathira jumpa Nur Amalina. Lihat wajahnya entah kenapa perasaan teruja itu hadir dann amalina berlari ke arah fathira segera peluk fathira *Ok yang ni bagus teruja jumpa aku* pastu najiha pula pun sama peluk dia *yang ni peluk plus rasa teruja yang maximum !*

Lepas tu berbual dengan Amalina blablablabla ternampak Haziq Saidi dengan Amin dalam hati "ohh haziq. biarkan dia." Teruskan berbual dan secara tiba-tiba pipiku dicubit oleh seseorang. Tersentak juga lah masa tu. Lihat kebelakang Ya Allah ! perasaan yang tak boleh digambarkan. Kembar nama aku rupanya tanpa hiraukan mata-mata yang memandang segera peluk Athirah.

Athirah: banyak benda aku nak cerita dekat kau
Aku: Aku tahu *tersenyum*

Masa tengah berbual denga athirah dengan tak sengaja mata fathira terpandang Syafiq Dahalan si lesung pipit tu ikutkan hati nak je jerit panggil dia tapi fathira biarkan saja. Lepas tu jumpa Zahrisma, Aisyah, Riena, Isma, Syahirah, Syahirah isma, Haziq azhan, Haziq Azmi, Syafie, Azhar, Rian, Khairin, SOT, Fakhrudin,Mardhiah,Ras,Diana,Nora,Syafiq Hassan,Faizul,Fathin dan mereka yang pernah menjadi senior saya *ada lagi ke nama yang tak tersenarai? maaf *. Sambung berbual blablabla. Tangkap gambar segala bagai.







 Cik lesung pipit. :D

 Ohh ye. Masa ni zikri datang bawa kawan dia. Wahh punya ramai nak bergambar dengan.Wuuuu. Mungkin kerana dia ni peramah :)
 









 Entah kenapa fathira tergelak bila tengok gambar ni :D

Lepas tu dah penat berbual. Tangkap gambar. Balik rumah. Rasanya semalam tak cukup puas jumpa mereka.Tak cukup puas berbual dengan mereka. Insyallah ada rezeki jumpa lagi :D

P/S: Memori itu adalah sejarah bagi aku. Sejarah mungkin taka akan berulang tapi sejarah itu adalah yang terindah buat aku. Akan ku ingati sejarah ini sampai bila-bila. Insyallah :D

No comments:

Post a Comment

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu