Followers

Thursday, May 31, 2012

Tawaran ke Politeknik

Views
Asalamualaikum

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. :) nak tahu kenapa? Tuuuuuuu tengok lah tajuk entry tu. nampak kan??
Ok jujur lah selama ni tak pernah pun terfikir nak sambung study dekat mana-mana politeknik hanya fikir nak sambung study masuk Universiti tu je.Full Stop. Masa daftar UPU pun iza banyak mohon dekat U. Politeknik tu ada lah tapi pilihan keberapa pun tak pasti. Semalam dalam pukul 2petang mama telefon tanya pasal politeknik dah la iza tak tahu apa-apa jadi semalam serupa orang sengal lah. "Huh poli?" "huh apa?"  lebih kurang gitu lah.


Lepas berbual dengan mama kat telefon tu terus Google laman web rasmi politeknik tapi perasaan tu tak ada lah teruja macam masa nak tahu keputusan UPU sebelum ni. biasa sahaja.
Dengan sopan-santun iza masuk kan nombor kad pengenalan.Klik sana.Klik sini dannnnnn keputusannya....... "Tahniah bla bla bla...."
lebih kurang gitulah  ayatnya tapi bla bla bla tak ada lah. HAHA :)
Ok apa respon iza masa tu? Huh respon? respon iza? haha.. "Serius ke ni aku dapat" "Tak salah ke ni?" "Eh nama aku lah.. Eh aku dapat lah"  Lebih kurang macam tulah. HAHA.. *gila jakun aku*
Terus telefon mama bagitahu yang anak dara dia yang sorang ni dapat pegi politeknik Ok yang ni iza nak tekankan.. Iza seronok sebab
  1. Ini adalah harapan parents iza *sebenarnya*
  2. Iza dapat keluar dari Tingkatan 6/ Pra-Universiti
2 sebab lah kenapa iza seronok yang tak terhingga bila dapat tahu nama iza tersenarai kat politeknik. Ohh ye lupa nak bagitahu jurusan apa yang iza dapat. HAHA :) *rancak sangat menaip*
iza dapat jurusan Diploma Akauntasi. Tempat? tak tahu lagi.. Nanti adalah tu surat tawarannya..
Lepas dah telefon mama semua iza tweet lah dannnn seperti biasa ada wish "Tahniah Fathira" dan ada yang bagi respon.. "Kau pindah?" "alaa... :(((("  . Serius lepas tengok tweet diaorang tu terutama yang ber-alaaaaa... dengan reaksi " :((( " iza terus rasa sedih. *Serius.Tak tipu*
Sebenarnya iza makin selesa dengan sekolah denga tingkatan 6 dengan budak-budak kat situ yang ramah-tamah tak kira lah upper ke lower ke semua lahhhh.. Iza dah makin selesa. Tapi niat masa daftar tingkatan 6 hanya sementara dan niat iza dah pun termakbul jadi nak tak nak iza kena lah pergi politeknik.


Apa pun. Dekat mana pun iza belajar.Dengan siapa pun iza berkawan korang jangan risau.. Kenapa?  sebab iza tak pernah lupa kawan-kawan iza even dari tadika sekalipun *Serius.Tak tipu* :D
Dan iza harap korang sudi lah doakan kawan korang ni berjaya :)
Untuk budak-budak dari sekolah SMKTD tu JANGAN risau naik cuti ni FATHIRA HAIZA MOHD FADZLI ni ada lagi dan fathira akan usha korang semua tanpa mengira tua atau muda. hahaha :)

3 comments:

  1. rajin2 belajar kat sana , jaga diri and batas pergaulan . jgn lupa diri . tu je nak pesan . sbb ini baru permulaan , kita baru belajar utk berdikari . era nak pesan tu je . salam :)

    ReplyDelete
  2. heyy dapat tawaran poli ye?
    great sebab saya pun poli jugek.
    so maybe awak jadi junior saya >_<
    good luck yup.
    sya pun tak expect dapat poli masa tu but alhamdulillah.
    saya still go on dengan poli :)

    ReplyDelete

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu