Followers

Tuesday, June 12, 2012

Aurat lelaki. Penting ke?

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak sentuh sikit mengenai AURAT. Entry ni hanya pendapat dari iza sahaja terpulang bagi korang untuk terima atau pun nak membangkang. Tapi iza nak sentuh mengenai aurat lelaki yang iza rasa hal ni tak diambil secara serius oleh kaum lelaki. Kenapa bila perempuan tak pakai tudung ada yang mempertikaikan? Kenapa bila nak cari calon isteri mesti nak cari yang baik-baik yang bertudung yang menutup aurat? Kenapa bila lelaki pakai seluar pendek *atas lutut* tak ada yang nak mempertikaikan?

Ok . Meh sini iza terangkan satu-satu.
Pertama ! Aurat bagi lelaki adalah dari pusat hingga ke lutut. Korang faham tak aurat bagi lelaki ni dari mana ke mana yang HARUS dan  PERLU ditutup. Ini bermakna kalau lah ada lelaki bukan muhrim khususnya hanya mengenakan seluar pendek sahaja itu bermakna dia tak menutup aurat. Sebab pusat pun aurat juga kan?


“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)


Ramai yang ambil ringan pasal ni. Mungkin mereka fikir lelaki senang boleh pakai apa yang dia suka tak macam perempuan keluar rumah kena pakai tudung, baju tak boleh ketat, seluar tak boleh cutting sampai nampak bentuk kaki. Sebenarnya Allah itu adil. Semua perkara ada buruk ada baiknya.

Kedua! pandangan wanita terhadap lelaki .

1) Jika mahramnya; harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat (yakni kawasan selain antara pusat dan lutut). Dan harus ia bersalaman dan menyentuh mahramnya (di luar dari kawasan aurat) dengan syarat tanpa syahwat.

2) Jika bukan mahramnya (yakni lelaki ajnabi); harus ia melihat kepadanya di kawasan bukan aurat dengan syarat tidak menimbulkan fitnah dan tidak melihat dengan syahwat.[7] Namun diharamkan bersalaman dengannya dan menyentuhnya sekalipun tanpa syahwat.

Sumber: Laman fiqh anda
 

Jadi korang tahu kan betapa pentingnya aurat kaum lelaki? Iza tahu ada lelaki yang tak peduli dengan hal ni dan ada lelaki yang memang pakai menutup aurat tapi adil lah kan. Korang nak perempuan yang baik korang perlu lah jadi baik juga. Adil kan?. Korang nak isteri pakai tudung korang kena lah tutup aurat juga. Adil kan? . Nak tutup aurat bagi lelaki ni tak lah susah sangat-sangat. Senang. Lagi senang dari perempuan. Korang hanya perlu tahu. Faham dan praktikan . Barulah tak ada yang nak pertikaikan "lelaki boleh pakai ni kenapa perempuan tak boleh?" . 

P/S : maaf kalau ada yang salah dalam entry ni  :D

2 comments:

  1. hehe..tul tu..klu nk enjoy...pompuan mcm man pun xpa..klu nk kawin..nk pmpuan yg baik2..tutup aurat..apa smua nih?sedangkn...pompuan jgk yg depa rosakkan..layak ka depa kt prmpuan yg baik tuh??
    hehe..sory emo sikit....emosi terganggu bila byk terpengaruh dgn novel nih..heeee

    ReplyDelete

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu