Followers

Sunday, June 10, 2012

Kegembiraan bagi lelaki

Views
Assalamualaikum

Hari ni iza nak bongkar rahsia kegembiraan bagi lelaki. *habislah kau* . HAHA. Sebenarnya ini secara spontan jugalah tengah duk termenung tetiba dapat ilham nak tulis entry ni. Jadi entry kali ni khas untuk kaum adam semua . Hee :D *manis tak senyuman saya? manis kan* :P
Entry ni pun sedikit sebanyak ada juga lah kaitan mengenai bola yang sedang hangat diperkatakn oleh korang, korang, korang dan korang semua.
Iza tahu ada yang siap sedia nak lepak kat kedai mamak atau ada yang dah berada kat kedai mamak tu dari petang lagi atau mungkin ada yang baru sampai. Apa pun yang korang tengah lakukan meh lah baca kejap entry iza yang mungkin agak panjang jugalah.*ehem.. amik mood*


Sorakan di sebuah kedai mamak menggergarkan suasana malam. Maklumlah musim bola dah bermula jadi aktiviti merempit dan yang seumpama dengannya tu dihentikan buat sementara waktu. Semua berpusu-pusu pergi ke kedai mamak untuk menyaksikan perlawanan bola sepak.Seememangnya mereka tidak sabar-sabar untuk bergembira. Maklumlah lellaki memahami cita rasa tersendiri.Begitulah suasana kebanyakan restoran mahupun kedai mamak yang menyiarkan perlawanan bola sepak secara langsung di TV prermis mereka apatah lagi di skrin besar yang diletakkan di satu tempat yang stategik khas bagi pengunjung kedai mereka.
Sungguh rata-rata mereka bukanlah menikmati makan besar pada malam tersebut tetapi sekurang-kurangnya tiga gelas besar teh tarik atau teh ais atau kopi.
Sorakan "goal" yang bergema itu disebabkan jaringan gol daripada pasuka bola sepak yang disokong. Misalnya Demark. Gembirakah mereka? TENTU SEKALI. Sebab rata-rata yang ada di kedai mamak itu mungkin penyokong Demark. Bagaimana pula dengan peminat pasukan lawan, Netherland misalnya? Tidakkah mereka berasa tertekan?


Itu ada lah salah satu situasi yang iza nak gambarkan. Berbalik kepada tajuk asal. Kegembiraan bagi lelaki. Apa yang membuatkan seseorang lelaki itu gembira? Itu soalan yang berlegar-legar di fikiran iza dan mungkin juga anda kaun hawa. Ada 3 punca yang menyebabkan lelaki gembira.
  1. Perkara yang diminati atau kemenangan seperti sukan tadi
  2. Perkara yang memuaskan
  3. Perkara yang membanggakan seperti lulus cemerlang dalam exam
Iza akan terangkan satu-satu * ada lelaki yang dah bosan ke baca entry iza ni?* . HAHA
Kita pergi pada yang pertama mengenai kemenangan. Setiap perjuangan mesti dari titik peluh sendiri kan? kerana usaha yang gigih akhirnya akan lahir perasaa gembira yang mungkin ada yang memanggil "gembira jantan." Kedua mengenai kepuasan. Kepuasan memerlukan kesabaran . Sifat sabar ini perlu ada pada setiap lelaki kerana sifat sabar dapat membentuk jiwa lelaki menghadapi kerenah wanita.Dan sebenarnya kesabaran itu adalah kepuasan dan kepuasan itu adalah kegembiraan bagi lelaki. Yang ketiga adalah mengenai kebanggaan. Setiap kebanggaan memerlukan kebijaksanaan. Lelaki mempunyai kelebihan kerana mereka cepat berfikir berbanding perempuan *cemburu ni. cemburu. * Lelaki juga dapat menghadapi segala ujian dengan tenang. Maka apabila sudah berjaya maka kegembiraan itu akan timbul.Tetapi harus diingatkan bahawa kegembiraan itu adalah pinjaman dari Allah S.W.T.
Sambutlah kegembiraan itu dengan rasa syukur :D


2 comments:

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu