Followers

Thursday, September 6, 2012

Kebiasaan

Views
Assalamualaikum

Hey ! seperti biasa kalau fathira dah update entry baru maknanya battery laptop tinggal nyawa-nyawa ikan je antara 10 atau 5 minit lagi laptop akan pengsan tak sedarkan diri buat seketika *k tak kelakar pun fathira*
Korang nampak title entry kali ni <--- ayat lamaaaaa yang diguna semula . Kadang-kadang aku rasa macam

hey ! apa ke sengalnya aku pergi tanya soalan yang orang lain dah tahu? 

Tapi itulah perkara yang biasa dilakukan oleh mereka-mereka yang menetap di Malaysia tak kiralah mereka yang berada di Terengganu atau di Perak mahupun di Legoland *legoland juga kau petik*. Kebiasaannya orang Malaysia ni suka tanya soalan yang sebenarnya jawapannya sudah pun diketahui oleh dirinya sendiri. Tak ke rasa membazirnya air liur sebab tanya soalan sebegitu rupa.Puih puih puih ! baik kau meludah je sebagai bukti kau nak membazirkan air liur kau dari tanya soalan yang membazir sebegitu rupa *Sentap !* Mengapakah fathira beremosi terlebih-lebih ni? mengapa? Baiklah tenang semua tenang ... Begini ceritanya *kembali pada zaman 1994* . Aaaaaaa ! fathira tipu. klentong lebih ! BOooo *baling kuih donut bersalutkan coklat dengan taburan gula yang berwarna-warni* . Pernah tak kawan-kawan atau keluarga sendiri yang menanyakan soalan yang korang rasa macam "Eh, bukan aku dah cakap ke tadi?."
Pernah tak? pernah tak?. K k misalnya begini

Fathira: Ma, tu jusco jom singgah nak?
Mama: *sedang memandu* ok gak jap nak u-turn
Adik: Ma, mama nak pergi jusco ke?

Nasiblah fathira ni masih mempunyai hati belas kasihan kalau tak lama dah kena baling kereta kebal sekali dengan tembakan senapang berpadu. Jawapannya dah ada saja nak buang air liur tanya soalan sebegitu rupa. Ahhh sadis !.


*Dalam kedai kasut*

Mood berkobar-kobar nak cari kasut baru duit dalam dompet berkepul-kepul tapi tiba-tiba

Pekerja: *Senyum* ye dik nak cari kasut?

Taklah ! nak tanya ikan tongkol ada jual kat sini ?

Cuba kau tanya soalan yang at least sedap sikit telinga ni mendengar dengan tatabahasa yang sempurna.Misalnya,
 
sihat?Nak beli kasut jenis apa?

 atau lebih elok kau diam dan ikut sahaja si pembeli sebab diam itu lebih elok dari berkata-kata. Kita tak tahu apa yang sedang orang itu fikir. Mana tahu pembeli tu baru break up dan nak lepaskan geram dengan shopping kasut satu lori pasir. Cuba bayangkan kalau orang tu dalam keadaan nak cepat masuk dalam pasar  untuk cari bahan nak memasak setengah jam lagi ada tetamu nak datang setibanya di tempat mereka yang menjual ikan tiba-tiba si penjual ikan tu tanya

Penjual ikan: Nak beli ikan?

Kau tak rasa macam nak baling selipar bertubi-tubi ke kat mulut dia? Dah tentu ada dekat tempat yang dikelilingi ikan takkan nak beli mesin rumput pula.Fathira kategorikan soalan sebegini sebagai soalan petikan jari . Wahhh gitu ! . Alasannya kerana ayat yang keluar dari mulut mereka ini seperti memetik jari. Tap ! satu ayat keluar. Tap ! Tap ! dua ayat keluar tanpa perlu berfikir kesan baik dan kesan buruk apabila diajukan soalan sedemikian. Bukankah ada kata-kata dahulu telajak perahu boleh di undur telajak kata? Haa ni makannya ! *tunjuk kaki* .Paling naif pun sebelum bertanya fikir dulu soalan yang munasabbah untuk mereka menjawab dengan hati yang gumbira dan ketawa 6 7 harakat panjangnya serta menjawab soalan dengan semangat tanpa ada rasa marah sekelumit pun seperti mahu kunyah cekedis sampai muntah. K k dah melalut dah ni . Aaaaa lalalala wuu wuuuu . k tampar pipi kanan tampar pipi kiri .  *menari oppa gangnam style*

Nota tapak tangan: Baca sampai habis lepas tu kalau tak suka sila kutuk dengan kata-kata positif. Sekian :)


1 comment:

Tabung Masa Hadapan




Hak Milik Fathira si Gadis Ungu